RIYANARA || TAMAT

4.5K 194 45
                                    

BATU nisan yang tertera dengan nama isterinya dipandang sayu. Air mawar disiram ke atas pusara gadis itu. Tikar digulung dan dipegang bersama surah Yaasin dan jag air yang dia gunakan sebentar tadi.

"Pergi lah darl. Tenang lah kat sana. Yan akan selalu doakan Aya. Nanti kalau Aya jumpa anak pertama kita, bagitahu dia papa sayang dia sangat-sangat. Papa mintak maaf sebab papa benci dia dulu. Aya tunggu Yan dekat sana tau." Bicaranya.

Seketika bahunya terasa ditepuk dari belakang membuatkan dia berpaling sekilas.

"Qashah, jom balik. Dah lama kita kat sini. Malam ni nak buat tahlil pulak." Ajak Hilman lembut.

Riyyan angguk kepala sebelum kembali memandang kubur itu. Batu yang terpacak di atas tanah itu diusap perlahan.

"Aya, Yan balik dulu eh? Nanti Yan datang lagi. Bye little baby." Ujarnya perlahan. Airmata diseka sebelum dia bingkas bangun.

Hilman memaut bahu sepupunya itu dari tepi. Mereka melangkah ke kereta bersama. Riyyan hanya menurut. Sampai sahaja di rumah, dia terus naik ke bilik. Tangisan yang ditahan sedari tadi dilepaskan sebaik sahaja dia duduk di atas katil.

Kini, dia benar-benar kehilangan bidadari syurganya. Gadis yang menjadi semangatnya selama ini. Gadis yang telah selamatkan dia sewaktu kecil. Kehilangan ini lebih sakit dan perih daripada kehilangan arwah tunangnya dahulu.

"Qashah." Panggil Tengku Naura lembut.

Riyyan yang terkejut dengan kehadiran ibunya pantas berpaling.

"Mummy,"

Tubuh wanita itu didakap erat.

"Mummy, bidadari Qashah dah tak ada mummy. Dia dah tinggalkan Qashah. Qashah tak kuat mummy. Qashah perlukan dia." Rintihnya bersama esakan.

Pilu hati wanita itu tatkala melihat keadaan anaknya. Belakang Riyyan diusap perlahan.

"Abang, jangan macam ni. Kesian arwah nanti. Macam mana sekalipun kita tetap kena terima semua ni. Dah ditakdirkan dia pergi dulu dari kita. Kita kena reda. Mummy tahu susah tapi sampai bila kita nak menidakkan takdir? Tak baik terlalu meratapi." Nasihat Tengku Naura.

"Tapi... Abang perlukan dia. Abang sayangkan dia. Rasa ni sakit mummy. Lagi sakit daripada apa yang abang rasa masa abang hilang arwah tunang abang. Abang tak kuat mummy." Luah Riyyan yang semakin teresak.

Tengku Naura mengangkat wajah anak lelakinya itu.

"Abang dah lupa? Allah dah hadiahkan permata lain untuk abang hilangkan rindu pada Una. Kalau abang terus macam ni, macam mana abang nak besarkan dia? Dia perlukan kasih sayang dan perhatian abang. Dah lah dia hilang mama dia, abang nak dia hilang papa dia jugak ke?"

Riyyan yang mendengar mulai sedar. Dia meraup wajahnya seraya menyapu airmatanya.

"Mana anak abang, mummy?" Soal Riyyan perlahan.

Tengku Naura tersenyum. "Ada dekat bilik adik. Abang rehat lah dulu, nanti malam nak kena layan tetamu pulak." Jawab wanita itu.

Riyyan angguk kepala. Dia bangun dan melangkah ke bilik air. Tengku Naura hanya memandang anaknya sehingga hilang dari pandangan. Mutiara dari matanya juga perlahan membasahi pipi.

Dia turut merasa kehilangan yang besar tatkala jasad Aralyn dikebumikan. Sungguh dia katakan dia terlalu sayang akan gadis itu. Takkan ada yang dapat mengganti tempat Aralyn Husna sebagai menantunya. Tidak menunggu lama, dia menapak keluar dari bilik tidur itu.

Majlis tahlil Aralyn akan diadakan tiga hari berturut-turut. Semua sanak saudara tidak kira dari pihak Aralyn atau Riyyan, semuanya hadir ke majlis itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now