BAB 30

114 7 0
                                    

Selepas siap bersiap untuk keluar, aku belik diri aku di pantulan cermin. Selepas yakin dengan outfit aku hari ini, aku capai lip gloss di atas meja. Aku memang seorang yang tak suka makeup, aku pun tak tahu kenapa. Selalunya aku akan pakai bedak Compact dan lip gloss saja kalau mahu keluar.

Mell selalu juga bebel sebab aku tak makeup, tapi aku peduli apa? Malas nak menghadap cermin untuk makeup, kalau dah terror tak apa. Ni nak pakai eyeliner pun bergigil tangan.

"Baby you dah siap ke?"

"Dah kenapa?" jawab aku sebelum mencapai beg dan berlalu turun.

"Iyan dah sampai, by the way you looking so gorgoues today." Puji mell dengan senyuman manisnya.

"Thank you."

"Okay lah mell aku pergi dulu." sempat juga aku berpelukan dengan mell sebelum aku keluar dari rumah, makcik tu tak bagi aku keluar agaknya. Peluk aku macam tak nak lepas.

"Sorry I'm late." kata aku sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta audi rayyan, haruman minyak wanginya membuatkan aku tidak boleh bernafas. Tuang sebotol ke apa ni? Ke spesies macam mell juga.

"Sokay sayang." Kening aku bertaut, sejak bila pula panggil sayang ni? Walaupun hati aku macam nak berlompat keluar tapi aku tetap tayang muka selamba.

"Sejak bila awak panggil saya sayang?" setahu aku tak ada pula aku dengan dia bincang pasal panggilan ni.

"Tak boleh ke?"

Aku tak kata pun tak boleh, tapi tu la. Rasa malu juga bila dia panggil aku sayang.

"How about I Call you crushie?" dah lama aku tak dengar panggilan aku yang satu tu, lagi comel daripada sayang. Sayang dah cliche.

"Ok."

"Then crushie where you want to go, I offer you today I will be your personal driver. A good driver with good looking one." sempat juga dia masuk bakul lepastu angkat sendiri, tetapi tidak juga aku menafikan sebab memang betul.

"Anything." aku pun tak tahu nak pergi mana sebernanya, jadi aku ikut dia saja.

"Alright." teruja betul suara dia, macam nak pergi melawat zoo masa kecil dahulu.

"Ok kita dah sampai."

Terkesima sekejap aku apabila melihat pantai yang terbuka luas di depan aku sekarang, cantiknya. Tempat mana ni? Tak tahu pula aku Kat sini ada pantai cantik macam ni.

"Cantik kan?" aku angguk, sungguh cantik sampai aku tak tahu nak ungkapkan macam mana dah.

"Kotak apa tu?" tanya aku apabila terpandang sebuah kotak Purple yang diikat rapi dengan raben hitam.

"Hadiah." aku mengambil kotak tersebut dengan muka tidak percaya, untuk aku? Tapi Birthday aku lambat lagi.

"Buka lah." kata rayyan dengan senyuman, menunggu dengan sabar.

Terkejut aku apabila melihat isi di dalam kotak tersebut, ada tiga Shawl yang berlainan warna.

"I don't know when you will be mine, but I Just want you to cover your aurat sera. Walaupun kita tak ada jodoh, tapi saya harap awak boleh tutup aurat. Sorry kalau kata kata saya buat awak rasa marah, tapi I don't want your aurat are seen." lembut teguran rayyan, sedikit sebanyak membuat kan aku sedikit terasa. Tetapi aku tak memarahnya, sebab apa yang dia kata tu betul. Menutup aurat bagi wanita adalah wajib.

"You know what, I like to see you when we meet at my house. You looking so pretty sera. Really pretty." pipi aku terasa berbahang, automatik kepala aku tertunduk. Mana hilangnya rossera yang dingin itu pergi?

"Thank you."

"Most welcome crushie." dalam hati sudah cair bila dia panggil aku crushie, rasa macam tak sangka aku dapat dengar lagi panggilan tu daripada orang yang sama.

"Dah lah Jom kita pergi makan." Ajak rayyan, aku hanya mengangguk.

Selepas selesai makan, rayyan mengajakku ke sebuah pesta. Mula mula aku dah menolak sepuas puasnya, tapi disebabkan bukan senang aku nak jumpa dengan dia balik. Aku ikut kan jugak la permintaan dia. Dah macam budak kecik dah.

"Crushie are you Okay? Kalau tak ok kita balik?" soal rayyan, terselit kerisauan di nadanya.

"Ok je, Just sejuk." tanpa banyak soal, rayyan membuka jaket kulitnya lalu letak di atas bahu aku. Jaket kulit itu aku tarik menutupi tubuh. Hening malam membuatkan aku bertambah sejuk, tambah pula cardingan yang aku pakai nipis. Extra sejuk la jadinya.

"Tapi Awak ok ke?" risau juga aku kalau dia pun sejuk, nanti kang tak pasal pasal ada yang demam pula esok.

"Ladies first, I Am gentleman. And I'm not that Selfish to see you like that." terharu juga aku dengar kata katanya, Sweetalker dari kecil lagi.

"Awak selalu ke datang sini?" soal aku, sebab nampak gaya macam dah selalu datang. Sebab dia tampak tenang berjalan, sedangkan aku punya struggle nak berjalan sempat berhimpit dengan orang.

"Selalu juga." jadinya ni bukan kali pertama la dia datang sini, patut la familiar semacam.

"Uncle!" jerit beberapa orang kanak kanak yang berlari ke arah kami. Uncle? Takkan rayyan kot.

"Hello Kids." balas iyan mesra, dicuitnya pipi beberapa orang kanak kanak yang dekat dengannya.

"Who are her?" soal seorang budak lelaki berambut perang, kini semua mata memandang aku dengan tanda tanya. Aku pula hanya tersengih, menghilangkan akward.

"It's her, your first love uncle?" terkejut aku dengan kata kata budak tersebut, rayyan cita pasal aku dekat diaorang. Biar betul.

"Yes, Her name are rossera. You Can Call Her aunty. Can?" soal rayyan, takut takut kalau aku tidak suka dipanggil aunty. Tapi aku ok je, sebab diaorang memang kecil lagi.

"I'm Okay." senyuman paling manis aku tayang.

"Can we go play together?" aku angguk sebelum tangan aku di tarik oleh salah seoarang budak perempuan, cute betul main tarik tangan macam ni. Selalunya mell saja yang suka pegang tangan.

"Aunty why you so pretty." mata bundar budak perempuan tersebut melihat aku dengan sungguh khusyuk, sedikit sebanyak membuatkan aku rasa malu.

"But you Are more Beautiful dear." puji aku ikhlas, kecik pun dah lawa. Besar nanti tak tahu la macam mana.

"Thank you aunty." pipi cubbynya aku cubit, geram betul aku. Macam nak gigit je. Best kan ada budak macam ni, rasa macam semua masalah yang di tanggung hilang serta merta.

Aku dan iyan meminta diri untuk pulang disebabkan sudah lewat malam, nanti risau pula mell. Telefon aku pun sudah lama mati. Nak pinjam telefon rayyan segan la pula.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now