•RIYANARA | 72•

2.6K 159 10
                                    

AIR susu di dalam cawan diteguk sambil menutup hidungnya. Maklumlah orang tak suka minum susu kan. Macam ni lah bila kena paksa. Mac and cheese yang sedang dimasak di dalam ketuhar itu dipandang. Seketika ingatannya melayang mengimbas memori manis dia dan Riyyan.

FLASHBACK

'Yan! Masak lah betul-betul! Habis kotor muka orang!" Dia mencebik bibir.

Riyyan ketawa melihat wajah cemberut gadis itu. Sos yang dicalit ke hidung Aralyn tadi dibersihkan. Dia memeluk gadis itu dari belakang. Dagunya ditongkatkan di atas bahu Aralyn.

"Nanti kalau Yan tak ada mesti Aya asyik ingat Yan kan? Yelah makanan favourite kita semua sama. Lepas tu kita dah lah selalu masak sama-sama ha. Mesti susah kan Aya nak buang bayangan Yan." Seloroh Riyyan sambil memandang pasta yang dimasak oleh Aralyn.

Aralyn pantas membuat muka toya. "Heh! Perah santan lah Yan ni. Siapa tah nak ingat dia." Balas Aralyn selamba membuatkan mata lelaki itu terbuntang.

"Hmm yelah. Orang tu memang lagi suka kalau Yan tak ada kan? Tak ada lah orang nak berkepit dengan dia dua puluh empat jam." Ujar Riyyan seolah-olah berjauh hati.

Aralyn yang mendengar hanya ketawa. Dia berpaling memandang lelaki itu sebaik sahaja makaroni tadi dimasukkan ke dalam ketuhar. Tangannya naik memeluk leher Riyyan.

"Olololo! Abe Yan kito ngaju ko ni (Abe Yan kita merajuk ke ni)?" Usik Aralyn lagi dengan dialek Kelantan.

"Huh!" Riyyan berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangan.

Gadis itu senyum geli hati melihat sifat manja suaminya. Kedua-dua belah pipi lelaki itu dipegang. "Tok soh ngaju lah, tok comey kek gi tok laki Aya ni (tak payah merajuk lah, tak comel nanti suami Aya ni)." Pujuknya lembut.

Riyyan tersenyum lebar tatkala menerima kucupan dari gadis kesayangannya itu. "Mujur saye (mujur sayang)." Dia mendukung Aralyn dan mengucup pipi gadis itu. Aralyn hanya ketawa seronok.

END FLASHBACK.

Senyuman terlakar di bibir saat mengingati momen tersebut. Namun, bukan lah senyuman manis tetapi senyum tawar. Ya, Aya asyik ingat Yan. Memang betul apa Yan cakap, susah untuk Aya buang bayangan Yan. Bisiknya dalam hati.

"Una, kau... tak tidur lagi?" Sapaan Hariqa membuatkan Aralyn sedar dari lamunan.

Segera dia menoleh ke kanan. Senyum manis ditarik. Kepala digeleng. "Tiba-tiba rasa lapar. Kau? Tak tidur lagi?"

"Be... Belum."

"Ha! Okey lah tu nanti boleh makan sekali dengan aku. Aku ada buat mac and cheese. Nanti boleh kongsi." Cadang Aralyn bersama senyuman lebar.

Hariqa yang rasa bersalah dengan layanan Aralyn kepadanya hanya mendiamkan diri. Aralyn masih melayannya dengan baik walaupun dia sudah burukkan gadis itu. Dia melangkah ke arah gadis itu dan menarik tubuh itu ke dalam pelukan.

"Aku mintak maaf Una. A... Aku tak patut cakap macam tu. Aku t... tak patut cemburu Hayder dengan kau. A... Aku salah. Aku lagi dengar c... cakap orang. Aku sepatutnya k... kena faham kau. Aku mintak Una, aku mintak maaf." Katanya bersama esakan.

Entah apa yang merasuk dirinya sehingga dia boleh bertindak begitu. Sedangkan Aralyn merupakan sahabatnya sendiri. Itulah dia ikut sangat emosi tu. Heh.

Aralyn senyum seraya membalas pelukan itu. Belum sempat dia bersuara, satu suara garau terlebih dahulu mencelah.

"Jangan sentuh adik aku." Dingin Hayder menegur. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah adik dan isterinya itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now