BAB 11

137 9 0
                                    

Akhirnya tiba juga hari yang aku nanti-nanti kan iaitu pulang ke Malaysia, hanya tuhan saja tahu bertapa gembiranya aku harini. Tangan ligat melipat baju untuk bawa pulang ke Malaysia nanti, kami akan bergerak sedikit petang kerana Leo ada kerja. Terpaksa la aku setuju dengan kata-katanya.

"Tok! Tok! Tok!"

"Miss Sera." Panggil Alice.

"Yes."

"Miss mellinda and leo at down."

"Alright."

Tanpa membuang masa aku zip bagasi ku, ambil mana-mana benda yang penting. Macam telefon, pengecas dan laptop. Selepas aku rasa semua dah ambil, aku mula melangkah turun ke bawah.

"Sorry lambat." Sapa ku.

"Sokay baby jom."

Sempat juga aku menyalami mak Ani dan dakapnya, kesian pula dia nanti duduk rumah sorang-sorang. Alice diberi cuti oleh daddy memandangkan aku pulang ke malaysia.

"You okay tak ni baby?" Soal mell.

"Huh?"

"Aku okay." Sengihan ku berikan.

"You tipu, cuba you cita betul-betul." Desak mell kerana aku buat-buat tidur.

"Aku ngantuk lah mell, huargh!" Sengaja aku pura pura menguap, supaya lakonan ku menjadi.

"Hish malas la you ni."

Aku buat-buat tidur dengan rasa tidak bersalahnya,perangai kau kan sera. Baik sikit daripada syaitan, tak apa lah tipu sunat. Sebenarnya aku pun tak tahu yang tadi aku termenung, sebab tu aku tak tahu nak jawab apa. Kalau aku salah jawab, habis mell ni melalok hingga ke Lautan Hindi. Baik aku diam.

"I tau you tak tidur kan, you pikirkan kapten eh." Tersengih-sengih mell.

Kan aku dah cakap, disebabkan peristiwa aku keluar dengan rayyan. Tak habis la mell ni mengusik aku, Leo pun kadang join sekaki. Sekali aku cakap pasal raisha, tahu pula diam macam orang bisu. Menyampah aku dua orang ni.

"Baby!" Jerit mell.

Alamak dia jerit buat apa, sempat mataku tertacap pada seorang makcik yang pandang kami dengan pandangan serong. Aku bukan lesbian nyah, nak nangis pun ada sekarang ni.

"Kau ni kan mell." Mata ku jegil kan, marah ni.

"Dah bangun tidur?" Sindir mell.

"Tak ada la baru nak tidur." Balasku.

"Korang ni boleh tak diam, bising la. Aku suruh pilot turun kan korang kat sini baru tahu." Marah leo.

"Eleh nak turun kan kitaorang, sekali kucing yang datang. You yang turun dulu."

Aku hanya gelak mendengar kata-kata mell, tak habis dua orang ni. Macam macam betul, aku turun kan dua-dua baru tahu.

"Dah dah." Kata ku.


Selepas hampir beberapa jam di dalam kapal terbang, akhirnya kami sampai juga di lapangan terbang malaysia. Atau dikenali sebagai KLIA. Badan yang terasa kebas ku urut sikit, balik ni nak tidur terus la. Huhu.

"Korang tunggu sini kejap." Kata leo sebelum hilang ditengelami manusia.

Tengah aku sibuk berbual dengan mell, tiba-tiba bahu kiri ku dilanggar. Nasib tak bercium dengan mell. Siapa pula la yang langgar ni?

"Sorry."

Serta merta kepala berpaling ke depan, terlihat seorang perempuan yang agak feminin. Berpakaian seperti seorang yang berkejaya dan memakai tudung, cantik boleh tahan. Tapi aku cantik lagi, haha!

Miss RosseraWhere stories live. Discover now