•IYANARA | 2•

6.7K 305 2
                                    

KAKI melangkah masuk ke dalam salah satu kedai pakaian di shopping mall itu. "Tolong aku. Aku tak tau nak pilih yang mana ni." Wajah Aralyn dipandang sekilas.

"Untuk apa?" Soal Aralyn berkerut kening.

"Kenduri Nadine lah," jawab Qayra ringkas.

Aralyn hanya membuat simbol 'O' dengan mulut sahaja.

"Ha! Kau tu dah ada baju ke nak pakai? Jangan lupa kau tu pengapit." Ujar Qayra.

Aralyn melepas berat nafasnya. "Boleh tak kalau aku nak tukar? Tak nak lah jadi pengapit." Pinta Aralyn perlahan.

Qayra membulat mata memandang rakannya itu. "Kau gila? Nak minah tu mengamuk buat lah!"

Aralyn hanya menayangkan sengihan tidak bersalah. Kalau ikutkan hati memang tak ingin lah dia nak jadi pengapit. Nasib baik ini permintaan sahabat mereka. Dia juga yang berjanji untuk menjadi pengapit mereka dahulu.

"Woi makcik! Orang cakap dengan dia boleh pulak dia termenung eh." Sergah Qayra mengejutkan gadis itu dari lamunan.

"Haih... Dengar." Balas Aralyn ringkas.

Qayra hanya mengangguk kepala. Tangannya ligat menilik pakaian yang tersangkut itu. Sepasang baju kurung moden berwarna maroon menyapa pandangan. "Yang ni cantik tak?" Soal Qayra meminta pendapat.

Senyuman manis dihulur buat rakannya itu. "Cantik." Jawabnya lembut.

"Okey. Aku pergi try jap." Pamit Qayra.

"Aku pun nak pergi toilet ni. Nanti dah siap aku datang balik." Ujar Aralyn.

"Ha okey." Balas Qayra sebelum masuk ke ruang fitting room itu. Aralyn pula melangkah keluar dari kedai itu dan menuju ke arah tandas.

Setelah beberapa minit, Aralyn melangkah keluar dari situ. Tangannya dibasuh terlebih dahulu. Sedang dia membetulkan bajunya, tanpa sengaja dia terlanggar tubuh seseorang membuatkan dia terdorong ke belakang.

"Sorry. Saya tak perasan." Ujar Aralyn menundukkan sedikit badannya.

"Lain kali kalau nak betulkan baju tak payah keluar dari tandas lagi." Dingin lelaki itu.

Aralyn menggigit bibirnya. Dia mengangkat wajahnya memandang gerangan yang dilanggar sebentar tadi. Mereka bertentang mata seketika sebelum dia mengalihkan pandangan.

"Encik... Kan saya dah mintak maaf. Saya tau lah salah saya." Balas gadis itu lagi.

Riyyan hanya menggeleng kepala sebelum meninggalkan gadis itu. Aralyn mencebikan bibirnya melihat pemergian lelaki itu. Kereknya. Desisnya di dalam hati. Dia kemudiannya melangkah ke arah rakannya semula.

Memandangkan mereka berdua belum makan, maka mereka melangkah ke arah sebuah restoran yang terdapat di dalam pusat membeli-belah itu. "Kau ni kenapa?" Soal Aralyn yang melihat senyuman di bibir rakannya itu.

Menyedari tiada balasan dari rakannya itu dia pantas menampar lembut bahu Qayra. "Kau kenapa?" Soalnya lagi.

Qayra yang baru tersedar itu menayangkan sengihan. "Kau nak tau tak? Tadi kan aku jumpa bos aku." Jawabnya seronok.

Kening Aralyn berkerut mendengar jawapan gadis itu. "Jadi? Yang kau seronok sangat ni kenapa?" Soalnya tidak mengerti.

"Kau tau tak Tuan Raish tu satu-satunya lelaki yang boleh buat aku senyum sorang-sorang tau." Terang Qayra.

"Yelah tu. Satu-satunya konon. Heh,"

PAP!

"Aduh! Sakitlah makcik!" Tangannya yang ditampar oleh Qayra itu digosok perlahan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now