BAB 59

117 2 0
                                    

Pemandangan di luar tingkap kapal terbang aku pandang. Hari ini aku dan keluarga aku akan pulang ke Malaysia. Perasaan teruja dan gembira sangat terasa di hati. Malah semua ahli keluarga aku pulang ke Malaysia membuatkan aku sedih dalam gembira. Buat kali pertama kami pulang ke Malaysia bersama sama. Mesti bertambah riuh nanti.

Mell dan Lucas juga mengajak aku dan Raisya mengikuti mereka Honeymoon. Pada mulanya aku menolak, sebab itu adalah Honeymoon mereka yang pertama. Namun disebabkan mell tetap mengajak, akhirnya aku dan Raisya hanya bersetuju. Pada mulanya aku pelik kenapa mell nak sangat aku ikut, rupanya dia mahu aku jadi pemandu pelancong. Hampeh punya sepupu.

Pulau Langkawi menjadi pilihan mereka berdua, tersenyum aku mendengar yang mereka mahu pergi ke Langkawi. Memori aku dan iyan terus melayang di fikiran aku. Tambahan pula, fikiran terbayang deretan coklat yang sungguh sedap itu.

"Mengalamun apa tu sayang." tegur iyan. Hampir terlompat aku mendengar teguran dia. Tidak silap sangkaan aku tadi dia tengah tidur. Cepatnya bangun.

"Bukan abang tidur ke tadi?" soal aku pula. Iyan pula hanya melontarkan senyuman manis.

"Abang terlelap tadi, letih sangat kot." balas dia tenang. Muka aku dipandangnya lama membuatkan aku tidak selesa dan malu.

"Kenapa abang tengok saya macam tu." soal aku teragak-agak.

"Sayang okay ke ni? Larat lagi?" soal dia prihatin.

"Saya okey la abang kenapa? Nampak macam letih ke?" soal aku pelik. Iyan hanya mengangguk mengiakan.

"Tak cukup tidur kot." balas aku bersahaja.

"Kalau macam tu sayang tidurlah." suruh iyan. Tangan kanannya menepuk bahu kirinya berkali-kali. Menyuruh aku tido di bahunya.

Belum sempat aku berbuat apa iyan terlebih dahulu menarik badan aku supaya menyandar di badanya.



Akhirnya selepas beberapa belas jam di dalam kapal terbang akhirnya tiba juga kami di lapangan terbang kuala Lumpur. Badan yang terasa sangat berat sekarang ini hanya mengingati katil. Kalau diikutkan nak berjalan pun aku tak larat, namun aku gagahi juga. Tak nak menyusahkan sesiapa.

"Sera okay tak ni? Muka nampak tak larat aje mummy tengok." tegur mummy, tangan kanannya mengusap pipi aku perlahan.

"Sera okey je mummy, cuma letih sikit." kata aku dengan senyuman hambar. Nampak sangat penipu kau kan Sera. Letih sikit aje, padahal kepala terasa berat dan badan letih.

"Betul ni?" soal Mummy meminta kepastian. Aku tahu yang Mummy tahu yang aku menipu, namun aku sebaik mungkin memaniskan muka.

"Kalau macam tu Jom la kita." Ajak Daddy.



"Baby I'm so excited." kata mell dengan senyuman manis.

"Me too mell." balas aku dengan senyuman juga.

"Eh Baby you mengandung dah berapa bulan?" soal mell tiba-tiba, tangannya mengusap perut aku yang sudah memboyong ke depan.

"Bulan depan dah sembilan bulan mell."

"Oh my God, eee tak sabarnya Baby. I dah nak jadi aunty." kata mell teruja, aku hanya sengih melihat gelagatnya yang sungguh comel itu.

"Aku pun tak sabar mell." tangan yang berada di sisi aku usap perut aku. Aku dan iyan bersepakat tidak mahu mengetahui jantina anak kami berdua. Mahu membuat kejutan kepada semua.





"Yeay! Dah sampai!" terkejut aku mendengar jeritan mell yang tiba-tiba itu. Mata yang tertutup kini terbuka, sawah padi yang menghijau menghiasi pemandangan aku ketika aku membuka mata.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now