•IYANARA | 20•

6.4K 309 54
                                    

KERETA dipandu laju membelah jalan raya. Bodoh punya perempuan! Kau ingat kalau kau mengandung aku akan berlembut dengan kau ke? Dalam mimpi pun tak akan lah! Kau tunggu. Tak lama lagi aku akan pastikan budak dalam perut kau tu mati! Stereng kereta dihentak kuat melepaskan rasa geramnya pada Aralyn.

Pintu pejabatnya ditolak perlahan sebelum kaki melangkah masuk ke dalam. Bilik kerjanya dituju. Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuknya. Beg diletakkan di atas laci di sebelah kanan mejanya itu. Mimpinya kembali bermain di ingatan.

Masuk hari ini sudah tiga hari berturut-turut dia mimpikan arwah tunangnya itu. Wajah gadis itu seakan-akan kecewa dengannya. Adakah apa yang dilakukannya selama ini salah? Ah! Tak kisah lah. Apapun jadi perempuan tu tetap tak boleh bahagia! Giginya diketap sehingga menimbulkan urat di kepalanya.

PAK!

Bunyi tamparan yang kuat di atas mejanya mengejutkan Riyyan dari lamunan. Wajah dua orang sepupunya itu direnung tajam. "Tak ada adab ke? Salam mana salam? Tak reti ketuk pintu?" Soalnya yang bengang dengan perbuatan lelaki itu.

"Kitorang dah ketuk 20 kali, salam pun kitorang dah bagi guna suara paling kuat dah. Tapi kau yang tak dengar setan." Jawab Hilman dengan suara menahan geram.

"Ouh... Alah! Tak perasan lah. Kau nak apa datang sini? Sibuk kacau orang. Tak ada life ke?"

Soalan dari lelaki itu membuatkan dua lelaki itu membulat mata. "Tak ada life hangguk mu lah. Kau tengok sekarang dah pukul berapa? Kita ada discussion bengap! Kau tak payah mengada nak tangguh. Masuk kali ni kalau tangguh lagi, dah lapan kali tau tangguh. Aku report kat daddy kang tau ah kau." Bebel Raish pula.

Riyyan yang mendengar hanya menggaru keningnya. "Halah! Kau ni tak payah lah babitkan daddy." Protes Riyyan sebelum bangun dari kerusi.

"Tau pun takut. Lepas ni kalau kau tangguh apa-apa last minute lagi, memang aku bagitau daddy lah. Lantak kau kena marah." Ugutnya sebelum mereka mengikut langkah Riyyan yang berlalu keluar dari bilik itu.

Riyyan hanya mengabaikan kata-kata Raish. Dia masuk ke dalam kereta diikuti dengan Raish dan juga Hilman. Kereta dipandu menuju ke sebuah restoran yang tidak jauh dari pejabat mereka.

"Kau dengan Husna okey?" Soal Hilman yang duduk di sebelahnya itu.

"Okey je. Asal?"

"Kau still nak teruskan plan kau tu?" Soalnya lagi.

Riyyan hanya mendiamkan diri mendengar soalan itu.

"Qashah, aku rasa kau batalkan je lah niat kau tu. Tak ke mana pun kalau kau agungkan dendam kau tu. Buat kau menyesal lagi adalah." Celah Raish pula.

Riyyan yang geram dengan dua sepupunya itu menghentikan kereta secara tiba-tiba. "Apa masalah korang ni? Korang tahu tak perempuan tu pembunuh! Dia bunuh tunang aku! Aku takkan lepaskan dia macam tu je. Aku tak puas lagi seksa dia. Sekarang ni dia masih boleh senyum depan korang. Tapi aku nak dia lupa cara untuk senyum!" Bentak Riyyan membuatkan dua lelaki itu membulat mata.

"Kau dah hilang akal ke setan? Kau nak dia jadi gila ke? Cukup-cukuplah Qashah! Buang ego kau! Buang dendam kau! Aku tahu kau dah mula sayang dia!" Tegas Hilman memberi nasihat.

"Kau jangan nak pandai-pandai eh! Aku takkan pernah jatuh cinta dengan pembunuh macam dia! Aku takkan pernah sayang perempuan tu! Kalau boleh aku nak dia mati! Tapi aku belum puas seksa dia. Kalau korang tak suka cara aku, korang diam! Tak payah masuk campur hal aku!" Keretanya kembali bergerak menuju ke destinasi mereka.

Sampai sahaja di restoran itu, dia memejamkan matanya. Nafas ditarik perlahan dan dihembus kembali. Wajah dua orang lelaki itu dipandang.

"Lepas ni jangan sebut pasal tu lagi. Aku tak nak gaduh dengan korang." Pesannya sebelum melangkah keluar dari kereta. Baru sahaja dia menutup pintu, telefonnya berdering minta diangkat. Nama yang tertera di atas skrin itu dipandang sekilas sebelum dia mematikan telefonnya. Mereka kemudiannya masuk ke dalam restoran itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now