BAB 34

116 5 0
                                    

Aku bersyukur hari ini aku boleh pulang semula ke rumah, duduk di hospital lama lama membuatkan aku bosan. Bosan tahap maksima. Tambahan pula bau ubat yang tidak menyenangkan, rasa macam tak nak masuk Ward langsung.

Makanan lagi satu hal, aku dah la islam. Susah nak cari makanan yang halal. Nasib juga mell sabar membeli roti ataupun makanan kepada aku. Kalau tak mahu kebulur aku dekat sini.

"Baby Nah you mintak."

"Thank you mell."

"Okay kalau macam tu I balik dulu, have a Nice day!" aku membuat muka, sengaja betul nak mengusik aku.

Kotak berwarna Purple itu aku bukak, shawl berwarna hitam aku ambil. Termenung juga seketika aku, gaya macam mana yang aku nak buat ni.

Telefon bimbit yang duduk elok di tepi aku capai, tangan laju membuka aplikasi YouTube. Macam macam jenis tutorial ada, tapi aku la pula yang tak mahir nak buat. Silap belit Kang, tidak keluar ward aku hari ini.

Akhirnya aku memilih yang paling simple, hanya meletakkan hujung shawl di atas bahu. Cantik dan selesa.

"Assalamualaikum." sapa iyan dengan senyuman manisnya, Happy betul muka dia.

"Waalaikumussalam."

"So gorgoues crushie." puji iyan yang mendekati tempat aku berdiri, aku tersenyum malu.

"Why? Blushing?"

Rasa kebas pipi aku, malunya. Jangan la puji sangat, malu tahu tak.

"Dah jom." tanpa banyak soal, aku membuntuti Rayyan. Langkah besarnya membuatkan aku sukar untuk berjalan bersebelahan.

"Kita nak pergi mana?" Soalku sebaik saja kami berdua masuk ke dalam kereta Rayyan, macam biasa haruman minyak wanginya tetap kuat walaupun kereta yang berbeza.

"Secret." satu kenyitan diberi kepadaku, aku menjulingkan mata. Suka betul berahsia, tak salah pun kalau nak cerita. Tak ada la hati aku berdebar debar.

"But I Know that you Really like it."

Taman ke? Sebab aku memang suka taman, kalau betul takkan la setiap kali keluar pergi taman je. Budak budak pun boleh bosan pergi taman tiap tiap hari, aku yang dewasa ni lagi la rasa bosan.

Dari jauh lagi aku sudah nampak kelibat cafe aku, serius dia bawak aku datang sini. Sejak balik Itali, aku tak sempat mahu jenguk cafe.

Pintu utama ditolak oleh Rayyan, aku hanya mengikuti di belakangnya. Saja bahu buat surprise kepada pekerja aku.

"Miss!" jerit lalu datang ke arah aku berdiri, diikuti dengan staf yang lain. Aku senyum mesra.

"We miss you." kata salah seorang pekerja aku, yang lain hanya mengangguk.

"I miss you guys too."

"How? Everything okay?" Jessica hanya mengangguk, lega hati aku. Risau juga kalau ada masalah yang timbul semasa aku tak ada.

"Jom." ajak Rayyan yang datang kearah aku bersama satu beg plastik, nak pergi mana pula ni?

"Pergi mana?" soalku.

"Secret." Aku mengeluh, rahsia lagi. Penat aku macam ni. Kalau tiap tiap hari macam ni, mahu sakit jantung aku. Sebab berdebar debar tak tentu pasal.

"Jangan la mengeluh crushie, kejap je tempat tu."

Aku diam, malas nak cakap. Tangan naik memeluk tubuh, mulut muncung kalau boleh sangkut hanger.

"Taman?" terbutang mata aku melihat taman yang dipenuhi pelbagai manusia, kenapa banyak banyak tempat taman juga dia bawak aku? Dah muak tahu pergi taman.

