BAB 23

94 7 0
                                    

"Tok!"

"Tok!"

"Akak, ni meera ni."

Telekung yang sudah di pakai Aku sangkut di tempat yang disediakan, Aku kemas sedikit cadar biar nampak kemas.

"Ye." Tombol pintu ku pulas, terjenggulah kepada meera. Tersengih dia pandang aku. Nak apa budak ni subuh subuh ketuk pintu bilik.

"Nah." Sepasang baju kurung aku pandang dengan muka yang tanda tanya, nak buat apa baju kurung?

"Kan akak kata takdak baju kurung kan, ni baju meera. Akak pakai la."

"Oh akak lupa, sorry." baju kurung berwarna navy blue itu bertukar tangan, cantik baju ni. Simple but nice.

"Okay la, akak tukar dulu. Meera nak bersiap kejap." aku hanya mengangguk.

"Eh meera Ada shawl tak? Akak nak pinjam."

"Okay kejap."

Selendang satin itu aku lilit dengan kemas, bibir ku calit sedikit dengan lip balm biar nampak berseri sedikit.

"Akak dah si....?"

Aku tahan ketawa bila lihat reaksi meera, mata membulat kalau boleh nak jatuh ke bawah. Rahang terbuka luas kalah Mr hippo.

"Akak cantiknya!" badan ku ditilik dari atas ke bawah, lawak betul si meera ni. Pelik sangat agaknya.

"Okay ke?" aku tanya dengan perasaan gelisah, takut juga aku tersalah belit. Kang tak pasal orang gelak.

"Okay kak, cantiknya. Macam bidadari."

"Amboi auta je lebih." pipi mira ku cubit perlahan, geram.

"Hehe jom, kalau abang tengok ni. Harini jugak ajak akak kawin." mata ku cerlun tajam, budak ni haih. Geram juga kadang kadang.

"Hai." alisya datang kearah kami dengan senyuman manis di wajah, cantik.

"Woah cantiknya you sera." aku hanya senyum.

"Awak pun apa kurangnya."

"Amboi cantiknya anak dara tiga orang ni." Puji aunty yang baru datang bersama beberapa orang makcik, mungkin kawan kawannya.

"Tak Ada la aunty." Balas alisya dengan senyuman manis.

"Okay la aunty nak pergi dapur kejap, korang pergi la dulu."

"Baik aunty."

"Okay la I nak pergi dulu, jumpa kejap lagi." aku hanya melambaikan tangan.

"Meera cari siapa?" Soalku kepada meera yang terjengul jengul dari tadi.

"Cari abang iyan, kata dah nak sampai."

"Oh." macam mana la muka iyan sekarang? Berubah ke tak?

"Abang iyan." Jerit meera tiba tiba, automatik kepala berpaling ke arah yang sama.

Mataku terbuka luas, otak tidak dapat berjalan. Hati kian hancur. Sikit demi sikit. Rayyan? Kenapa kau tipu aku iyan? Hati aku terasa sangat sakit. Sakit di bohongi seorang yang sangat aku percaya.

Kaki ku atur ke belakang rumah, air mata yang hampir menitis aku seka dengan jari.

Badan terasa lemah, nasib juga di taman ini ada kerusi. Air Mata yang ku tahan, akhirnya jatuh juga.

"Akak." cepat cepat aku mengelap tubir Mata, supaya meera tidak perasan yang aku sedang menangis.

"Akak kenapa ni? Kenapa akak nangis?"

"Tak Ada apa la, masuk habuk. Hmm meera, akak nak masuk bilik boleh. Penat sikit." tanpa membuang masa kaki ku atur masuk ke bilik, badan ku hempas di atas katil. Pantal ku ambil lalu ku sembam muka.

"Mummy." panggil ku perlahan, tangisan makin lama makin laju. Membuatkan pandangan aku kapur.

"Ting!"

Bunyi notifikasi yang bertalu talu mengejutkan aku, telefon ku capai.

Aplikasi whatapps aku buka, daripada siapa ni? Rayyan? Mesej ku buka.

Sera jumpa aku dekat taman belakang rumah malam ni please.

Iyan tahu sera marah iyan, tapi iyan boleh cerita kan hal sebenar.

Please sera.

Patut ke aku jumpa? Atau tak patut? Binggung aku pikirkan. Hal apa yang dia nak cerita?

Akhirnya aku membuat keputusan bertemu iyan, taman belakang rumah ku tujuh. Makin dekat dengan taman membuatkan hati ku tak tenteram, patut ke aku patah balik? Sebaik sahaja aku mahu memusing.

"Sera." satu nada yang cukup asing, sangat asing sampai menyebabkan hati aku berdebar.

"Kau nak cakap apa?" Soalku sedikit kasar, hati masih terasa sakit.

"Aku nak mintak maaf, aku tak berniat nak tipu kau."

"Tak berniat huh, tapi selama ni kau tipu aku hidup hidup iyan. Lepastu hari ni kau cakap kau tak berniat?" tanya ku sedikit kuat, hati membara apabila melihat mukanya.

"Aku tak tipu kau Sera, aku cuma."

"Cuma apa? Permainkan aku?" bibirku naik sedikit, sinis!

"No bukan, listen here cruishy." nada iyan bertukar lembut, membuatkan darah aku makin mendidih.

"I hate that name, and I hate you. Don't over show your face again in front of me!" dadaku berombak kuat, tangan aku gempal menahan marah.

"It's about a deal." Aku hanya diam menunggu dia meneruskan percakapannya.

"Aku dan leo terpaksa tipu kau." sanggup kau leo tipu aku, patut la macam kenal sahaja rayyan. Rupanya dia kenal. Kalau Ada leo ni, mahu aku smack down cukup cukup. Agak agak boleh masuk icu. Kubur terus pun boleh.

"Terpaksa sebab?"

"Sebab..."

"Hai korang, borang apa." alisya ni kacau line je la, walaupun rasa geram tetap juga aku sengih.

"Hai iyan, lama tak jumpa you." kata alisya dengan senyuman manis.

"You tak cerita dekat Sera ke?"

"Cerita apa?" Soalku.

"I dan iyan couple." aku senyum, senyum yang sangat hambar.

"Ouh, I nak masuk dulu. Korang Borak la."

Aku tak tahu apa yang aku nak rasa sekarang, di tipu oleh lelaki yang sangat aku percaya. Dambakan cinta yang tak pasti, dan mungkin sudah dimiliki seseorang. One day, aku akan lepas kan kau iyan. Walaupun kau tak pernah jadi milikku.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now