•RIYANARA | 31•

6.4K 322 21
                                    

WAJAH gadis itu dipandang lama. "Aralyn Husna binti Mohd Haziq, aku cer..."

Ayat lelaki itu tergantung tatkala pintu rumah agam itu diketuk dari luar. Aralyn yang memejam mata sedari tadi kini membuka kembali matanya. Pintu dipandang sebelum dia memandang lelaki di hadapannya itu semula. "Saya tuntut nanti." Tuturnya sebelum melangkah ke pintu.

"Hai Husna! Qashah ada?" Sapa Raish sebaik sahaja pintu dibuka sambil tersenyum lebar.

Aralyn membalas senyuman itu. "Abang Am. Ada, masuk lah." Pelawa Aralyn lembut.

Raish mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam rumah bapa saudaranya itu. "Yow cousin kesayangan hamba." Tegurnya mendekati Riyyan.

"Abang Am duduk lah dulu, Husna buatkan air kejap." Ujar Aralyn seraya menapak ke dapur.

Riyyan yang mendengar cara gadis itu bercakap dengan sepupunya hanya menjeling. Dengan orang lain lembut, dengan aku? Kasar bukan main. Desis hatinya. "Ha! Ada apa datang sini?" Soalnya senada. Eh cemburu ke bang?

"Tak ada apa. Aku cuti harini, nak pergi jumpa Qis. Saja datang sini kacau kau dulu." Jawabnya bersama satu sengihan.

"Eh! Menyemak lah kau, pergi lah dating sana. Tak payah gedik nak kacau aku."

Raish hanya mencebik. "Jangan lah halau aku, angsa. Eh, asal aku nampak kau dengan Husna macam dingin je? Korang gaduh lagi?" Soalnya perlahan

Belum sempat Riyyan menjawab, Aralyn terlebih dahulu tiba di ruang tamu dengan membawa dua cawan air dan kuih untuk dua orang lelaki itu. "Jemput lah minum."

Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. Wajah Riyyan dipandang.

"Saya masuk bilik dulu, nak apa-apa panggil je." Pamit gadis itu sebelum masuk ke dalam biliknya tadi.

Kelibat Aralyn dipandang sehingga menghilang. Dia memandang sepupunya semula. "So, tak nak bagitahu kenapa dengan korang?"

"Penyibuk lah kau ni, hal rumah tangga aku tak payah sibuk."

"Bukan sibuk. Aku cuma nak jadi good listener untuk sepupu aku je. Salah ke? Tak boleh takpe lah aku pergi dating dulu." Rajuk lelaki itu.

"Kau tak payah nak buat drama kat sini. Aku jugak kang."

Raish hanya tersengih. "Ha! Apa masalah kau dengan Husna?"

"Kalau aku bagitahu kau pun, bukannya kau tahu nak buat apa, kau belum kahwin." Jawab lelaki itu.

"Aduh! Kau ni, bagitahu je lah labu!" Geram Raish.

"Aku cakap ni kau jangan bagitahu Qis eh."

"Ya."

Riyyan menarik nafas panjang. "Dia mintak cerai."

Raish membulat mata mendengar pernyataan lelaki itu. "What??"

Riyyan pantas menekup mulut sepupunya itu tatkala lelaki itu separa menjerit. "Eh bengap! Jangan lah terkejut sampai menjerit macam tu." Bengang Riyyan.

"Ouh sorry sorry. Habis tu? Kau setuju? Kenapa? Korang gaduh? Or jangan cakap kau ada orang lain? Kau jangan macam-macam eh Qashah aku bukak gelanggang gusti kat sini nanti." Soalnya bertalu-talu.

"Aduh ni aku malas cerita kat kau ni. Sabar boleh tak? Biar lah aku cerita sampai habis dulu. Eee kau ni kang."

"Okey, ha sambung sambung."

"Macam ni sebenarnya, Husna ingat aku yang plan semua benda smpai dia gugur tuu. Then dia cakap buat apa aku simpan dia lagi, pastu dia mintak cerai." Jelasnya ringkas.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now