BAB 55

128 3 0
                                    

Wajah iyan yang sunggul itu aku pandang sayu, aku sangat rindu padanya. Aku rindu layanan dia, aku rindu pelukan dia. Sudah dua bulan iyan terlantar di wad ICU. Tiada tanda tanda yang dia akan sedar ketika ini.

Mummy sudah sedar minggu lepas, bertapa bersyukurnya aku masa itu. Lega sangat. Mummy aku sudah sedar dan sihat. Tinggal suami aku yang belum sedar.

Tangan iyan aku ambil lalu aku genggam erat, kemudian aku bawa ke bibir. Satu kucupan singgah di tangannya.

Tiba-tiba jari jemarinya bergerak, automatik pandangan aku beralih ke wajahnya.

"Abang?" panggil aku. Aku takut kalau tadi hanya khayalan aku semata-mata.

"Sayang." lemah suara iyan sudah cukup untuk membuatkan air mata aku jatuh.

"Abang." badanya aku peluk erat.

"Saya rindu abang." luah aku.

"Abang pun rindu sayang, rindu sangat." balas iyan.

"Sayang mengandung?" soal iyan terkejut apabila aku menjarakkan tubuh diantara aku dan dia.

Aku angguk.

"Ya Allah, alhamdulillah. Terima kasih ya allah."

"Berapa bulan sayang?" soal iyan lagi.

"Lima bulan abang." Balas aku dengan senyuman.

"Tak lama lagi abang nak jadi daddy." Kata iyan teruja, manis wajahnya tika ini.

"Abang seronok?"

"Seronok sayang."

"Sini." panggil iyan, tangan kirinya menepuk tilam menyuruh aku duduk di situ.

"Sayang kena janji dengan abang yang sayang tak buat kerja berat-berat okey." Kata iyan sedikit tegas. Kecut pula perut aku dengar. Arahan betul ni.

"Baiklah abang. Abang sama je macam Leo dengan mell." cebiku.

"Bagus la tu, sekurang-kurangnya sayang dengar cakap." balas iyan.

"Abang nak cakap yang saya degil ke?" soal aku tak puas hati.

"Sikit je." Balas iyan selamba.

"What!" Jerit aku geram.

"Baby nanti jangan ikut macam Mummy tau degil."

"Abang! Merajuk la macam ni." aku memuncungkan mulut, tangan naik memeluk tubuh. Gaya budak-budak merajuk. Tak sedar diri dah tua bangka. Tak lama lagi nak ada anak.

"Alolo abang gurau je sayang." Pujuk iyan. Wajah aku ditarik menghadapnya.

"Degil macam mana pun sayang, abang tetap cintakan dan sayangkan sayang sepenuh hati abang."

"I Love You." satu kucupan singgah di dahiku, sangat lama.

"Excuse me." Tegur seseorang.

Terkejut aku dan iyan, nasib tak bercium tadi. Kalau tak, lagi la haru.

"Sorry, maybe I come wrong timing." kata Dr Josh dengan senyuman. Senyuman mengusik. Lagi berbahang wajah aku. Rasa macam aku pulak nak koma kerana malu.

"Sorry doktor." Iyan meminta maaf. Kalau diikutkan memang salah kami. Kalau ya pun nak berasmara, tunggu balik rumah la der.

"No worries, I'm okay. How your body? It going well?" Soal Dr Josh lagi.

Apabila Dr Josh mahu memeriksa keadaan iyan, aku meminta diri untuk keluar. Aku mahu menelefon mell.

"Hello baby, kenapa?" soal mell laju sebaik saja mengangkat call.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now