•RIYANARA | 69•

2.1K 134 67
                                    

KUNCI kereta diletakkan di atas meja di hadapan mereka. Tiga figura itu melabuhkan punggung di atas sofa. Mereka kini berada di villa milik Tengku Razeef yang terletak di Johor.

"Kau dah jumpa kereta yang langgar tokmek?" Wajah Riyyan dipandang.

Riyyan yang tadi menyandarkan kepala di kepala sofa sambil memejam mata kini mengangkat wajah memandang sepupunya. Dia menghela nafas berat sebelum menggeleng kepala.

"Aku tak rasa semua tu kebetulan. Kalau fikir balik, semua ni macam berkait. Daripada kematian arwah Tasha, rumah kau kena pecah masuk, kematian arwah tokmek dan gambar-gambar yang Una dapat. Semua ni macam dirancang." Duga Raish.

"Memang pun."

"Habis tu sekarang kita nak buat apa?" Soal Hayder memandang dua orang sahabatnya itu.

"Hmm diorang memang tengah perhatikan kita semua. Tapi jangan risau, orang-orang aku dah jaga family kita semua." Maklum Riyyan.

Raish menggeleng. "Aku rasa tak sedap hati."

"Jangan risau. In Shaa Allah tak ada apa-apa."

"Harap-harap macam tu lah." Ujar Hayder. Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing untuk menghilangkan penat.

TELEVISYEN yang terpasang tidak mampu menarik perhatian Aralyn. Matanya tertancap ke arah skrin bercahaya itu. Namun, fikirannya jauh menerawang memikirkan suaminya. Sudah dua hari lelaki itu berada di Johor, tidak pernah sekali pun Riyyan terlupa untuk menghubunginya.

Kendatipun begitu, entah mengapa dia berasa lain. Tepukan di bahunya mengejutkan Aralyn dari lamunan. Wajah Qayra yang baru duduk di sebelahnya dipandang.

"Jauh termenung? Kau okey tak ni?" Tegur Qayra memandang wajah sahabatnya itu.

Aralyn menjongket bahu. "A... Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tak sedap hati. Dari hari first diorang pergi Johor." Luah Aralyn perlahan.

"Aku pun rasa macam ada benda tak kena. Tapi entah lah. Kadang-kadang aku fikir mungkin aku overthinking ke apa." Ujar Qayra.

"Aku takut Qis."

Qayra yang melihat sahabatnya itu ingin menangis pantas memalingkan tubuh Aralyn menghadapnya. "Hey, kau jangan lah risau. In Shaa Allah tak ada apa-apa. Lagipun lagi tiga hari je kan diorang dah nak balik? Kau jangan lah fikir bukan-bukan." Pujuknya.

"Aku harap diorang okey kat sana. Aku tak tahu kenapa hati aku berat kali ni." Tangan Qayra digenggam erat.

"In Shaa Allah tak ada apa. Eh! Kandungan kau berapa bulan?" Qayra cuba menukar topik perbualan tidak mahu sahabatnya terus berfikir yang bukan-bukan.

"Nak masuk empat bulan dah." Aralyn menarik senyuman sambil tangan naik usap perut.

"Eh! Sama! Tapi kenapa perut kau tak nampak lagi? Tengok aku macam mengandung lima bulan. Aku gemuk ke?" Qayra mencebik.

Aralyn kerut kening. "Kau kan awal sikit dari aku. Nanti nanti nampak lah aku punya."

"Alah! Tak aci lah macam tu. Aku gemuk dulu huh."

Aralyn tergelak melihat sahabatnya itu. "Puan Qayra Qistina, awak tu tak gemuk pun lah. Perasaan kau je rasa macam tu." Nyata Aralyn.

"Gemuk!"

"Tak!"

"Iya, gemuk! Tengok lah baru empat bulan dah nampak besar ni, nanti lagi lama lagilah besar. Nasib baik sayang." Tangannya naik mengusap perut.

Aralyn meletuskan tawa. "Kau ni comel lah Qis." Pipi sahabatnya dicubit manja.

"Ehek. Una puji kita lah. Una pun comel lah." Dia turut mencubit lembut pipi gadis itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now