•RIYANARA | 17•

5.1K 280 43
                                    

SALAM diberikan sebaik sahaja sampai di meja rakannya itu. Punggung dilabuhkan di hadapan Riyyan. "Sorry lambat."

Riyyan hanya menggeleng. "Takpe lah aku pun baru sampai ni ha." Balasnya. Tangan diangkat untuk memesan makanan.

Usai memesan makanan, Hayder memandang wajah lelaki di hadapannya itu. "Adik aku sihat? Macam mana dia sekarang?" Soal Hayder ingin tahu tentang Aralyn.

Soalan itu membuatkan Riyyan sedikit terkedu. Kepala mengangguk perlahan. "Sihat. Alhamdulillah dia okey je." Jawabnya tenang.

"Dia ada lawan cakap kau tak?"

"Tak ada pun."

Senyuman manis terlakar di bibir. "Kau jaga dia elok-elok tau. Dia je satu-satunya adik yang aku ada. Jangan bagi dia nangis. Kalau aku tahu dia nangis or sedih sebab kau, siap kau. Masa tu kau tak jumpa aku sebagai member. Tapi kau jumpa aku sebagai abang. Ingat eh." Pesan Hayder.

Riyyan yang mendengar sedikit gementar namun raut wajahnya masih kekal tenang seperti tadi. "Takkan aku nak buat macam tu. Aku sayang dia kot. Lagipun dia kan adik kau. Takkan aku nak sakitkan hati adik member sendiri kan." Ujarnya.

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan mereka sampai ke meja. Mereka mula menjamu selera sambil berbual. Habis makan, mereka melangkah keluar dari kedai itu. Petang itu, mereka menuju ke rumah Raish untuk berkumpul dengan yang lain.

❦ ════ •⊰❂⊱• ════ ❦

TIGA bulan usia perkahwinan mereka, hanya beberapa minggu sahaja dia dapat merasai kebahagiaan dengan lelaki itu. Selebihnya hanya sengsara. Riyyan tidak memukul atau mendera fizikalnya. Namun lelaki itu mendera mentalnya. Lelaki itu hanya berlembut dengannya sekiranya dia mahukan 'layanan' dari Aralyn.

Sungguh layanan Riyyan terhadapnya tidak ubah seperti seorang pelacur. Serendah itukah maruah dan harga dirinya di mata lelaki itu? Kendatipun begitu, hatinya tetap mencintai Riyyan. Dia yakin suatu saat nanti lelaki itu pasti berubah. Namun mampukah dia bertahan hingga saat itu tiba? Dia hanya takut kalau-kalau dia tidak dapat menahan semua ini lagi.

Pelukan di pinggangnya mengejutkan gadis itu. Nafas hangat yang terbit dari lelaki itu membuatkan Aralyn memejam mata. Perbuatan itu dibiarkan begitu sahaja. Matanya difokuskan ke arah masakannya yang berada di atas dapur itu.

"Kenapa tak pakai baju tu?" Bisik lelaki itu lembut.

Gadis itu menghela perlahan nafasnya. Tau lah dia kalau lelaki ini mahukan tubuhnya. "B... boleh tak k... Kalau Ara tak nak pakai baju tu? A... Ara tak selesa. B... Baju-baju tu ketat sangat." Ujar gadis itu gagap dek kerana takut akan reaksi lelaki itu.

Senyuman sinis terlakar di bibir lelaki itu. "Boleh. Tapi aku nak kau layan aku dua kali ganda dari sebelum-sebelum ni. Aku tau kau suka kan? Cakap je tak payah malu-malu." Balasnya sinis.

Aralyn yang mendengar hanya menggeleng kepala. "Iyan please, Ara tak larat. Tolong lah malam ni je Ara merayu dengan Iyan. Ara betul-betul tak larat." Pinta gadis itu.

Riak wajah lembut tadi berubah menjadi dingin kembali membuatkan gadis itu terkaku. Tubuh gadis itu ditarik merapat sehingga tiada jurang langsung di antara mereka.

"Kau cakap apa? Kau dah lupa apa yang aku bagitau kau dulu? Sekali kau tolak, aku akan pastikan kau menyesal. Kau lupa ke ha?!" Soal lelaki itu keras.

Kepala digeleng laju. "T... Tak lupa. Tapi Ara betul-betul tak larat, Iyan." Jawab Aralyn takut-takut.

"Disebabkan kau dah tolak aku, aku akan pastikan malam ni akan jadi malam yang sangat 'bermakna' untuk kau." Bisik lelaki itu sebelum tubuh Aralyn dicempung dan di bawa ke bilik.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now