BAB 44

79 4 0
                                    

"Baby, are you really want to go alone?" soal mell sebaik sahaja aku menapak turun ke bawah dengan pakaian serba hitam. Dari tudung hingga ke kasut. Pakaian casual kami kalau hendak melakukan misi.

Aku angguk. Aku tidak mahu melibatkan orang lain dalam masalah aku. Apa yang berlaku sekarang kerana aku. Aku tak mahu terjadi apa apa kepada orang yang aku sayang disebabkan aku.

Aku tahu apa yang aku mahu buat, aku hanya mahu berjumpa dengan orang yang mahu menjatuhkan aku. Dan sebab apa dia mahu jatuh kan aku.

"Please Baby be safe." pesan mell. Badan aku dipeluknya erat. Tapi kenapa hati aku jadi berdebar. Seperti bakal berlaku perkara yang aku tidak jangkakan.

"I sayang you tau Baby." nada suara mell berubah. Aku jadi takut.

"Kenapa ni mell? Kau oke ke tak?" soal aku risau. Kenapa mell pelik sangat hari ni.

"Nothing. Tapi ingat tau pesan i." tangan aku digenggam erat olehnya.

"Aku pergi dulu." aku meminta diri. Aku kena berjumpa juga dengan dia.

Aku turun dari kereta lalu pandang sekeliling. Aku berada di satu pelabuhan sekarang. Terdapat pelbagai jenis tong dan guni di sekitar pelabuhan ini.

Tiba tiba aku mendengar bunyi satu tepukan dari belakang aku. Terus badan aku pusing memandang ke arah tepukan tersebut.

"You Are so brave pretty." kata seseorang yang berjalan ke arah aku. Aku tidak boleh melihat mukanya kerana dia memakai topeng.

Tapi suara dia? Macam aku pernah dengar sebelum ni? Siapa?

"Remember me?" topeng hitam diwajahnya di buka. Aku terkejut melihat dia.

"Kau?" soal aku geram. Tangan mengempal penumbuk.

"Yes it's me. Miss me huh!" bibir aku naik sedikit. Lalu aku ketawa. Sangat sinis!

"Apa kau nak jantan tak guna?" tinggi suara aku menjerit.

"Baby jangan la bising sangat. You boleh je jawab slow slow. Lagipun tak ada orang dekat sini Baby. Just you and me." lelaki itu ketawa.

"Kau nak apa sebenarnya hah? Kenapa kau kacau hidup aku!"

"Aku dah bagitahu kau sebelum ni. Tapi kau tak nak dengar cakap aku. Then aku buat la benda yang boleh sakit kan hati kau."

"Kau ingat kau siapa aku nak kena ikut cakap kau?" marah aku lagi. Bergigil badan aku kerana terlampau marah.

"Bukan siapa siapa, tapi cukup kau tahu yang aku suka dekat kau."

"Tapi sayang, kau lebih pilih dia dari aku. Apa yang istimewa dia?" jerkah dia. Ternaik bahu aku akibat terkejut.

"Dia lebih sempurna dari kau!" lelaki itu datang ke arah aku. Leher aku dicekeknya. Sedaya upaya aku melepaskan pegangan tangannya di leher aku.

"Lepaskan dia!" jerit seorang lelaki. Aku kenal suaranya. Ario. Bodyguard Grandpa. Dari tadi lagi aku sudah perasan yang Grandpa menghantar Bodyguardnya untuk mengikuti aku.

"No way." tangannya makin kuat mengcekek leherku. Dapat aku rasakan nafas aku sedikit tersekat. Tapi aku cuba bertahan.

"Pang!" satu das peluru itu membuatkan aku jatuh. Aku pandang sisinya. Peluru itu tadi terkena bahu Zack.

Airo datang ke arah aku. Aku lega kerana dia datang untuk menyelamatkan aku.

Ketika perjalanan pulang, hati aku berdebar. Aku pegang jantung aku. Kenapa ni? Kenapa hati aku tak tenteram.

Hanya satu nama di dalam fikiran aku sekarang. Mell!

"Where are mell?" soal aku.

"Miss mellinda not at home. I don't know Where she go." Balas airo.

Aku cuma mengangguk. Aku tak salahkan dia kalau dia tak tahu. Sebab dia bukan jaga mell. Dia pun bukan selalu berada di rumah kerana sentiasa di syarikat.

