PETANG itu, jenazah puan Khadijah selamat dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah suaminya. Habis membaca talkin, Aralyn yang telah lemah sedari tadi tidak dapat menampung badannya lagi. Qayra yang melihat pantas menyambut gadis sebelum sempat dia menyembah tanah.
"Husna!" Panggilnya mengejutkan semua yang berada di situ. Pipi gadis itu ditepuk perlahan.
Riyyan yang tadinya duduk kini pantas berdiri dan melangkah ke arah gadis itu. Wajah Qayra dipandang. "Kenapa ni Qis?" Soalnya cemas.
Qayra hanya menggelengkan kepala. "Tak tahu. Dia tiba-tiba nak jatuh. Badan dia pun start panas ni." Jawab Qayra.
"Qashah, bawak lah Husna balik dulu. Nah kunci." Celah puan Hawa seraya menyerahkan kunci rumah arwah kepada menantunya itu.
Riyyan hanya mengangguk dan menyambut huluran itu. Tubuh Aralyn dicempung masuk ke kereta. Seketika kemudian kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu. Sampai sahaja di rumah, dia mendukung gadis itu terus ke bilik mereka. Susuk tubuh itu dibaringkan di atas katil.
Alat pemeriksa suhu dikeluarkan dari beg pakaiannya. Suhu gadis itu diperiksa sebelum kakinya melangkah keluar untuk mengambil air dan tuala bagi mengurangkan suhu Aralyn. Dia masuk ke bilik itu semula dan melabuhkan punggung di atas katil.
Tudung gadis itu ditanggal membiarkan hanya anak tudung sahaja yang menutupi rambut gadis itu. Tuala yang dicelup ke dalam air diperah dan diletakkan di atas dahi gadis itu. Wajah pucat gadis itu dipandang. Airmata yang masih bersisa diusap lembut.
Aku yakin kau kuat, honey. Tuala ditolak sedikit sebelum dahi gadis itu dikucup lembut. Dia berlalu keluar dari bilik dan menguruskan persiapan kenduri tahlil yang bakal diadakan malam nanti.
Sedang dia mencari alat dan barang yang ingin digunakan, sebuah buku jatuh dari atas almari. Perbuatannya terhenti saat terlihat sekeping gambar passport yang sangat dia kenali keluar dari celah buku itu. Keningnya berkerut tatkala dia mengambil gambar itu. Ini gambar dia ketika berusia tujuh tahun.
Tidak menunggu lama, buku itu diangkat dan dibelek. Nama yang tertulis di muka depan dibaca. Warnanya menunjukkan bahawa buku ini buku lama. Namun, teksturnya masih dalam keadaan baik seolah-olah masih digunakan. Halaman buku itu diselak satu persatu sehingga halaman terakhir yang bertulis.
Masih baru tarikh di halaman terakhir. Lidahnya kelu tak terkata tatkala membaca satu persatu aksara yang tertulis di dalam buku itu. Buku itu disimpan di dalam poket beg pakaiannya kerana dia tahu gadis itu tidak akan menyentuh barangnya. Dia menyambung semula kerjanya tergendala. Tidak lama kemudian, ahli keluarga dan sanak-saudara mereka pulang dari tanah perkuburan itu.
BUNYI riuh rendah dari luar bilik mengejutkan gadis itu. Mata dibuka perlahan-lahan. Tuala di kepalanya diambil dan diletakkan di dalam bekas yang berisi air itu semula. Tudung kembali disarungkan di kepala. Belum sempat dia melangkah keluar, susuk tubuh Riyyan terlebih dahulu menyapa pandangan.
"Kau nak pergi mana ni?" Soalnya.
"Saya nak keluar lah. Nak tolong apa patut." Jawab Aralyn lemah.
Riyyan yang mendengar menggeleng kepala. "Pergi mandi dulu. Lagi setengah jam kenduri nak start."
Aralyn hanya mengangguk lemah sebelum mencapai kain tuala dan pakaian di dalam begnya diambil. Dia keluar dari dari bilik itu dan melangkah ke bilik air. Siap mandi, dia bersiap untuk kenduri itu nanti. Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Riyyan pula terus keluar ke bawah bangsal untuk membantu mereka yang lain.
USAI majlis tahlil itu, Riyyan duduk di atas kerusi di meja luar rumah. Sedari tadi pandangannya dihalakan memandang pokok-pokok bunga yang terdapat di hadapan rumah itu. Fikirannya melayang mengingati isi yang tertulis di dalam diari Aralyn yang ditemui petang tadi.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...