BAB 47

90 3 0
                                    

Sekejur tubuh mell itu aku pandang sayu. Di wajahnya ada satu garisan berparut. Tangannya juga bercalar. Mukanya lebih pucat daripada biasa.

"Mell aku tahu kau kuat. Semua tengah tunggu kau mell. Semua nak tengok kau sihat macam dulu mell. Kau kena lawan sakit kau mell."

Tangan kanan mell aku pegang erat lalu aku usap perlahan. Memberi semangat kepadanya.

Kata doktor walaupun mell tak sedar tapi dia boleh dengar apa yang kita cakap. Sebab tu aku banyak bercakap dengannya.

"Mell kau cepat la bangun. Kesian dekat Lucas nanti tunggu kau lama sangat. Kau bangun cepat okay."

"Sayang!" aku berpaling melihat iyan datang ke arah aku bersama satu beg kertas di tangan.

"Leo bagitahu abang sayang tak nak makan. Kenapa ni?" seperti biasa, nada suaranya akan membuatkan aku cair.

"Tak ada selera." suara aku juga kendengaran lemah.

Sejak beberapa hari ni, selera makan aku hilang. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Mungkin badan aku letih dan banyak berfikir membuatkan aku jarang untuk makan sekarang.

"Jangan macam tu. Kesihatan sayang pun kena jaga tau." Kata iyan lagi. Kali ini kendengaran sedikit tegas daripada tadi. Aku tahu dia risaukan aku.

"Abang suap boleh." pinta aku manja. Mata dikelip kelip melihatnya yang segak walaupun hanya berbaju t shirt merah.

"Manja." hidung aku dicuitnya. Aku sengih. Hanya pada dia aku akan jadi terlajak manja. Mell pun boleh tunduk dengan aku.

"Kita makan luar sayang. Kesian pula mell nanti." ajak iyan. Beg kertas sudah diambilnya lalu berdiri menunggu aku.

"Hye." sapa Leo dengan senyum manis diwajahnya. Dia masih berpakaian pejabat. Mungkin baru pulang dari kerja.

"Hye, kau nak tunggu mell ke?" soal aku.

"Ha ah. Korang nak pergi mana?" Leo pula bertanya.

"Makan. Ada someone ni tak nak makan kalau tak kena paksa." kata iyan, dijelingnya aku sekilas.

Leo ketawa mendengar aduan iyan. Eleh kalau jumpa geng macam ni la. Tak apa, ada ubi atas batas. Lain kali aku balas.

"Aku paksa pun tak jalan. Kena suami tercinta paksa baru nak makan." Leo menjeling aku. Aku menjulingkan mata ke atas. Nak perli aku la tu.

"Jom abang. Tak payah layan leo." tangan iyan aku tarik. Mahu cepat cepat meninggalkan Leo. Kalau lagi lama dekat sini, lagi banyak diaorang complain. Baik aku lari jauh jauh.

"See you bro." pamit iyan.

"Sayang nak makan dekat mana ni?" soal iyan apabila aku sedari tadi diam dan hanya menariknya.

"Taman?"

Aku angguk. Sebuah kerusi di situ aku duduk. Pandangan aku halakan ke arah kanak kanak yang sedang bermain. Setiap kali aku datang taman ni, setiap itulah ada budak budak main dekat sini.

Tiba-tiba aku teringat kembali tentang seorang budak lelaki yang datang ke arah aku dan bertanya tentang tips untuk memujuk perempuan. Agaknya menjadi tak tips yang aku beri kepadanya dulu.

Ini kali kedua aku datang ke taman ini. Kali pertama bersama mell. Baru beberapa hari mell di dalam ward. Jujur aku cakap aku sangat rindukannya. Rindu dengan perangai manjanya yang selalu berkepit dengan aku. Selalu ada dengan aku walaupun kadang aku agak berkasar dengannya. Mell kau cepat lah bangun, aku rindu kau.

"Abang." panggil aku. Badan berpaling sedikit kearah iyan supaya aku dapat menatap mukanya.

"Ye sayang." iyan mengalihkan perhatian dia dari phone ke arah aku. Menunggu aku meneruskan pertanyaan.

"Zack tak ada buat apa apa tak dekat mell?" soal aku.

"Maksud sayang?" Soal iyan pula. Dahinya sedikit berkerut.

"You know he's a man."

