BAB 7

175 9 0
                                    

Dengan sengihan sampai ke telinga ku lihat kapal layar yang besar dihadapan ku sekarang, salah satu memori sewaktu aku kecil ialah kapal layar. Masih kuat ingatan ku tentang waktu kecil dahulu, kami sering menaiki kapal layar. Sungguh manis kenangan dulu, alangkah bagusnya jika bumi bisa berputar kembali.

"Aduh." Tangan naik mengosok bahu ku yang dilanggar seseorang, makhluk mana ni main rendah saja. Punya besar tempat ni, tempat aku berdiri juga nak lalu.

"Sorry."

"Just sorry huh?" Kata ku geram, nasib ada tiang. Kalau tak mahu jatuh aku.

"Then you expect what?" soal dia dingin.

Macam pernah dengar suara ni, ha suara yang sama dengan lelaki yang datang dekat cafe dahulu. Biadap betul perangai dia.

"Sera are you okay?" Soal mell yang baru datang dengan Leo, yang diaorang berdua ni pun pergi mana lama sangat.

"Tak ada apa lah, just terjumpa mamat kerek ni." Lengan mell ku tarik supaya berlalu masuk ke dalam.

Macam rugi je aku puji dia dulu, dengan ini saja Rossera Arylyn menarik balik kata-kata pujian kepada mamat itu.

"You duduk sini jap eh baby, I nak pergi toilet."

"Eh jom la aku teman."

"Tak payah duduk sini je, nanti Leo susah pulak nak cari kita." Aku hanya mengeluh, bosan tahu duduk sorang-sorang. Kalau aku ni jenis peramah okay juga, ni krik krik.

"Hye baby." Mamat mana pula ni panggil aku baby, geli siot. Mell tak apa lagi.

"Wow so interesting." Dengan muka gatalnya dia kenyit mata kat aku, pastu nak suruh aku bagi reaction apa? Gelabah? Ke cair memeleh tahap larva?

"Can you please go from me." Aku ku tanpa riak bersalah, ingat aku nak la dengan dia. Hello aku lebih rela tak kahwin, dari kahwin ngan dia.

"Sera."

"Leo kau boleh tak suruh mamat ni blah, kacau kenteteraman aku je la."

"Okay dia dah blah."

Lupa pula, kalau aku tak suruh pun mesti mamat tu dah blah kalau tengok muka Leo yang macam singa kelaparan tu.

"Mell mana?"

"Tadi dia kata nak pergi tandas." Tapi asal Aku tak sedap hati eh?

"Leo kau duduk sini jap." Kata ku sebelum melangkah meninggalkannya.

"Mana mell ni? Kata nak pergi toilet, tapi asal takda pun dalam toilet." Dengan perasaan gelabah aku kehulu kehilir mencari mell.

Tanpa menghiraukan sesiapa pantas aku memanjat satu dinding untuk melihat tempat yang disediakan untuk atas sekali, mohon jalan la ikut perangai syaitan aku.

"What are you doing there?"

Masa ni la ada orang nak sibuk bertanya, tak nampak ke aku tengah jolok buah rambutan?

"None of your business." Kata ku selamba, mata masih melihat ke atas.

"If this is my ship, isn't my own business too?"

Dengan perasaan geram aku toleh ke belakang melihat empunya suara, entah apa yang silap. Excited sangat agaknya, kaki ku tergelincir. Dengan separuh rela aku menutup mata, eh asal tak jatuh lagi? Rasanya aku kat atas air, bukan kat atas awan nak terapung.

Mata dibuka perlahan, terkejutnya hampir membawa maut apabila melihat wajah lelaki itu dekat dengan muka ku sekarang. Mata dia, boleh tak jangan nak mengoda walaupon dengan mata saja?

Miss RosseraWhere stories live. Discover now