•RIYANARA | 61•

2.9K 208 44
                                    

DOMPET dan telefon pintarnya diambil. Kunci kereta turut dicapai. Wajah bersih Aralyn yang sedang diulit mimpi dipandang sayu. Rambut gadis itu diselit ke telinga.

"Yan mintak maaf Aya. Yan mintak maaf sebab dah lukakan hati bidadari Yan," tuturnya sebelum melabuhkan ciuman di ubun-ubun gadis itu.

Dia kemudiannya bangun dari mencangkung di sebelah gadis itu. Kunci kereta dicapai dan dia melangkah keluar dari biliknya. Waktu begini, semua ahli keluarganya masih tidur. Mana tak tidur, jam baru pukul empat setengah pagi. Dia je yang terencat akal keluar pagi-pagi buta.

Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Dia mengambil nombor dan telefon baru yang dibeli bersama telefon Aralyn tempoh hari. Semua data, fail dan gambar kenangan mereka dipindahkan ke telefon baru itu. Siap memindahkan semua itu dan menukar nombor, dia pantas bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Sampai di satu tempat, keretanya diberhentikan sebelum dia menapak keluar. Kunci keretanya diberikan kepada salah seorang pengawalnya.

"Ajak sorang ikut kau. Hantar kereta ni kat rumah daddy semula." Pesannya seraya melangkah ke arah sebuah pesawat peribadi yang tersergam di tidak jauh dari keretanya.

Masuk sahaja di dalam pesawat itu, dia melabuhkan punggung di tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap. Dia memejamkan matanya sementara menunggu sampai ke destinasi. Lebih kurang dua jam kemudian, pesawat itu mendarat di sebuah padang. Salah seorang pengawal yang sedang bertugas mengejutkan Riyyan.

"Tuan, bangun tuan. Dah sampai."

Semua pengawal dan pekerjanya memanggil dia dengan panggilan tuan kerana dia tidak suka dipanggil Tengku. Perlahan-lahan dia membuka mata.

"Kenapa?" Soalnya mamai.

"Dah sampai tuan." Jawab lelaki itu lagi.

Riyyan hanya mengangguk. "Terima kasih,"

Dia bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke arah pintu.

"Ouh sebelum lupa. Korang rehat lah dulu. Petang nanti baru balik sana semula. Kalau nak jalan-jalan dulu pun boleh. Jangan tunggu aku. Aku tak tahu lagi bila aku balik." Pesannya sebelum keluar dari situ.

Dia menunggu pemandu peribadinya di padang itu sambil termenung. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di hadapannya. Seorang lelaki turun dari bahagian pemandu kereta itu.

"Maafkan saya sebab terlambat, tuan." Maklum lelaki itu.

Riyyan bangun dari duduknya. Dia menggeleng perlahan. Dia masuk ke dalam kereta itu di bahagian belakang. Kereta itu kemudiannya bergerak meninggalkan kawasan lapang itu.

PUNGGUNG dihenyak di atas katil semula. Kejadian semalam bermain di fikiran. Perlahan-lahan airmatanya jatuh membasahi pipi. Matanya dikatup rapat.

Percayakan dia Aralyn. Kau dah janji nak percayakan dia kan? Dia suami kau, percayakan dia macam mana kau janji yang kau takkan sangsi dengan dia. Bisiknya di dalam hati.

Seketika telefonnya berdering minta diangkat. Keningnya berkerut tatkala melihat nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Dengan penuh berhati-hati dia menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Cherie." Gumam suara garau di hujung talian itu.

"Yan?" Airmatanya diusap lembut.

"Your husband."

Aralyn seolah-olah kaku untuk mengeluarkan suara. Dia berdehem kecil. "Hm?"

"Mad at me?"

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now