•RIYANARA | 8•

4.2K 232 6
                                    

MATA dipejam rapat menikmati bayu malam yang menampar wajahnya. Sungguh masa begitu pantas beredar. Kurang dua minggu dari sekarang dia bakal bergelar isteri kepada sahabat baik abangnya sendiri. Dia tidak mengharapkan apa-apa kecuali keputusan yang diambilnya ini adalah keputusan yang tepat.

"Amboi! Anak dara yang sorang ni tengah berangan ke?"

Aralyn yang mendengar sapaan abangnya itu pantas menoleh ke belakang. Jelingan manja dihadiahkan kepada Hayder. "Mana ada berangan."

"Buat apa kat luar malam-malam ni? Sorang pulak tu?" Soal Hayder sambil mata memandang ke hadapan.

"Saja ambil angin malam." Jawab adiknya itu dengan ringkas.

"Tak sangka kan adik abang ni dah nak kahwin." Ujar Hayder secara tiba-tiba sekali gus mematikan kesunyian yang dirasai beberapa minit lepas.

"Suka ah tu orang nak kahwin."

Senyuman nipis terpahat di bibir. "Lepas ni manja tu buang sikit. Kesian Qashah nanti nak kena layan perangai tak semengah adik tu." Kepala gadis itu digosok perlahan.

Aralyn membulat mata mendengar kata-kata abangnya itu. "Ish! Habis rambut orang! Mana ada orang manja. Kalau manja pun dengan baba, umi, abang yang sewel ni dengan kawan-kawan je. Dengan orang lain tak pun."

"Eleh... Dah manja tu mengaku je lah." Usik Hayder lagi.

"Eee dah lah. Maleh cakap dengan abang ni. Annoying tau tak. Baik orang masuk tidur lagi bagus. Huh. Bye, assalamualaikum." Ujar Aralyn seraya melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan abangnya seorang diri.

Hayder tergelak kecil. Dia menghantar langkah adiknya itu dengan pandangan ekor mata. Senyuman nipis terlakar di bibir. Adik abang dah besar. Bisik hatinya. Dia kemudiannya turut melangkah masuk ke dalam.

JAM dipakaikan di pergelangan tangan kirinya. Cermin dipandang seketika. Telefon dan dompet serta kunci keretanya diambil sebaik sahaja dia berpuas hati dengan penampilannya. Kaki dibawa melangkah turun ke bawah.

"Wah! Hesmes betul abang Rhea harini. Nak jumpa cik tunang ke?" Tegur Rhea yang melihat abangnya turun ke bawah dengan berpakaian segak.

"Suka hati lah nak pergi mana pun. Sibuk apahal?" Wajah adiknya dijeling sekilas.

"Takde lah. Kalau nak pergi jumpa kakak ipar adik, adik nak mintak tolong sampaikan salam kat dia. Boleh?" Pesan Rhea dibalas dengan anggukan dari lelaki itu.

Mata dililaukan mencari kelibat mummynya. "Mana mummy dengan daddy?"

"Keluar pergi rumah papa Han dengan mama Sara." Jawab gadis itu sebelum melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu itu.

"Asal tak ikut?"

"Orang baru balik kelas lah abang."

Mendengarkan jawapan adiknya itu, Riyyan hanya membentuk 'o' menggunakan mulutnya. "Yelah. Nanti mummy dengan daddy balik kata abang pergi cari barang hantaran. Okey?"

Rhea hanya mengangguk.

"Okey lah. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit Riyyan sebelum melangkah keluar dari rumah. Beberapa minit kemudian, keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah orang tuanya itu.

Nombor tunangnya didail sebelum wireless earpod dipakaikan di telinga. "Hello, assalamualaikum." Sapanya lembut.

"Waalaikumusalam." Sahut gadis itu.

"Iyan dah on the way, Ara siap lah. Kejap lagi Iyan sampai."

"Okey. Ada apa-apa lagi?"

"Takde, tu je. See you," ujarnya mesra sebelum panggilan itu dimatikan. Kereta dipandu terus ke rumah encik Haziq.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now