Kaki laju aku atur masuk ke dalam sebuah kedai, mahu mencari barang. Mell aku tinggal di dalam kereta, kalau heret minah tu silap-silap penuh satu bakul. Baik aku pergi sorang, cepat pun cepat.
"Aduh apasal atas sangat ni, aku yang tinggi ni pun tak sampai." rungutku, kaki dijengkit sehabis mungkin. Tetapi tangan masih tidak dapat mencapai benda yang aku nak beli, haih stress aku macam ni.
"Need help?" soal seseorang.
Kepala berpaling melihat ke sebelah, mataku terbuka luas. Tidak percaya dengan apa yang aku tengok sekarang, aku tak mimpi kan?
"Rayyan."
"Sera."
Ya, lelaki itu adalah rayyan. Orang yang aku nak sangat jumpa selepas pulang dari holidays dulu, dan hari ni kami bertemu.
"Which one do you want?" soalnya, aku blur. Apabila mata naik melihat keatas, tanganya hendak mencapai benda yang aku nak beli. Bahang muka aku, kalau aku nak beli keropok tadi. Dah lama aku suruh orang kat sini tolong ambilkan, tapi masalahnya aku nak beli pad. Ah!
"Pink one." kataku perlahan.
"Here."
"Thank you." tangan menyambut pemberiannya.
"Kau sorang?" soal rayyan, mata memandang sekeliling.
Aku angguk. Ada nampak aku bawa pasukan boria?
"Awak buat apa dekat sini?" soalku.
"Kau pula buat apa kat sini?" aku tanya dia, dia tanya aku balik. Mamat ni memang, ergh!
"Belajar."
"Kerja." lupa pula yang dia CEO, kalau jumpa dekat Africa pun tak heran. Dah dia business man.
"Give me your number."
"Huh?" number apa? Ic? Passwords? Eh, bodoh juga kau sera. Mesti la number telefon.
"Number telefon sayang." dia ni kan, selalu bagi aku malu sendiri.
"Nak suruh saya tulis dekat mana? Dahi awak?" soalku, sempat aku loyar buruk.
"Buat apa tulis dekat dahi kalau boleh tulis dekat hati." katanya dengan senyuman nakal, aku dah menjulingkan mata ke atas. Menyampah!
"Jom." ajakku.
"Pergi mana?" soal rayyan pelik, aku pura-pura serius.
"Tadi kan awak cakap tulis dekat hati, jom la pergi hospital. Suruh doktor bedah hati awak tu, boleh saya tulis." kata aku selamba, rayyan dah mengkekek ketawa.
Aku tayang muka geram, mamat ni apa yang lawak pun tak tahu la.
"Kau ni lawak la." kata rayyan, sisa tawanya masih ada.
"Cita-cita tak kesampaian." aku pinjam ayat kat aliya, maafkan saya kak. Huhu.
"Nah tulis number kau." telefonnya disuakan kepada aku, teragak-agak aku capai.
Selepas memasukkan number telefon ku, aku beri semula kepadanya.
"I got to go, see you again cruishy." Pamit rayyan dengan senyuman manis.
Kenapa hati aku berbunga-bunga ni? Aduhai, jangan la jatuh cinta dekat dia.
"You pergi beli apa baby lama sangat?" soal mell sebaik saja aku masuk ke dalam kereta, aku diam dulu.
"Aku jumpa rayyan." kata ku.
"What!" telinga aku mohon bertahan, tolong jangan jadi pekak ya.
"Kau ni boleh tak jangan jerit, pekak telinga aku kang kau nak ganti." Marahku, muka di buat-buat marah.
"Sorry la baby, I over excited." Tersengih mell bila aku dah menjeling.
"Dia sorang ke?" aku angguk.
"Muka dia ada berubah tak?" aku dah tergelak, mell ni mabuk agaknya. Takkan tak sampai setahun tak jumpa, tiba-tiba muka macam Hrithik roshan.
"Ada." aku dah senyum penuh makna.
"Apa yang berubah? Rambut dia ke?" soal mell, tanganku dah digoncang. Tak relaks budak ni.
"Muka dia, dah jadi macam lucas."
"Eeee you ni." Mell dah memuncung, aku pula dah ketuk-ketuk stereng kereta. Lawak, dari senyuman manis ke masam mencuka.
"Aku gurau je la, tak ada yang berubah pun." makin handsome ada la, yang makin handsome tu aku sambung dalam hati.
"Ruginya I tak ikut tadi, tidak boleh tengok dia." rungut mell, aku dah tergeleng kepala.
"Tak payah nak merajuk la mell, nanti ada rezeki jumpa la lagi." eh ayat macam nak jumpa lagi je, alamak.
Mell dah pandang dengan senyuman yang buat aku cekit air liur sendiri.
"Aku naik dulu tau mell, apa-apa bagi tahu." kataku sebelum melangkah naik ke atas, tempat belajar aku tuju.
Tiba-tiba terasa ada yang bergegar, telefon aku rupanya. Siapa ni whatapps aku?
Assalamualaikum
Islam? Siapa ni? Nak balas tak eh? Akhirnya aku membalas.
Waalaikumussalam, ni siapa?
A man with handsome face and great body.
Lelaki mana pulak ni sesat whatapps aku? Naik bangkul angkat sendiri pula tu, tapi aku layan juga. Haha.
I think you chatting wrong person
Typing...
I'm sure that I chatting right person, someone with pretty face. Ice princess. Having a big interesting in cruise, and me!
Terngangga aku membaca ayat dia, ayat last tu lagi la. Geli aku. Okay aku dah tahu ni siapa, semestinya encik rayyan aka Mr captain mell.
Are you sure the last sentence?
Of course, I'm a man with confident.
Okay mr confident what do you want? I don't have time to chatting with you. Almost forgot, I'm a woman without confident. And it's akward to chatting with you. Anything else?
Balas aku geram, suka hati dia ja cakap aku minat dia. Nyampah aku.
Meet me at rossell restaurant tomorrow, I know you miss me right! Okay good night cruishy. Sweet dreams.. And dreams me!
Dia nak jumpa aku? Nak buat apa? Jari mengusap bawah dagu, setuju je lah.
Alright.. See you tomorrow!
Kenapa aku rasa teruja esok, mungkin sebab aku teringin nak jumpa dia. Tunggu la esok, aku nak beli sesuatu kepadanya.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...