USAI makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Namun, Aralyn sahaja yang duduk di dalam bilik sedari tadi. Waktu makan juga gadis itu tidak keluar. Boleh dikatakan malam itu gadis itu tidak keluar langsung dari biliknya. Tengku Naura memandang anak lelakinya sekilas.
"Qashah tak jawab lagi soalan mummy." Ujar wanita itu bernada serius.
"Soalan apa?" Keningnya berkerut sengaja pura-pura lupa.
Tengku Naura mengecilkan mata memandang anaknya itu. "Qashah tak payah buat-buat lupa, Qashah. Mummy tahu awak ingat apa mummy tanya petang tadi. Satu lagi, ari-ari husna sakit. dia cakap dia jatuh kat tangga, awak tak tolong tengok tengokkan husna ke?" Soal wanita itu senada.
Riyyan hanya mengeluh perlahan. "Ya, Qashah nak jawab lah ni. Satu-satu lah mummy. Lebam ni sebab... Erm sebab..."
"Sebab apa?" Sergah Tengku Naura dengan suara naik seoktaf.
"Sebab tadi Qashah gaduh dengan Hayder." Tengkuknya digosok perlahan.
"gaduh dengan Hayder? Hayder ada datang sini tadi?" Soal wanita itu seraya memandang anak lelakinya.
Kepala mengangguk perlahan sebagai jawapan.
"Kenapa gaduh?" Soal Tengku Naura lagi.
"Alah mummy biasalahh hal lelaki. Takde apa lahh saja je main gaduh-gaduh, dah lama tak gaduh." Jawabnya selamba.
"Ya lah tu. Ni haaa macam mana Husna boleh jatuh tangga? Kenapa kamu tak tengok tengokkan dia? Awak tahu tahu kann dia baru lepas gugur. Ari-ari dia still sakit, kalau dia jatuh makin kuat la sakit kat ari-ari dia." Bebel wanita itu lagi.
Jatuh? Bila masa dia jatuh? Last dia naik atas time pggl aku turun masa Hayder datang je. Time tu pun elok-elok je turun. Bila pulak dia jatuh? Hairan lelaki itu di dalam hati.
Tangan ditepuk kuat di hadapan wajah anaknya itu. "Mummy tanya awak ni. Macam mana dia boleh jatuh?"
Riyyan yang mendengar menggaru kening. "Entah, tak perasan lah mummy. Alah dia tu pun satu, dah besar kan pandai-pandai lah jaga diri sendiri." Jawab Riyyan mudah.
"Daddy tak tau laa macam mana nak bagitahu kau lagi. Husna tu isteri kau..kalau kau rasa kau dah taknak jaga dia, kau boleh lepaskan dia dengan cara baik. Husna tu budak baik, dia layak dapat lelaki yang lagi baik daripada kau. Tak perlu nak ikat Husna dlm perkahwinan ni lagi kalau kau rasa kau dah taknak jaga dia." Kata Tengku Rayqarl yang hanya diam sedari tadi memerhati isteri dan anaknya bersoal jawab. Dia melangkah menaiki tangga.
Tanpa sedar, ayat Tengku Rayqarl sebentar tadi membuatkan Riyyan tersentak.
"Takpe lah. Daddy dah naik, mummy pun nak kena naik lah. Fikir-fikirkan lah apa yang daddy cakap tu. Ada betulnya juga. Sampai bila awak nak seksa anak orang Qashah? Jangan sampai suatu hari nanti awak menyesal, masa tu mummy dengan daddy atau sesiapa pun tak boleh tolong dah." Pesan Tengku Naura pula sebelum turut mengikuti langkah suaminya.
Riyyan masih mendiamkan diri. Entah mengapa tiba-tiba hatinya terdetik untuk menjenguk Aralyn yang berada di bilik tetamu sebelah dapur. Itu pun Tengku Naura yang bagitahu. Kalau tidak dia tetap tidak tahu dimana keberadaan gadis itu.
Pintu bilik yang digunakan oleh Aralyn diketuk. Aralyn pantas melangkah ke pintu itu sebelum tombol ditekan. "Nak apa?" Soalnya tanpa memandang lelaki itu.
Riyyan terkedu tatkala melihat mata gadis itu seolah-olah basah. Keningnya berkerut memandang itu. "Kau nangis?" Soalnya bernada biasa.
"Awak nak apa?" Soalan dari lelaki itu dibiarkan sepi.
"Aku tanya ni, kau nangis ke?" Entah mengapa malam ini dia tiba-tiba mengambil berat tentang Aralyn.
"Saya nangis ke tak apa masalah awak? Kacau hidup awak ke? Tak kan? Awak datang sini nak apa?" Dingin gadis itu bersuara.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...