Mungkin perasaan kau je kot Sera. Aku cuba untuk berfikiran positif. Kalau petang nanti dia tak balik. Aku kena cari dia.

"Kau okay tak sera?" soal Leo yang terburu buru datang ke arah aku. Sejak bila dia balik sini? Baru pagi tadi grandma ada beritahu aku yang dia berada di Germany.

"Okey." balas aku lemah. Walaupun aku tak cedera apa apa. Tapi aku terasa sangat lemah. Mungkin kerana Zack mengcekek aku tadi. Atau hati aku yang berdebar.

"Jom aku ambil kau air." Leo berlalu ke dapur. Aku ditinggal di ruang tamu seorang diri.

"Nah." satu gelas berisi air kosong disuakan kepada aku, aku menyambungnya lalu berterima kasih kepada Leo.

"Ni iyan tahu tak yang kau pergi jumpa zack?" soal Leo.

"Kau kena zack?" soal aku serius. Aku pandang mata Leo. Satu kelemahan Leo. Mata dia tak dapat nak menipu.

"Dia dulu kawan baik iyan. Tapi beberapa tahun yang lepas dia menghilang. Aku dengan iyan pun tak tahu dia pergi mana. Dan sekarang dia balik. Lepastu dia kata dia cintakan kau. Tapi dia dapat tahu yang kau kahwin dengan iyan. Sebab tu dia dendam dengan iyan. Tapi dia tahu kelemahan iyan kau." terang Leo panjang lebar. Aku tak tahu mahu membalas apa. Hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Kau ada jumpa mell?" Leo cuma mengeleng.

"Aku naik dulu." aku meminta diri. Perlahan lahan aku mendaki tangga naik ke atas.

Badan aku rebahkan ke atas tilam. Mata terkebil kebil memandang syilin.

Kenapa iyan tak pernah beritahu aku tentang benda ni. Kenapa dia nak berahsia dengan aku. Aku juga terasa hati kerana iyan tak telefon aku sejak dia balik dari sini. Apa yang dia buat sampai busy sangat tak call aku.

Selepas beberapa minit baring, aku bangun semula. Hati aku tak tenteram. Aku kena buat sesuatu yang boleh bagi aku leka. Tapi aku nak buat apa.

Aku pandang sekeliling, mencari sesuatu yang boleh buat aku leka. Tiba tiba aku teringat yang aku ada beli novel baru.

Kotak besar bewarna biru yang berada di sudut bilik aku buka. Mencari novel yang aku beli hari tu. Ada tiga buah novel yang aku beli. Kesemua berbahasa Inggeris.

Satu persatu novel aku bawa keluar dari kotak. Novel pertama bertajuk BEHIND THE WONDERFUL WATERFALL. Novel kedua bertajuk BE PATIENT IN EVERY SITULATION. Dan novel terakhir yang bertajuk, LOVE YOUR SELF, DON'T BE SELFISH.

Novel Be Patient in Every situlation aku ambil. Muka surat pertama aku baca. Menarik! Kena dengan cita rasa aku.

Sedang aku sedang leka membaca, tiba tiba telefon aku berdering. Tentera nama mummy di screen.

"Assalamualaikum sayang." sapa mummy di hujung talian.

"Waalaikumussalam mummy. Mummy sihat? Abang sihat?" soal aku. Sudah lama aku tak dengar khabar berita tentang abang aku yang satu itu.

"Alhamdulillah mummy sihat. Abang kamu pun sihat. Terlebih sihat dah."

"Ya la mummy, Sera nampak badan dia makin naik." Saja aku mahu mengusik abang aku.

"Pandai je kau."

"Abang dengar ke mummy?"

"Ada sebelah mummy ni ha." patut la dengar. Duduk tepi mummy rupanya.

"Abang jangan makan banyak sangat nanti Kak alya tak suka baru tahu."

"Eleh pandai je dia tu. Kau macam mana? Ada berita nak dapat Baby dah ke?"

"Belum ada rezeki lagi." kendur suara aku.

"Haih kamu ni. Anak tu rezeki. Kalau tak ada lagi nak buat macam mana Sera. Kamu doa banyak banyak."

"Baik mummy."

"Ok la mummy letak dulu. Nak bersiap pergi rumah makcik husna, ada kenduri. Assalamualaikum."

"Baik mummy, waalaikumussalam."

Aku tahu mummy juga mahu aku ada Baby. Tapi dia tak tunjuk dekat aku sebab tak nak aku rasa terbeban.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now