BAB 50

124 4 2
                                    

Jam penggera yang berdering membuatkan aku terjaga daripada tidur. Sekarang baru pukul 6:30, aku berniat mahu membuat sarapan hari ini. Sebab itu la aku bangun awal.

Raisya di sebelah aku pandang, masih diulit mimpi. Aku malas mahu kacau dia, sebab semalam dia tidur lambat. Tambah pula aku dan dia sama sama tak boleh solat. Lagi seronok dia tidur lama.

Aku bangun dari duduk lalu mengeliat kecil sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selepas siap mandi, rambut aku yang basah aku keringkan dengan pengering rambut. Pelembap bibir yang berjenama Vaseline itu aku ambil lalu aku calit sikit ke bibirku.

Tudung sarung yang disangkut ditempat yang disediakan aku ambil lalu menyarung ke kepala. Walaupun aku agak rimas, disebabkan Leo ada di sini. Dia bukan mahram aku. Terpaksa aku menjaga aurat.

Perlahan lahan aku menuruni tangga lalu ke dapur. Terkejut aku apabila melihat pembantu rumah grandma sedang membuat sarapan. Terbantut lagi usaha aku mahu membuat sarapan hari ini. Nampak gayanya aku perlu bangun pukul 5:00 pagi.

"Eh cik Sera, awalnya bangun." tegur makcik Non apabila melihat aku di dapur.

"Saya niat nak buat sarapan. Tapi makcik lagi awal dari saya." kata ku sedikit hampa. Makcik non ketawa melihat muka aku yang sedikit kecewa.

"Kalau macam tu, kalau cik Sera tolong saya boleh?" soal makcik non, laju saja aku mengangguk.

Semua makanan yang sudah siap dimasak aku bawa ke meja makan besar. Banyak juga makanan yang aku dan makcik non buat tadi. Mee goreng dan cucur pisang.

"Sera!" tegur grandma yang baru turun dari atas, dipandang aku dengan dahi berkerut.

"Kamu masak?" soal grandma lagi, makanan di atas meja dipandangnya lalu memandang aku.

"Masak dengan makcik non." balas aku.

"Duduk lah grandma." ajakku.

Pinggan kosong yang sudah aku susun tadi aku ambil lalu aku mencedok mee goreng. Teko panas yang berisi teh O pula aku tuang ke dalam cawan.

"Grandma makan dulu, Sera nak naik kejap." kata aku, grandma hanya mengangguk.

"Raisya!" panggilku. Tangan mengetuk pintu kayu beberapa kali.

"Kejap." balas Raisya.

Beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari dalam. Aku melihat Raisya hanya bertuala, nampak sangat baru sudah mandi. Rambutnya juga masih basah.

"Nasib aku yang ketuk tadi, kalau leo?" soal aku.

"Kenapa?" soal Raisya blur.

"Kau nak bukak pakai macam ni je?" soal aku sebelum senyum nakal.

"Oit kau, macam la aku tak reti beza suara lelaki dengan perempuan." marah Raisya, aku hanya sengih tidak bersalah.

"Siap cepat pastu turun sarapan, kejap lagi nak pergi ambil mell."

Cakap pasal mell. Hari ini mell akan pulang dari hospital. Iyan juga mesej aku semalam kata dia juga pulang hari ini. Bertambah gembira aku hari ini.

"Ye la." balas Raisya lalu ke tandas semula.

Aku dan Raisya menuruni tangga beriringan, dari jauh kelihatan Leo sudah di meja makan bersama dengan Grandpa dan grandma.

"Good morning." sapa aku dengan senyuman manis.

"Good morning too sera." balas grandpa dengan senyuman juga.

"Hello raisya." tegur Grandpa.

"Hello." jawab Raisya sedikit perlahan. Mungkin takut! Haha!

Miss RosseraWhere stories live. Discover now