•RIYANARA | 11•

4.8K 220 4
                                    

BEG pakaian diletakkan di dalam bonet kereta. Kaki melangkah ke arah isteri dan keluarga gadis itu. Tangan encik Haziq dan puan Hawa dikucup lembut. Diikuti dengan Aralyn.

"Adik, jaga diri elok-elok. Dengar cakap suami. Jangan lupa tanggungjawab sebagai isteri. Kalau ada masalah bincang elok-elok jangan tau nak merajuk je." Pesan encik Haziq seraya mengusap lembut kepala anaknya yang berlapik tudung itu.

Kepala diangguk perlahan. "Baba, baba pernah ke nampak puteri baba ni merajuk? Tak kan? Baba jangan risau lah. In Shaa Allah adik ingat semua pesan baba dengan umi." Balas gadis itu lembut bersama senyuman.

Kaki kemudian melangkah ke arah Hayder dan Hariqa pula. "Kau Qashah, jaga adik aku elok-elok. Kalau aku tau dia nangis sebab kau, siap lah kau." Seloroh Hayder.

"In Shaa Allah aku jaga dia elok-elok." Wajah gadis itu dipandang lembut.

"Ha kau dik. Jangan nak manja sangat. Buang sikit perangai budak-budak tu. Kesian Qashah nanti nak kena layan perangai adik."

Aralyn hanya menjeling mendengar pesanan abangnya itu. "Adik tau lah. Huh." Pandangan dialihkan dari memandang abangnya.

Riyyan hanya tersenyum melihat isteri dan sahabat yang kini merupakan abang iparnya. Jam ditilik sekilas. "Takpe lah. Umi, baba. Qashah dengan Husna pergi dulu. Assalamualaikum."

Kaki pasangan itu dibawa menapak ke kereta sebaik sahaja menerima anggukan dari mereka. Kereta itu diundur perlahan sebelum hon ditekan dan kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

"Kenapa diam je?" Soal Riyyan mematikan hening yang dirasai di dalam kereta itu.

"Tak tau nak cakap apa." Senyuman terlakar di bibir.

"Tak ada apa-apa nak tanya?"

Hanya gelengan yang menjadi jawapan gadis itu.

"Haritu Ara kata Ara tak pernah bercinta. Betul ke?"

Aralyn yang mendengar soalan itu hanya mengangguk.

"Why?" Soal Riyyan ingin tahu.

Gadis itu hanya menjongket bahu. "Lagipun Ara susah nak rapat dengan lelaki." Jawab Aralyn lembut.

Riyyan hanya mengangguk faham. Hampir 20 minit perjalanan, mereka akhirnya sampai di rumah Tengku Rayqarl. Kaki melangkah turun dari kereta dan bonet dituju untuk mengambil beg pakaian mereka. Riyyan yang melihat perbuatan gadis itu pantas menghalang.

"Eh! Takpe takpe. Yang ni biar Iyan yang bawak. Ara pergi lah masuk dulu." Ujar lelaki itu seraya mengangkat beg pakaian milik isterinya itu.

Kepala digeleng perlahan. "Takpe lah. Kita masuk sama-sama." Balas Aralyn yang sedang menanti Riyyan menutup bonet kereta.

Sebaik sahaja bonet kereta itu ditutup, kaki mereka melangkah ke arah pintu utama rumah agam itu. Salam diberi sebelum masuk ke dalam rumah kedua ibubapanya.

"Kak Husna!" Sapa Rhea seraya berlari ke arah gadis itu. Tubuh itu dipeluk erat.

Aralyn tersenyum manis melihat gelagat adik iparnya itu. Pelukan itu dibalas lembut. "Rhea sihat?" Soalnya sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

Rhea mengangguk laju. "Alhamdulillah sihat."

Riyyan yang sedari tadi memerhati isteri dan adiknya itu pantas berdehem. "Mummy dengan daddy mana?" Matanya dililaukan memandang seisi rumah itu.

"Mummy dengan daddy dating." Jawab Rhea selamba.

"Dating?"

Belum sempat Rhea membalas, soalan itu pantas dijawab oleh seseorang. "Banyak lah kamu punya dating." Celah Tengku Naura yang baru turun dari bilik bersama Tengku Rayqarl.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now