Semasa aku sibuk mengemas bilik, tiba tiba telefon aku berbunyi minta di angkat. Tentera nama mummy di screen. Tanpa membuang masa tangan laju mengosok butang hijau.
"Hello mummy." sapa aku terlebih dahulu, tetapi di manakah Salam mu wahai rossera?
"Assalamualaikum."
"Hehe waalaikumussalam mummy."
"Sera busy ke? Kalau busy mummy tak nak kacau." lain macam je soalan mummy, macam nak cakap perkara yang penting sampai tanya aku free ke tak.
"Free je mummy, sera tengah kemas bilik ni." bilik yang bersepah itu aku pandang sekilas, tetapi tak ada la macam tokang pecah. Cuma penuh dengan kertas dan fail. Kadang aku pun tak tahu nak letak kat mana dah, banyak sangat.
"Mummy cakap ni sera jangan terkejut tau." serta merta jantung aku berdegup laju, kenapa ni? Risau aku. Mummy pun jangan la bagi aku nervous macam ni.
"Kenapa ummi?" soal aku risau.
"Iyan Pinang sera, tapi Mummy dah terima. Sera ok tak?" penjelasan Mummy membuatkan aku rasa nak pengsan, biar betul. Baru beberapa hari yang lepas aku jumpa iyan, dia tak ada cita pula. Nak kena smackdown Mamat ni.
"Hmm." sejujurnya aku malu nak berterus terang, sememangnya aku rasa gembira sangat bila Mummy cerita.
"Ni tanda setuju ke ni?" soal Mummy balik.
"Ha ah." Balas aku lambat lambat, bibir bawah aku gigit perlahan. Malunya. Kenapa aku dah macam bertukar orang ni. Ni semua salah rayyan Naufal. Huh!
"Alhamdulillah lega Mummy dengar, ok la Mummy letak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Mell!" pintu biliknya aku ketuk beberapa kali, tetapi tak juga budak itu keluar. Takkan tak dengar? Naik pedih dah ni tangan aku ketuk pintu kayu ni.
"Eh baby sorry, I baru keluar toilet. Why?" soal mell sebaik sahaja membuka pintu.
"Mell kau nak tahu tak?"
"Tahu apa Baby?" tempat disebelah aku mell duduk, kini fokusnya terhadap aku dah 1000%.
"Iyan pinang aku."
"Pinang?" aku angguk, tapi yang aku pelik kenapa muka mell macam pelik semacam. Eh lupa dia tak tahu Pinang tu apa.
"Dia macam bertunang." jelas aku, kalau tak faham juga kena speaking juga aku.
"What? Seriously Baby? Omg omg omg." badan aku dipeluknya erat, aku membalas pelukannya. Kali ini aku tak rasa pula nak tolak dia jauh jauh, rasa macam nak peluk je sampai esok sebab happy sangat.
"I'm Happy for you baby." aku senyum, aku bersyukur sangat dapat sepupu macam mell. Aku tak ada kawan lain. Dengan dia la aku berkawan dari kecil hingga sekarang.
"When you guys get married?" terkejut aku dengan pertanyaan mell, dia ingat kahwin ni senang ke? Kalau berlakon pun kena kursus kawin. Ni yang real lagi banyak cabaran dia.
"I don't know." aku pun tak tanya dekat Mummy tadi bila nak ada kan majlis yang official, malu pun ada sebernanya.
"It's Okay, nanti kita balik italy." aku angguk, dah lama rasanya tak balik italy. Rindu pula dengan semua orang.
"Jom baby celebrate." ternaik kening aku, celebrate? mell ni biar betul? Selalunya dia kalau Happy, tempat favourite dia sudah tentunya kelab. Takkan nak Ajak aku pergi situ, memang tak la aku nak pergi.
"Dekat mana, kalau kelab sorry." pesan aku siap siap, takut betul sangkaan aku. Bertambah dosa aku.
"Cafe bukan kelab."
"Okay yang ni aku setuju jom." Dah lama aku tak pergi Cafe,walaupun bukan Cafe sendiri. Setidaknya boleh juga aku mengubat rindu.
Cafe memang tempat kegemaran aku sejak kecil selain cruise ship. Aku paling suka bau Coffee walaupun aku Bukan pengemar Coffee, lagi suka kalau cafe tu ada roti dan cupcake sekali. Rasa macam nak duduk situ lama lama.
Aku dan mell memasuki sebuah cafe, selepas mell tolak saja pintu utama cafe tersebut. Bau Coffee dah menusuk hidung aku, hilang kawalan juga aku kalau macam ni.
Hiasan cafe nampak Classic, perabot pun warna coklat dan hitam. Sangat simple tapi cukup menarik. Pemilik cafe pandai menyusun perabot untuk tampak lebih mewah, jujur aku cakap memang menarik perhatian pelanggan untuk masuk.
Macam biasa kami akan pilih tempat yang paling hujung, sebab malas nak duduk dengan banyak manusia. Jadi memilih tempat yang sesuai amat membuat mood jadi lebih baik, tak ada la yang tiba tiba badmood.
Ice lattle aku cicip perlahan, boleh tahan juga sedap dia. Kurang manis. Aku memang pantang kalau manis sangat, hilang mood nak minum.
"You know what Baby, I miss your cafe."
"Me too." teringat suasana cafe aku, di situ la aku dan mell suka melepak. Menghilangkan stress, membuat kek sama sama. Rindunya. Di situ juga mummy dan aku selalu pergi, Mummy akan buat kek untuk kami kalau dia pergi sana.
"Tak pe Baby, I Know you rindu cafe. Nanti kita balik okay." aku angguk, senyum hambar aku tayang.
"Back to the main topic, I want to ask you something." mata kembali memandang mell yang sungguh cantik di depan, tak pernah tak cantik minah ni.
"You rasa grandpa terima ke rayyan?" air liur yang di telan tiba tiba terasa pahit, kenapa aku tak terpikir benda ni? Grandpa memang tidak suka kalau anak dia kahwin dengan orang Islam, sebab tu daddy hantar Mummy balik Malaysia. Aku bernasib baik juga aku Islam selepas aku lahir, kalau tak tahu la apa jadi.
"Kalau Grandpa tak terima dia macam mana mell? I Love him." buat kali pertamanya, aku luah dekat mell yang aku cintakan rayyan. Tetapi walaupun aku tidak cerita dekat dia, dia memang tahu perkara tu.
"I don't know Baby, tapi belum cuba belum tahu kan. Mana tahu hati Grandpa dah lembut." aku mengeluh, bukan tak nak cuba. Tapi aku tahu perangai Grandpa aku macam ni, kalau dia cakap A memang A saja. Tak ada sapa yang boleh halang dia, ataupun bangkang dia.
"Jangan Risau tau baby."
"I will mell." Keluhan berat aku lepaskan, aku harap granpa terima rayyan. Dalam masa yang sama hati aku risau kalau betul granpa tak terima rayyan. Apa aku nak buat kalau betul? Aku rasa aku tak boleh cinta orang lain selain rayyan, aku cintakan rayyan dari kecil lagi. Dari kecil lagi aku sayang dia, waktu aku dah remaja baru aku tahu yang sebenarnya aku cintakan dia. Walaupun ada lelaki yang datang untuk mengetuk pintu hati aku, tetap juga hati aku tak berpaut. Aku masih teringatkan dia sampai hari ni.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...