KAKI menapak keluar dari kereta. Pintu rumah ditolak lembut. Plastik barangan dapur diletakkan di atas meja bar itu. Barang yang baru dibeli tadi disusun di dalam rak dan tempat masing-masing.
Usai mengemas dapur, kakinya melangkah ke bilik untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja sampai di bilik, beg tangannya diletakkan di atas katil. Satu kotak dikeluarkan dari dalam beg. Kit ujian kehamilan yang dibeli di farmasi sebelum pulang ke rumah tadi dipandang. Mujur saja Riyyan ke tandas tadi. Ada lah kesempatan dia membeli benda alah itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah membersihkan diri, kit itu diambil untuk melakukan ujian itu. Matanya dipejam rapat bersama jantung yang berdebar hebat. Beberapa minit kemudian, matanya dibuka perlahan-lahan dan kit itu dipandang. Keputusan ujian itu membuatkan Aralyn menjadi lemah. Perlahan dia melorot jatuh ke lantai. Birai sinki dipegang untuk menahan dirinya dari terus jatuh.
Positif. Ya, itulah keputusan ujian itu. Airmata jatuh ke pipi. Perutnya diusap dengan tangan yang menggigil. Mata kembali terpejam rapat. Bahunya terhinjut melepaskan tangis.
Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk melindungi kandungan ini ya Allah. Sesungguhnya aku hanya bergantung dengan bantuan Mu ya Allah. Bantulah aku. Doanya di dalam hati. Tidak hairan lah akhir-akhir ini dia berasa cepat penat, loya dan pening-pening. Bukan itu sahaja, malah selera makannya juga bertambah.
"Aralyn!" Jerit Riyyan dari bawah mengejutkan gadis itu.
Aralyn pantas mengesat air jernih yang mengalir di pipi nya sebelum bangun dari lantai. Kit tadi dibuang ke dalam tong sampah. Kaki melangkah turun ke bawah sebaik sahaja dia mencuci mukanya. "Ya, kenapa?" Soalnya sebaik sahaja tiba di hadapan lelaki itu.
"Buatkan aku hot chocolate," arah lelaki itu dingin.
Aralyn hanya mengangguk sebelum berlalu ke dapur. Gelas kaca diambil. Sedang dia membuat air yang diminta oleh lelaki itu, tanpa sedar pinggangnya dipeluk dari belakang. Tindakan itu membuatkan Aralyn sedikit terkedu. Perutnya diusap lembut oleh lelaki itu.
"Kau makan kan pil yang aku bagi tu?" Soal lelaki itu lembut.
Aralyn yang mendengar soalan itu menelan pahit liurnya. Perlahan kepalanya mengangguk.
"Good. Jangan skip okey? Kalau aku tahu dalam ni ada isi, aku tak jamin kandungan tu selamat. Okey sayang?" Bisiknya sebelum mengucup cuping telinga gadis itu sekilas.
Aralyn yang mendengar ugutan lelaki itu mulai berasa gerun. Dia hanya kaku tanpa sebarang suara.
"Asal diam je ni hm? Aku rasa aku tak kahwin dengan orang bisu."
"T... Takde apa Ara nak cakap. A... Ara diam lah," jawab gadis itu sedikit gagap.
Air coklat yang telah siap dibancuh dihulurkan kepada lelaki itu.
"Dah siap." Gadis itu menarik senyuman nipis.
Riyyan meneguk air di dalam gelas itu sebelum dia terbatuk. Tidak menunggu lama, air yang masih panas itu disimbah ke badan Aralyn.
"Argh!" Jeritan kecil terbit dari bibir gadis itu tatkala air panas itu menyapa kulitnya. Wajah Riyyan dipandang sayu.
"Kau memang tak pandai buat air ke perempuan? Setiap kali buat mesti tawar lah pahit lah! Huh! Bodoh!"
Gelas itu dibaling ke lantai sehingga pecah berderai. Beberapa serpihan kaca itu terkena pada kaki Aralyn membuatkan dia mengaduh kecil. Dengan pantas kaki melangkah naik ke bilik meninggalkan gadis itu berseorangan di dapur.
Nafas dihela berat sebelum airmata diseka lembut. Kau kena kuat Aralyn Husna. Kau kena sabar. Suatu hari nanti dia pasti berubah. Bisik hatinya memberi semangat pada diri sendiri.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...