HARI ini merupakan hari yang mendebarkan bagi seorang Aralyn Husna memandangkan dia bakal ditunangkan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Debaran di dada usah dinafikan lagi lajunya. Kalau jantung tu boleh lompat dah tak bernyawa agaknya dia ni.
"Husna? Kau okey tak ni?" Sapa Hariqa yang baru masuk ke biliknya bersama rakan yang lain.
Mata dihalakan ke pintu. Wajah rakan-rakannya dipandang satu persatu. "A... Aku takut. Macam mana kalau keputusan aku salah?" Ragu gadis itu.
Hariqa memandang yang lain sebelum tangannya menggenggam erat tangan gadis itu. "Jangan fikir macam tu. In Shaa Allah keputusan kau tak salah. Umi dengan baba takkan terima kalau dia tak baik." Pujuknya.
Tangan gadis itu digosok lembut bagi menenangkan. Belum sempat Aralyn membuka mulut lagi, pintu biliknya diketuk oleh puan Hawa.
"Adik, pihak lelaki nak sarung cincin tu. Meh turun." Ajak wanita itu sambil tersenyum manis.
Aralyn mengangguk perlahan. Senyuman dari uminya itu dibalas sebelum mata dipejam sekilas. Tidak lama kemudian, mereka berlalu turun dari bilik dan berlalu ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang bersebelahan dengan uminya.
Tengku Naura yang melihat Aralyn tersenyum manis. Langkahnya dibawa mendekati gadis itu. "Cantik bakal menantu mummy." Puji wanita itu membuatkan muka Aralyn berona merah.
"Hulurlah jari, mummy nak sarung cincin tu." Ujar puan hawa mengejutkan Aralyn.
Perlahan-lahan cincin itu disarungkan ke jari manisnya sebaik sahaja dia menghulurkan jari. Beberapa ketika kemudian, dahinya pula menjadi sasaran wanita itu. Wajah puan Hawa dipandang oleh Tengku Naura.
"Tak lama lagi jadi keluarga lah kita ya Hawa?" Senyuman manis terlakar di bibir.
"In Shaa Allah." Balas puan Hawa lembut.
"Ha, sarung cincin pun dah siap. Jom lah makan." Ajak encik Haziq. Mereka hanya mengangguk. Semua tetamu yang hadir bergerak ke bawah satu khemah yang terpasang elok di hadapan rumah mereka.
Sedang yang lain enak menjamu selera, mata gadis itu melilau memandang sekeliling rumah mencari gerangan yang memegang gelaran 'tunang' kepada Aralyn Husna. Yang mana satu tunang aku? Tua ke muda ke kurus ke berisi ke tinggi ke rendah ke... Haih. Omelnya di dalam hati.
"Cari encik tunang ke?" Sapa seseorang dari belakang membuatkan Aralyn sedikit terperanjat.
Senyuman manis dihadiahkan kepada puan Hawa. Leher yang dilapik tudung itu digaru perlahan. "Erm... Yang mana tunang adik, umi?" Soalnya malu-malu.
"Tadi mummy kata Qashah tak datang sebab dia nak buat surprise dekat adik." Jawab puan Hawa lembut.
"Nama dia Qashah ke umi?" Wajah wanita itu dipandang lembut.
"Haah. Takpe lah, umi nak pergi layan tetamu dulu." Ujar puan Hawa sebelum melangkah ke khemah yang menempatkan para tetamu.
Aralyn hanya menghantar langkah uminya dengan ekor mata. Hm... Siapa tunang aku eh agaknya. Qashah? Haduh! Asal aku tak tanya nama penuh dia je tadi. Halah. Bebel gadis itu di dalam hati. Dia kemudiannya menuju ke arah rakan-rakannya untuk berbual.
Tepat jam empat petang, keluarga Tengku Rayqarl mulai beransur pulang. "Adik naik dulu umi, baba, semua. Nanti nak siapkan makan malam adik turun." Pamit Aralyn bersama senyuman nipis. Langkahnya diatur naik ke bilik.
Pintu bilik ditutup perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas katil empuk miliknya. Dua bulan? Cepatnya. Bisik hatinya.
Menurut persetujuan dari kedua-dua belah pihak, pernikahan mereka akan dilangsungkan dua bulan dari sekarang. Kata bakal mertuanya, tunangnya tidak ingin berlama-lama. Entahlah. Dia ikutkan saja.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...