•••
Hyeee! So, seperti mana tajuk, begitu lah isinya. Ini bukanlah update, tapi ini spoiler kedua untuk apa yang akan berlaku selepas ni even saya tahu apa yang ada dalam spoiler satu pun belum ada lagi tapi tak salahkan heheheh so selamat ber'overthinking' heheh sekali sekala kan.
•••
Langkah kakinya mati di anak tangga terakhir tatkala matanya menangkap dua figura yang berada di ruang tamu. Matanya membulat melihat apa yang di hadapannya kini.
"ASTAGHFIRULLAHALAZIM! RIYYAN!"
Riyyan hanya mengabaikan panggilan isterinya itu. Laju kaki Aralyn melangkah ke arah pasangan itu. Tanpa amaran tubuh lelaki itu ditarik kasar sebelum sebuah tamparan kuat hinggap di pipi kanannya.
"Apa awak buat ni Tengku Riyyan Aqashah?" Soalnya kuat.
Airmatanya tidak dapat ditahan lagi tatkala melihat gadis di hadapannya kini terdedah di bahagian dada. Dadanya berombak kencang menahan rasa. Jijik. Iya, itu perasaannya kini terhadap gadis yang terlihat bersama suaminya sebentar tadi.
•••
"Terima kasih. Terima kasih sudi jadi bidadari Yan." Tutur lelaki itu ikhlas.
Aralyn yang mendengar tersenyum manis. "Terima kasih jugak sudi terima Aya dan bagi peluang untuk Aya jadi bidadari Yan. Terima kasih sudi sayang dan layan Aya macam sekarang."
"Yan bersyukur dapat bidadari sebaik Aya." Dia turut senyum manis.
"Aya pun bersyukur dapat jadi bidadari first love sendiri. Tapi kenapa Yan tiba-tiba cakap macam ni? Sebelum ni tak pernah pun." Hairannya.
Riyyan masih tersenyum. "Kita mana tahu ajal maut. Yan cakap sebab Yan takut Yan tak sempat." Tenang nada yang digunakan membuatkan gadis itu terkedu.
•••
Berita yang baru menyapa telinganya mematikan senyuman gadis itu. Kakinya seolah-olah digam di anak tangga itu. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Dia cuba menenangkan dirinya sebelum melangkah ke arah Hayder.
"Abang, Qashah mana?"
Semua yang berada di ruang tamu itu tergamam mendengar suara Aralyn. Mereka pantas memandang gadis itu. Aralyn mendekati abangnya yang masih berdiri di tengah ruang tamu itu.
"Abang, jawablah. Kenapa dia tak balik sini sekali? Dia balik rumah mummy terus ke?" Soalnya lagi.
Hayder menggelengkan kepala. "Dia takkan balik lagi adik. Dia dah tak ada." Jawabnya perlahan.
Aralyn yang mendengar terkesima. Dia kemudiannya ketawa perlahan cuba menenangkan rasa di hati. "Abang, jangan lah main-main. Tak lawak lah. Ni mesti prank kan? Umi, babah? Iqa? Cepatlah bagitahu mana dia. Dalam kereta eh? Kejap adik pergi tengok."
Belum sempat dia melangkah, tangannya ditahan oleh puan Hawa. Wanita itu menggeleng. "Qashah dah tak ada adik. Dia dah tinggalkan kita." Maklum wanita itu lemah.
Aralyn yang mendengar tersentak. Senyumannya perlahan-lahan pudar. Maknanya betullah apa yang dia dengar di tangga tadi? Tak. Tak mungkin. Wajah abangnya dipandang.
"A... Abang tipu kan? Qashah ada lagi kan? Abang cakap lah abang! Abang jangan buat adik macam ni! Bagilah tahu dia kat mana! Cakap lah yang ni semua tak betul! Jawab lah abang, jawab!" Desaknya sambil menarik baju abangnya itu.
Hayder menahan tangan adiknya. Anak mata gadis itu direnung dalam. "Semua ni betul adik. Qashah dah tak ada. Abang tak tipu. Ini bukan prank. Ini kenyataan." Jawabnya perlahan.
Perlahan-lahan genggamannya di baju lelaki itu terlepas. Kepalanya digeleng laju. "Tak. Tak mungkin," gumamnya perlahan.
Lututnya yang terasa lemah tidak mampu lagi menampung badannya. Dia jatuh menahan lutut di atas lantai. Airmatanya berjuraian jatuh ke pipi.
"Hubby!" Laungnya kuat sebelum tangisannya pecah. Dia menunduk sambil memejam rapat matanya. Nafasnya seakan-akan tidak mahu terlepas dari kerongkong. Hariqa yang melihat pantas memeluk tubuh itu bagi menenangkan gadis itu.
•••
Langit biru dipandang kosong. Perut yang semakin membesar diusap lembut. "Yan, baby kita tak lama lagi dah nak keluar. Yan janji nak teman Aya masa lahirkan baby. Yan kata nak letak nama sama-sama. Nak jaga dia sama-sama. Tapi..."
Bibirnya diketap dengan mata terpejam. Airmata dibiarkan jatuh ke pipi. Nafasnya ditarik panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Matanya kembali dibuka. Senyuman hambar terlakar di bibir.
"Macam mana kita nak buat semua tu sama-sama kalau Yan tak ada? Yan tipu Aya. Yan janji Yan takkan sakitkan Aya lagi, takkan buat Aya nangis lagi. Tapi Yan mungkir janji. Yan tinggalkan Aya dengan semua. Yan tipu." Esakan yang ditahan sedari tadi terlepas juga.
Sungguh dia tidak mampu tanpa lelaki itu. Hatinya sakit, raganya terseksa menahan rindu yang tak tertanggung. Empat bulan tanpa lelaki itu rasanya amat menyakitkan. Apakan daya, Riyyan tak mungkin kembali lagi ke pangkuan mereka. Namun, hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu masih ada bersamanya.
•••
Cukuplah ini je spoiler kali ni. Heheheh nanti ada kita spoil lagi. Btw thanks sudi menunggu>.<sayang readers saya ketat² ehek.
Dah kata bahagia diorang tak selamanya kekal mueheheheheheheh🤓
Thanks sebab sudi baca and setia tunggu update untuk RIYANARA. Terharu tau dapat readers sporting macam ni. Tapi maaflah saya lambat + jarang update sekarang. Maklumlah ada masalah yang tak dapat nak dielakkan kan heheh. Tapi apapun saya cuba siapkan story ni sebelum readers saya yang duduk asrama tu balik sana. Tapi kalau tak sempat sorry ya.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...