"Tak ada tempat lain ke?" Soal aku geram. Asyik asyik taman je, macam tak ada tempat lain nak pergi. Pergi la Mall ke? Tak Mall pun taman bunga ke? Ni taman permainan!

"Tak ada!" Balas Rayyan ringkas, muka selamba di tayang.

"Saya bosan tahu tak asyik pergi taman je, lepak dengan mell pun dekat taman. Dengan awak pun taman, nanti keluar dengan Leo pun dekat taman agaknya." bebelku geram, punggung aku hempas di sebuah bangku berdekatan dengan tempat aku berdiri. Lebih baik aku duduk, kalau berdiri lagi letih.

"Awak dengar tak ni?" marahku apabila Rayyan hanya mendiamkan diri, Mamat ni aku Bukan main membebel dia boleh diam membisu. Menyakitkan hati betul!

"Dah puas membebel crushie? Saya bawak awak datang sini sebab awak tu baru lepas keluar wad, badan pun tak berapa sihat lagi. Kalau saya bawak awak pergi Mall. Nanti awak kena jalan, nanti kalau sakit balik macam mana?" terdiam aku mendengar bebelannya, terharu juga aku.

"Tapi bosan la." Aduku, bukan nak bermanja. Tapi kenyataannya sangat memahitkan. Nak buat apa je dekat sini, takkan nak main dengan budak budak kot.

"Kita makan dulu, nanti kita pikir nak buat apa." Putus Rayyan, aku hanya ingkar. Malas nak panjangkan masalah yang kecil. Nanti silap silap bergaduh macam tu je.

"Saya nak tanya awak something." Rayyan pandang aku lama sebelum menaikkan keningnya, aku tarik nafas terlebih dahulu.

"Awak dah fikir panjang ke nak kahwin dengan saya? Awak tahu kan siapa saya? Saya tak lembut dan sopan macam perempuan lain. Saya ganas." jujur aku cakap, aku memang tak layak untuknya. Aku memang sedar diri dari awal lagi.

"Kenapa kalau awak ganas crushie? Tak ada masalah pun. Semua manusia tak sempurna, saya pun tak sempurna. Sebab tu Allah ciptakan kita berpasangan, saling menglengkapi." terharu aku mendengar kata katanya.

"Betul nanti awak tak menyesal?" soal aku ragu ragu.

"Yes crushie, no matter what will happened. I still with you, remember that." terkesima aku, aku harap kata katanya itu betul.

"Nak naik buayain tak?" tergelak aku.

"Tak nak la macam budak budak." balasku, nanti budak budak pun malu tengok kami main. Dah besar panjang dah pun nak main buayain lagi.

Akhirnya kena juga aku main buyaian kalau Rayyan dah paksa, siap pujuk mengalahkan budak kecil. Aku pun heran siapa yang perempuan sekarang ni? Huh?

"Awak duduk saya tolak."

"Eh tak payah la, saya tolak sendiri. Malu la." tangannya yang sudah pegang rantai penhayung aku tolak.

"Nak aiskrim tak crushie?" soal Rayyan yang sudah bangun. Aku geleng. Aiskrim dengan aku bermusuh agaknya, dari kecil lagi aku bukan pengemar aiskrim. Bagi aiskrim yang paling sedap pun, kalau dah namanya aiskrim memang aku tak makan.

"Awak dengan Alisya macam mana?" soalku.

"Macam mana apa? We're nothing crushie. Nothing special."

"Biar betul awak ni? Takkan tak ada hubungan apa apa?"

Takkan ada ada hubungan langsung? Atau Alisya yang menaruh harapan dekat Rayyan, cuma Rayyan yang tak cintakan Alisya?

"Maybe she like me or love Me, but I'm not. My Heart Belong to you." Rayyan pandang aku, serta merta pipi aku membahang.

"I Hope you love Me like I Love you crushie." nada suaranya seperti mengharap, kesimpulannya memang aku cintakan dia sepenuh hati aku.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now