•RIYANARA || ENDING•

5.4K 163 68
                                    

PINTU ditutup tanpa sebarang bunyi. Kaki melangkah perlahan-lahan ke dapur tempat di mana isterinya berada. Tanpa kata tubuh gadis itu dipeluk erat dari belakang.

"Assalamualaikum." Sapanya lembut membuatkan gadis itu terkejut.

Aralyn yang sedang memasak makanan di atas dapur itu sedikit terkejut. Pantas dia menampar lembut tangan yang berada di pinggangnya.

"Suka buat macam tu. Kalau orang pegang pisau tadi macam mana?" Protes Aralyn.

Riyyan ketawa perlahan tatkala menerima jelingan gadis itu. Pipi mulus Aralyn dikucup lembut sebelum menyandarkan pipinya di situ.

"Rindunya Yan dekat Aya." Luah Riyyan.

Aralyn menutup api dapur. Dia kemudian berpaling menghadap suaminya itu.

"Rindu? Aya hari-hari ada dengan Yan." Keningnya dijongket.

"Tapi tak berdua macam ni." Jawab Riyyan.

Senyum manis di bibirnya berubah menjadi hambar. Anak mata suaminya ditatap dalam. Kekura tangan Riyyan dikucup lembut membuatkan lelaki itu berkerut muka.

"Aya mintak maaf. Aya mintak maaf kalau Aya dah tak boleh layan Yan. Aya mintak maaf kalau Aya dah tak boleh pu..."

Kata-kata Aralyn tergantung saat bibir mereka disatukan oleh Riyyan. Lelaki itu menggeleng sebaik sahaja tautan bibir dilepaskan. Pipi Aralyn diusap penuh kasih.

"Bukan tu maksud Yan, darl. Yan tak kisah pun pasal tu. Aya ingat Yan ni kejam sangat? Nafsu kuda? Asal nampak muka isteri je nak cakap pasal tu? Buat benda tu? Tak, darl. Tak. Yan dah berapa kali cakap yang Yan sayangkan Aya. Aya bukan pemuas atau hamba nafsu Yan. Takkan lah Yan nak ajak Aya buat benda tu dua puluh empat jam? Hari-hari? Aya pun kena rehat kan?"

Aralyn hanya diam memandang suaminya sedari tadi.

"Maksud Yan, kita berdua tu kita kongsi cerita ke, borak berbual ke, gurau sama-sama ke? Yan rindu nak buat semua tu. Yelah, selama tujuh bulan ni kita jarang duduk berdua macam ni. Biasanya mesti Qiqi ada sekali. Yan cuma nak spend time dengan bidadari Yan. Jalan berdua sama-sama. Makan berdua. Semua berdua macam sebelum kita ada Qiqi. Ada masa kita kena buat macam tu, tak ada lah salah sorang rasa terabai," jelas Riyyan panjang.

Aralyn yang mendiamkan diri sedari tadi hanya menunduk. Riyyan menarik dagu isterinya supaya memandang ke arahnya.

"Do you get and understand what did i'm trying to say, cherie?" Soal Riyyan menikam anak mata Aralyn penuh kasih.

Aralyn angguk kepala. "Faham. Aya mintak maaf." Tangan dililitkan pada leher lelaki itu.

Riyyan menggeleng. Pipi isterinya diusap lembut. "So, kesayangan Yan ni nak pergi mana?"

"Pergi hati Yan." Sengihan terpancar di bibir.

Riyyan yang mendengar berasa sedikit cair. Dia berdehem sebelum mencuit hidung Aralyn.

"Aya ni. Berapa kali Yan cakap. Aya memang dah terkurung dan jadi tawanan hati Yan. Jadi, Aya tak boleh keluar lagi dah dari situ. Faham?"

Aralyn ketawa tatkala hidungnya dikucup lelaki itu. Dia angguk kepala. Dada bidang lelaki itu yang tidak berlapik dijadikan tempat sandaran kepala. Telapak tangan Riyyan dimainkan.

Riyyan yang melihat hanya tersenyum manis. Dia membelai rambut ikal mayang yang semakin panjang itu. Sesekali rambut Aralyn dihidu dengan mata terpejam.

"Kita pergi holiday nak tak?" Cadang Riyyan memandang wajah isterinya.

"Nak pergi mana? Kalau pergi nanti kerja Yan macam mana?" Aralyn berkerut muka.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now