BAB 12

134 7 0
                                    

Setiap jalan mesti adanya padi, kalau padi semestinya kedah. Opah dan tokwan duduk di kedah, tetapi sewaktu mummy ku kecil mereka menetap di kuala lumpur. Tapi aku bangga dengan mereka, kenapa? Kerana kedua-dua mereka berjaya. Tokwan dan opah kedua-duanya penguam, terkejut aku sewaktu pertama kali mengetahui bahawa mereka adalah penguam. Tetapi disebabkan faktor umur, mereka meneruskan kehidupan mereka di kampung.

Kali ini aku pulang ke kedah dengan perasaan gembira kerana ada mell dan leo, Raisya juga memberitahu ku yang dia akan pulang juga harini. Seronoknya. Mesti riuh nanti.

"Baby pinjam bahu." Aku hanya mengeluh.

Dibiarkan saja bahu ku dipinjam mell untuk dijadikan tempat tidur, kepala memandang keluar tingkap. Cantik sungguh pemandangan dekat sini, agak berbeza dengan itali.

"Mell bangun dah sampai." Tangan ku tepuk bahu mell beberapa kali.

"Woah jom turun." Ajak mell.

"Meow!"

Ha sudah, datang mana pula ni kucing. Opah baru beli ke apa ni? Ke Raisya punya?

"Sera." Lengan baju ku ditarik leo.

"Haih kau ni, dengan kucing pun takut." Kataku.

Kucing putih yang berbulu gebu itu ku angkat, tangan mengosok bulunya. Lembut gila bulu dia, mesti ada tuan ni.

"Sera!"

Tubuhku didakap erat bagaikan tidak mahu dilepas, eh Raisya mati kucing ni kang.

"Raisya mati kucing ni kau nangis pula."

"Eh, kenapa mica keluar ni? Kan mummy dah suruh duduk dalam rumah, kalau kena culik macam mana?" Marah Raisya tiba-tiba.

Aku dan mell sudah ketawa, Raisya memang menganggap dirinya mummy kalau dengan kucing-kucingnya. Kucing si Raisya ni bukan seekor, ada tiga ekor rasanya. Tak tahu la kalau ada lagi yang baru.

"Tak ada kerja cakap dengan kucing, bukan dia paham pun."

"Biarlah kau sibuk apa? Dah la takut dengan kucing."

"Dah dah."

Ku tarik Raisya masuk ke dalam, haih dua orang ni pantang jumpa. Mesti nak bercakar.

"Opah!" Tubuh opah ku peluk erat, rindunya.

"Opah sihat?" Soalku.

"Sihat alhamdulilah, hang sihat?"

Tudia keluaq kedah bakhang, eh bila masa aku pandai cakap kedah ni. Haha!

"Sihat." Jawabku.

"Opah." Panggil mell pula.

"Makin cantik noh hang mell." Mell dah tersengih malu.

"Dah jom masuk."

"Weh-weh jom pergi bendang, ada orang ambik padi boleh main jerami." Ajak Raisya teruja.

"Jom."

"Jerami tu apa baby?" Soal mell.

"Hmm dia padi, tapi lepas dibakar dia panggil jerami."

"Ouh, something interesting." Kata mell sebelum mengikuti Raisyaa ke tengah sawah.

Tinggal lah aku keseorangan di tepi jalan kecil ni, punggung ku labuhkan di situ. Mata memandang keliling sawah, ada beberapa orang budak tengah main di situ. Mesti seronok kan.

"Fuyoo ada mat salleh la." Kata seorang budak lelaki yang bermain berdekataan dengan kami.

"Hang tau mana tu mat salleh?"

Miss RosseraWhere stories live. Discover now