"I think no. Sebab Lucas cuba selamatkan mell sebelum dia pun kena belasah." teranguk aguk iyan bercerita. Mungkin cuba mengingati apa yang diberitahu Lucas. Aku tahan senyum.

"Kalau macam tu saya bersyukur sangat."

"Sekarang awak tu kena makan. Jangan tanya banyak sangat sebab nak mengelak ye." iyan menjeling ku. Aku ketawa. Macam tahu tahu aje. Tapi aku memang risau kalau mell dia apa apakan oleh Zack. Kalah Zack ada buat sesuatu memang nahas dia dengan aku .

"Aip!" marah iyan tiba tiba, matanya menjegil melihat aku.

"Kenapa?" muka pelik aku tayang. Sudu yang mahu masuk ke dalam mulut terhenti akibat teguran iyan.

"Bismillah mana sayang? Sayang nak makan dengan syaitan?" tergeleng iyan dengan telatah aku.

"Hehe lupa." kepala yang tak gatal aku garu. Boleh pula kau lupa Sera.

Lepas membaca Bismillah. Aku mula menjamu selera. Sedap juga pasta yang dibawa iyan. Kena dengan selera aku.

"Abang tak nak ke?"

"Abang dah makan tadi."

Aku cuma mengangguk lalu meneruskan suapan. Disebabkan pasta ini sedap. Alhamdulillah kotak itu licin disapu aku.

"Lepas ni ada nak pergi mana mana?" iyan menyoal apabila kami berdua hanya diam. 

Aku berfikir sejenak. Aku tak punya pula perangan hendak kemana. Hati aku bagaikan berat untuk meninggalkan mell walaupun ada yang menjaganya. Hati aku jadi tak tenang. Aku mahu dekat dengannya.

Aku serik dengan apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. Aku tak ada waktu mell kena belasah teruk. Aku tak ada untung menolongnya.

"Tak ada pula. Abang ada ke?" iyan juga mengeleng.

"Kalau macam tu abang teman sayang jaga mell."

Baru saja kami hendak bangun tiba tiba telefon iyan berbunyi. Iyan memberikan isyarat kepada aku untuk menjawab panggilan itu.

"Kenapa dia nak jawab jauh jauh. Boleh je jawab depan aku." Hati aku mula syak dengan perangai dia.

"Siapa call?" soalku sebaik saja iyan mendekati aku.

"Alisya."

"Dia Call nak jumpa sebab ada hal sikit. Sorry sayang abang kena pergi jumpa dia."

Aku hanya diam, mata hanya memandang kelibat iyan yang semakin lama semakin menghilang.



"Mana iyan?" soalan pertama yang dilontarkan Leo sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik.

"Jumpa Alisya." balas aku mendatar. Muka juga aku kawal sebaik mungkin supaya Leo tidak mengesyaki apa-apa.

"Kau marah?"

"Buat apa aku nak marah? Dia nak jumpa je." kata aku tanpa pandang Leo. Pandangan aku halakan ke arah mell.

"Aku kenal kau Sera. Kita bertiga memang tak boleh sorokkan apa yang kita rasa. Kita membesar sama sama. Aku kenal kau dengan mell lebih dari aku kenal diri aku sendiri."

Aku mengeluh. Apa yang dikatakan oleh Leo itu betul. Aku tidak boleh membohong dia dan mell. Mereka sangat mengenali aku sebagaimana aku mengenal mereka.

"Aku tak tahu la Leo. Aku rasa dia lebih pentingkan aku dari Alisya."

"Mungkin dia buat atas dasar kerja. Kau kena ingat Sera yang iyan sangat dekat kau. Kalau dia sayang Alisya. Kenapa dia tak kawin je dengan dia."

Sememangnya aku tahu kalau aku menceritakan hal ini kepala Leo. Leo akan menyelebihi iyan kerana mereka berdua lelaki. Sebab itu juga aku malas cerita.

"Aku cuba fikir positif." Putus ku.

"Aku balik dulu. Kalau kau tak larat Call aku.  Nanti aku ganti." kata Leo sebelum dia keluar dari bilik Ward.

Beberapa minit kemudian, aku rasa bosan pula. Novel yang aku bawa dari rumah tadi aku buka. Aku baru saja membaca novel ini beberapa hari yang lepas, hampir separuh juga muka surat yang aku sudah khatam. Tapi tak ada yang pelik kalau sudah membaca novel. Dalam dua hari saja boleh tamatkan.


Miss RosseraWhere stories live. Discover now