BAB 3

294 41 4
                                    

Getaran bunyi penggera mengejutkanku daripada tidur, dengan mata yang separa terbuka ku kerling melihat jam. Dah pukul 6:00 tepat, dengan malasnya ku bangun dan solat subuh. Dah dijadikan rutin harian, setiap kali solat aku akan membaca al quran. Tak kira lah walaupon hanya satu muka surat, nak dikatakan handal tu tidak juga. Boleh la sekadar untuk ku sorang.

"Harini ni aku nak buat apa je?" Termenung ku seorang diri melihat kearah jendela. Dan bagaikan dipanggil, tiba tiba telefon ku berbunyi.

"Ye nenek, ada hal ke nenek call awal macam ni?" Soal aku risau, tak pernah nenek call awal macam ni.

"Tak ada apa, kamu free tak harini. Datang la sini, nenek bosan sorang sorang. Atuk kamu ada mensyuarat, setiap hari mensyuarat geram opah."

Hampir terhambur ketawaku, jelas nenek tengah merajuk dengan atuk. Haih so sweet this couple. Nenek seorang yang lemah lembut, tapi dipadankan dengan atuk yang ketua mafia. Jadi lah macam sekarang, semakin tua makin sweet.

"Ouh macam tu, Sera free je harini. Nanti Sera ajak mell sekali okay nenek." Lembut ku membalas supaya merajuknya tu kurang sedikit.

" Baiklah, nenek letak dulu. Bye."

"Bye."

Ha ini lah masa yang ku tunggu - tunggu, mengejutkan puteri yang nan satu itu. Bukan selalu nak prank orang.

"Hello, is this miss Mellinda Ravious." Suara ku besarkan sedikit, agar mell tidak cam. Jahat betul la kau Sera.

"Who is this?" Suara mell kendengaran agak marah, mungkin kerana tidurnya dikacau. Tak sampai hati pula.

"I'm Rossera Ravious, sorry mell. Ingat nak prank tapi kesian pulak dekat kau." Ketawaku dengan sedikit hambar.

"Hish you ni baby, geram I. You nak apa, i nak sambung tidur ni."

"Hehe, eh jom teman aku pergi rumah atuk. Nenek ajak." Ku luahkan jua penyebab utama aku menelefonya.

"Ouh pukul?" Ku berfikir sejenak, petang lah. Tapi kurang asam betul, kalau petang kenapa aku ajak awal sangat. Tak apa lah.

"Pukul 3 okay?"

"Alright, bye I want sleep." Tergeleng kepala ku dengan telatah mell, nasib lah ada dia juga.

Setelah beberapa saat memandang syiling, akhirnya aku bangun mengemas katil.

"Bosan pula." Kaki diatur turun ke tingkat satu, memandangkan biliku di tingkat tiga. Kelibat mak Ani dicari, rindu pula kepadanya.

Mak Ani merupakan bibik merangkap mak ku disini, sudah lama mak ani berkhidmat untuk kami. Boleh dikatakan dari Aku kecil, hinggalah sekarang. Aku sudah anggap dia macam mak kandungku.

"Eh Sera kenapa datang dapur ni, kalau lapar nanti mak ani suruh alice pergi hantar makanan." Tegur mak ani yang tengah menyusun pinggan mangkuk.

"Tak apa la mak ani, Sera bosan asyik duduk bilik. Sebab tu Sera turun, Ada lagi ke yang tak siap." Niat ku hendak menolong bila sudah sampai di dapur, sudah lama Aku tak jejak kaki di sini. Bukan pemalas, tapi nanti alice nak kerja apa? Cakap pasal alice, alice tu pembantu peribadi Aku. Bukan PA, tapi seorang yang melayan aku bak anak raja. Harap paham la.

"Semua dah siap, tinggal nak makan je."

"Ouh kalau macam tu, jom lah makan sekali mak ani. Alice mana?" Kelibat alice di cari.

"Yes miss, did you want anything?" Soalan alice mengejutkan kami berdua, haih nasib belum makan. Tidak mahu tercekik aku.

"Let come eat with us." Ajak ku mesra dengan seyuman.

"It's okay."

"Come on alice, here sit down." Gesa aku lagi dengan taktik yang selalu menjadi.

"Thank you miss." Aku hanya mengangguk, sebenarnya aku merindui saat ini, saat apabila ruang makan dipenuhi gelak tawa dan kecerian. Dan kini sunyi, kerana aku tinggal seorang.

"Dah jom makan."

Kali terakhir aku ke taman bunga apabila mummy masih disini, sebak hati bila mengakibatkan mummy. Hubungan mummy aan daddy masih kuat, cuma mummy pulang ke Malaysia disebabkan atuk yang kurang sihat. Disebabkan itu aku tinggal bersama daddy. Hampir dua tahun juga mummy di Malaysia. Rindunya kepada ibu ialah satu kerinduan yang amat menyakitkan.

"Hello baby, here you are. Are you okay?"

Cepat cepat ku mengelap air mata, sedingin mana Rossera Arylyn. Tetap kalah dengan ibunya aan orang yang disayangi.

"Are you crying, oh my god." Tanganku di capai oleh mell, kepalanya mendongak melihat aku yang tinggi darinya.

"I'm okay mell, yeah live not always happy. It also become with sad." Falsafah mana tu jangan ditanya, falsafah Rossera Arylyn.

"Sure?"

"Yeah, let's go help me packing some clothes." Tangan mell ku tarik mengikuti ku ke bilik.

"You nak bawa banyak ke baju?" Soal mell bila melihat aku mula membuka almari, betul juga nak bawa banyak ke?

"Dalam 5 helai je kot." Halah kalau tak cukup pinjam baju mell, apa susah? Saiz mell dan aku lebih kurang, cuma aku tinggi sedikit darinya.

"Okay."

"You ingat tak masa kita kecil dulu?" Soal mell tiba tiba, aku tayang muka pelik. Tiba ja mell ni.

"Mestilah ingat kenapa?"

"I rindu kawan lelaki kita dulu, mesti sekarang lagi handsome." Aku berfikir sejenak, maybe? Tapi kalau yang sorang tu, haih. Macam mana la muka dia sekarang, last jumpa 7 tahun. Mesti muka dia berubah, silap - silap kalau jumpa pun aku tak kenal.

"Maybe la kot."

"Tapi mesti you rindu someone tu kan." Keningnya diangkat beberapa kali, nak usik aku la tu.

"Tak, belum tentu dia ingat kita mell." Saja aku patahkan harapan mell takut nanti dapat harapan palsu.

"Ye la."

"Dah jom tidur." Ajak Aku Lalu meletakkan beg di tepi katil, kepala disandarkan di kepala katil.

"Hope you still remember me iyan." Bisik hati kecilku.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now