BEG diletakkan di atas katil. Perutnya diusap perlahan. Dia baru sahaja pulang dari membuat pemeriksaan kandungannya. Kata doktor, kandungan dia membesar dengan baik. Perlahan senyuman terlakar di bibir.
Yan, Aya dah buat macam yang Yan mintak. Bisik hati kecilnya. Selama tiga bulan ini, boleh dikatakan setiap malam lelaki itu pasti akan masuk ke dalam mimpinya. Memberi semangat untuk dia terus bergembira dan tabah menikmati harinya.
Dia merasakan seolah-olah lelaki itu berada di sisinya. Bukan mudah untuk dia hadapi semua ini. Antara pemberi semangatnya yang lain ialah bayinya sendiri. Namun, terkadang dia tetap menangis merindui Riyyan.
Jauh di lubuk hatinya, dia masih berharap bahawa suaminya akan pulang. Walaupun dia sedar mustahil untuk orang telah 'pergi' kembali semula. Apatah lagi jasadnya hancur menjadi abu. Sangat mustahil untuk seseorang itu kembali.
Telefonnya dicapai sebelum aplikasi whatsapp dibuka. Nombor suaminya ditekan. Masih satu tanda. Ya, dia sedar dia kini menanti hal yang sia-sia. Namun baginya tidak ada yang sia-sia kalau melibatkan suaminya. Laju jemarinya naik mengetik skrin bercahaya itu.
Hubby❤️:
Yan, tadi kan Aya baru lepas pergi check up baby. Doktor kata baby kita sihat. Baby kita aktif.Yan, Yan memang takkan balik ke? Yan memang dah betul-betul tinggalkan Aya? Hm jujur Aya cakap setiap kali Yan masuk dalam mimpi Aya, setiap kali tu jugak kalau boleh Aya tak nak bangun dari tidur. Aya nak Yan terus ada dengan Aya.
Tapi... Tak boleh kan? Kita tak boleh lawan takdir kan? Hm Aya cuba terima semua ni slow slow. Jujur Aya kata sekarang Aya bahagia, walaupun Yan cuma hadir dalam mimpi. Itu dah cukup memadai daripada Yan lenyap terus dari hidup Aya.
Yan jangan risau. Macam yang Aya selalu cakap, apapun jadi hati Aya cuma untuk Yan. Tak pernah Aya terfikir untuk cari pengganti Yan. Sebab takkan ada yang mampu ganti tempat Yan.
Yan tunggu Aya kat sana tau. Nanti sampai masanya Aya nak jumpa Yan kat sana. Ti voglio bene.
Airmata yang turut mengalir diseka lembut. Itulah rutin hariannya. Dia terus menerus berkongsi perkembangannya dengan Riyyan meski dia tahu lelaki itu tidak mampu untuk membaca dan membalasnya lagi. Ketukan di pintu buat Aralyn tersentak.
"Una, boleh aku masuk?" Sapa Hariqa sebaik sahaja membuka pintu bilik Aralyn.
Aralyn hanya mengangguk. Senyuman cuba ditarik.
"Una, jom turun makan." Ajak Hariqa lembut.
"Kau turun dulu. Aku nak tanggal tudung dengan salin baju sekejap. Suruh yang lain makan dulu sebab aku mungkin lambat sikit." Balas Aralyn.
Kini giliran Hariqa pula angguk kepala. "Turun tau jangan tak turun." Belakang sahabat yang juga adik iparnya digosok lembut.
"Iya."
Hariqa senyum sebelum keluar dari bilik itu. Aralyn hela nafas seraya bangun untuk menukar pakaian. Kalau dulu, apa saja yang dia lakukan pasti dia akan terbayang suaminya. Tapi kini, dia sudah mampu senyum setiap kali mengingati kenangan mereka. Walaupun senyuman itu tidak manis.
Usai menukar baju, dia turun ke bawah untuk makan bersama yang lain. Tempat di sebelah puan Hawa diambil. Puan Hawa dan encik Haziq yang perasan akan kehadiran anak bongsu mereka menarik segaris senyuman.
"Adik, baby adik macam mana? Okey?" Soal puan Hawa lembut.
"Okey sangat umi. Umi tahu tak baby dia kan tak habis-habis tendang. Cuit sikit pun tendang. Heh." Celah Hayder seraya mencebik. Sepanjang tiga bulan ini, dia yang menemani adik perempuannya itu ke klinik.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...