BAB 48

78 4 0
                                    

Jam di dinding bilik aku pandang. Baru pukul tujuh pagi. Selepas solat subuh tadi, aku tak boleh tidur. Mata aku juga enggan terlelap, akhirnya aku hanya main phone.

Hari ini adalah hari ke enam mell di dalam ward. Seperti hari yang sebelumnya setiap hari aku akan pergi melawat mell dan beri kata kata semangat kepadanya.

Iyan juga tiada di sini kerana pergi ke Germany kerana ada urusan kerja. Aku tidak melarangnya dan juga tidak memaksa. Aku cuba sedaya upaya tolak fikiran negatif terhadap dia dan Alisya. Ya, iyan ke sana bersama Alisya.

Tok!

Tok!

"Sera kau lama lagi ke? Aku kena pergi office cepat ni." teriak Leo. Aku sudah berjanji mahu tumpang dia untuk ke hospital sebab itulah terpacak dia depan pintu bilik aku sekarang.

"Kejap, kau bagi aku lagi lima minit." balasku.

Selendang biru muda yang sudah siap digosok aku ambil. Selepas siap memakai selendang, lip gloss di atas meja aku capai lalu mencalit sedikit di bibirku.

Aku memandang penampilan aku di pantulan cermin. Selepas merasa semua baik baik saja. Aku menapak keluar dari bilik.

"Dah siap? Jom." Leo terlebih dahulu keluar dari rumah. Tergesa gesa betul.

"Kau tahu kan Raisya datang hari ni?" soal aku kepada Leo yang fokus memandu.

"Tahu." itu saja balasannya.

"Nanti kau teman aku ambil dia."

"Tak nak aku, kau pergi je la sorang." Bantah Leo laju.

"Aku mana bawak kereta. Aku suruh kau teman je. Bukan susah pun." bebel ku.

Bila agaknya dua orang ni nak berdamai. Kalau jumpa mesti bergaduh. Kalau tak Leo mulakan, Raisya pula cari gaduh.

"Ye la." balas Leo separuh rela.

Sebaik saja tiba di Hospital, Leo terus meninggalkan aku seorang diri. Hampeh betul si Leo Ravious. Boleh dia tinggalkan aku sorang sorang dekat sini?

Aku menapak masuk ke dalam hospital. Beberapa orang nurse yang mengenali aku senyum ke arah aku. Aku juga membalas senyuman.

Perlahan lahan aku menolak pintu besi untuk masuk, tas tangan yang sedari tadi di bahu aku letakkan di atas meja kecil berhampiran katil mell.

Aku berlalu ke arah tingkap pula. Langsir besar bewarna kelabu aku tarik. Sinaran matahari agak terang hari ini.

Selepas siap membuat perkara yang patut, aku melabuhkan punggung di kerusi disisi kanan Mell.

Tangan mell aku capai lalu ku bawa ke pipiku. Aku berharap sangat mell cepat bangun.

Tiba-tiba terasa jari jemari mell bergerak, automatik kepala berpaling melihat wajahnya.

Wajahnya kelihatan sedikit berkerut, mungkin kerana cahaya matahari yang terkena wajahnya.

"Mell." panggil ku.

"Baby." balas mell lemah. Tanpa membuang masa aku terus mendangkap tubuh mell erat. Tangisan aku mula pecah. Sungguh aku rindu kepadanya.

"Alhamdulillah mell, kau dah sedar. Aku happy sangat."

Mell senyum hambar.

"Kau nak air?" soalku, mell cuma mengangguk.

Jag berisi air kosong aku tuang ke dalam gelas yang sentiasa ada di situ. Lalu aku beri kepadanya. Aku membantunya untuk bangun sedikit.

"How you feel?"

Miss RosseraWhere stories live. Discover now