PANDANGAN dihalakan ke luar tingkap. Suasana di dalam kereta itu sunyi tanpa sebarang suara. "Aku belum tahu lagi, asal kau lemaskan diri dalam tub?" Soal Riyyan dingin.
Aralyn yang mendengar soalan itu terkedu seketika. "Saya pun nak tahu jugak kenapa awak tumbuk cermin sampai pengsan?" Soal Aralyn semula tanpa memandang Riyyan.
"Suka hati aku lah."
"Then, suka hati saya lah nak lemaskan diri pun. Awak kisah apa." Jawab Aralyn senada.
Riyyan yang geram akan sikap gadis itu menghentak sterengnya. "Kau tak boleh ke kalau sehari tak melawan aku!" Suaranya naik seoktaf.
Bahu Aralyn terangkat dek kerana terkejut dengan hentakan itu. "Awak ni kenapa? Sejak bila saya melawan? Ada saya tinggi suara ke? Tak kan?"
"Tapi kau tak pernah jawab soalan aku elok-elok!" Marah lelaki itu.
"Pernah ke awak jawab soalan saya elok-elok? Tak jugak kan? So awak expect saya akan jawab soalan awak elok-elok ke?"
"Tapi, kau tu isteri aku! Kau kena ikut cakap aku! Aku tanya tu jawab elok-elok!"
"Sebab saya nak mati! Saya nak ikut anak saya! Awak tak nak lepaskan saya kan! Dengan cara saya mati je saya bebas dari awak!" Jawab gadis itu tanpa sedar tertinggi suara.
"Then, pergi lah mati sana! Buat apa hidup kat sini lagi!"
"Now, saya nak awak turunkan saya kat sini! Turunkan!" Pinta Aralyn.
Riyyan mengabaikan ayat gadis itu. Kereta itu dipandu semakin laju memotong kenderaan yang terdapat di atas jalan raya itu membuatkan Aralyn membulat mata dek kerana terkejut. Tali pinggang keledarnya digenggam erat. "Qashah! Slow sikit Qashah! Bahaya lah awak bawak macam ni!"
"Kau nak mati sangat tadi kan! Ha!" Pedal minyak ditekan lagi menambahkan kelajuan menjadi semakin laju.
"Ya Allah, Qashah! Awak jangan macam ni, bahaya. Tolong Qashah, slow kan kereta. Jangan bahayakan nyawa sendiri," pujuk Aralyn dengan suara yang sudah mulai kendur.
Esakan gadis mulai kedengaran. Riyyan tidak mengendahkan gadis itu. Kelajuan kereta semakin ditambah.
"Stop the car, Riyyan Aqashah!" Tempik Aralyn.
Riyyan masih berdegil. Sedang dia memandu laju, sebuah bas menghala ke arah mereka.
"IYAN!!!"
Mata gadis itu terpejam rapat tidak sanggup melihat kejadian yang mungkin bakal berlaku. Dengar akan nama yang digunakan oleh Aralyn, pantas lelaki itu memusingkan sterengnya ke kiri dan brek kereta itu ditekan mengejut. Rambut diraup kasar. "Argh!!!" Jeritnya.
"Awak dah gila Qashah! Gila! Sampai bila awak nak buat saya macam ni! Saya penat Qashah penat! Lepaskan je lah saya! Tak cukup ke seksa saya selama ni ha?" Ujar gadis itu bersama esak tangis. Badannya menggigil ketakutan.
"ARGH!!! BOLEH TAK KAU BERHENTI CAKAP PASAL TU! KAU ASYIK FIKIR KAU JE YANG PENAT! HABISTU AKU? KAU ADA TANYA AKU PENAT KE TAK!" Jerkah Riyyan.
Aralyn memandang suaminya dengan pandangan sayu. "Awak takkan penat seksa saya Qashah. Sampai saya mati baru awak puas hati kan?" Soalnya bernada kendur.
"Bila aku bawak kereta laju tadi kau suruh berhenti! Sekarang kau cakap nak mati pulak! Patutnya kau biar je aku langgar bas tadi!"
Tangisannya sudah mulai reda meninggalkan sedu sedan yang masih tersisa. "Saya memang nak mati, tapi saya tak nak awak mati. Saya tak nak family awak pulak tuduh saya pembunuh."
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...