•RIYANARA | 62•

2.9K 176 19
                                    

USAI makan malam, Aralyn melangkah ke sinki untuk membasuh pinggan. Pembantu rumah di situ pantas menghalang isteri kepada majikannya itu.

"Puan, tak payah lah basuh. Letak je kat situ nanti kami basuhkan." Ujarnya lembut.

"Kenapa pulak tak payah?" Wajah wanita itu dipandang sekilas.

"N... Nanti tuan marah."

Aralyn hanya tersenyum manis. "Tak apa lah. Setakat basuh pinggan je pun, tak salah saya tolong korang kan? Lagi satu jangan lah panggil puan. Panggil je Una." Balasnya lembut.

Pembantu rumah itu menggaru kepala saat melihat Aralyn menyambung perbuatannya. Riyyan yang melihat dari luar dapur menggeleng kepala.

"Aralyn Husna, no!" Tegahnya namun tak dihiraukan oleh gadis itu.

Aralyn meneruskan kerjanya dengan mengemas dapur itu. Riyyan yang melihat pantas melangkah ke arah gadis itu. Lengan Aralyn dicubit perlahan.

"Degil dia ni."

Gadis itu kemudiannya ditarik keluar dari dapur. Aralyn hanya menurut tanpa sebarang suara. Mereka duduk di atas sofa di ruang tamu. Telefon Aralyn dicapai dan dibuka. Mesej dari Tengku Naura menarik perhatian Riyyan. Dia membuka mesej tersebut.

Mummy:
Una kat mana sayang? Bila nak balik? Nanti kalau Una jumpa Qashah, bagitahu dia mummy dengan daddy rindu sangat dekat dia. Adik pun. Kitorang dah cuba call dia tapi tak dapat. Kalau jumpa dia Una pujuk baik-baik tau. Una tu pun jaga diri elok-elok. Mummy nak anak menantu mummy selamat. Okay sayang?

Riyyan yang membaca mesej itu sedikit terkedu. Dia berdehem sebelum menghulurkan telefon itu kepada pemiliknya. Aralyn yang merasa hairan hanya berjongket kening.

"Kenapa?"

"Mummy."

Aralyn menyambut huluran itu. Dia membaca pesanan wanita itu sebelum membalasnya. Telefon itu diletakkan di atas meja seraya memandang wajah lelaki di sebelahnya.

"Riyyan nak salah sorang dari diorang mati dulu baru Riyyan nak stop? Atau Riyyan nak tunggu mummy or daddy pergi dulu? Ara tahu Riyyan marah daddy tampar Riyyan kan? Riyyan nak merajuk, merajuk lah, tapi jangan pernah berubah. Ara tak nak Riyyan menyesal sebab ego Riyyan tu. Even Ara tahu Riyyan takkan ikut pun nasihat Ara tapi tak salah kan kalau Ara tegur suami Ara? Cukup Riyyan dah mungkir janji dengan Ara. Ara tak suka Riyyan macam ni! Ara ingat apa yang Riyyan buat dekat Ara dulu dah teruk, tapi apa yang jadi kali ni lagi teruk. Riyyan langsung tak luah or share masalah Riyyan dengan Ara. Kalau Riyyan rasa dengan cara larikan diri, jauhkan diri macam ni boleh selesaikan masalah, Riyyan teruskan lah. Teruskan sampai Riyyan dengar berita salah sorang dari orang yang Riyyan sayang tunggu masa nak pergi. Cuma satu Ara nak Riyyan ingat. Apapun jadi Ara takkan tinggalkan Riyyan, Ara akan terus di sisi Riyyan." Ujar Aralyn sebelum berura-ura untuk bangun dari sofa.

Riyyan menarik tangan gadis itu supaya duduk semula. Kepalanya dibaringkan di atas peha Aralyn membuatkan gadis itu sedikit tercengang. Perut Aralyn diusap lembut.

"Bila agaknya akan ada Riyyanara junior dalam ni? Aku teringin nak tengok kau jalan macam penguin." Bicara Riyyan membuatkan Aralyn berkerut kening.

"Amboi! Penguin eh? Tapi kenapa Riyyanara?" Soalnya hairan.

Riyyan tersenyum nipis. "Riyyan, aku. Ara, kau. Riyyanara gabungan nama kita." Jelas lelaki itu lembut.

Aralyn hanya mengangguk faham. Rambut Riyyan dielus lembut. Lelaki itu memejam rapat matanya. Tubir matanya bergenang memandang wajah sang suami. Pipi bersih itu diusap lembut.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now