RIYYAN mencari susuk tubuh isterinya di setiap bilik yang terdapat di rumah tiga tingkatnya itu. Bunyi muzik dari perpustakaan mini rumahnya itu memberi isyarat bahawa Aralyn berada di situ.
"Ha! Kat sini pun Aya. Patut puas Yan panggil tak menyahut. Baca novel rupanya." Sapanya sebaik sahaja menutup pintu bilik itu.
Aralyn memandang ke arah pintu. Sengihan terpancar di bibir. "Sorry. Kenapa Yan cari Aya?"
"Eh eh! Dia boleh tanya kita kenapa? Dia tahu tak kita ni tak boleh berenggang lama dengan dia. Ni Aya baca apa ni hm?" Dia duduk menempel di sebelah gadis itu.
"Aya baca cerita ni." Naskhah novel yang berada di tangannya ditunjukkan kepada lelaki itu.
"Cerita pasal apa ni?"
"Yan tahu tak? Cerita ni sedih. Diorang kahwin sebab suami dia nak balas dendam kat heroin. Sama macam kita. Hubungan diorang, apa yang jadi lebih kurang sama macam kita. Heroin mengandung, hero suruh heroin gugurkan. Lepas tu ada perompak masuk rumah diorang cederakan heroin. Sama macam kita kan? Memang boleh dikatakan buku ni macam kisah kita. Diorang pun berbaik manja-manja apa semua. Tapi..."
Ayatnya dibiarkan tergantung. Senyuman perlahan-lahan pudar. Riyyan yang melihat terpinga-pinga. "Tapi?"
"Suami dia tinggal dia masa dia mengandung anak kedua diorang. Suami dia accident then suami dia meninggal kat situ jugak. A... Aya takut." Aralyn menunduk menekur lantai sebaik sahaja ayatnya habis.
Riyyan yang mendengar sedikit terkedu. Tubuh Aralyn dipeluk dari sisi. "Shh... Jangan risau lah. Tu kan buku je." Ujarnya cuba menenangkan gadis itu.
"A... Aya takut. Aya tak nak pengakhiran kita macam tu. Ya Aya tahu dulu Aya kurang ajar dengan Yan, kasar dengan Yan. Tapi Aya sayang Yan, Aya cintakan Yan. Aya tak nak berpisah dengan Yan macam tu." Tangisan dihamburkan di dada Riyyan sebaik sahaja dia memeluk tubuh sasa itu.
"Shh... Yan pun sayang Aya, Yan takkan tinggalkan Aya." Kepala Aralyn digosok lembut bagi menenangkan gadis itu.
"Janji?"
"In Shaa Allah, Yan janji,"
Ubun-ubun Aralyn dikucup lembut. Wajah bersih itu dipandang sekilas. Belakang badan Aralyn diusap lembut.
"Aya macam ni Yan rasa berat hati pulak nak pergi Johor nanti. Kalau lah Yan boleh bawak Aya kan best. Tak ada lah kena tahan rindu nanti." Dia mencebik.
Aralyn senyum nipis sebelum tergelak kecil. "Tak apa lah, Aya okey. Jangan risau."
"Hm betul ni? Entah lah kenapa Yan rasa macam berat hati pulak nak pergi. Tapi kalau tak pergi pun tak boleh, Yan dah berapa bulan serah kat diorang kerja Yan hmm."
"Itukan kerja Yan. Abang dengan abang Amka pun ikut kan?"
Riyyan mengangguk. "Aya nak duduk sekali dengan Qis tak? Yan dah bincang dengan Am nak suruh Aya dengan Qis duduk sekali. Tak ada lah risau sangat kitorang nanti. Tak pun boleh balik rumah umi ke rumah mummy ke rumah tokma ke. Terpulang lah Aya nak duduk mana."
Aralyn menarik senyum lebar. "Nak! Lama tak dating dengan Qis."
Riyyan membulat mata. "Eh! Dating tak boleh ek. Aya boleh dating dengan Yan je."
Aralyn ketawa melihat wajah suaminya. "Yan, cuba Yan nyanyi." Kepalanya dilentokkan ke bahu lelaki itu.
"Hmm nak lagu apa?" Rambut ikal mayang itu dibelai lembut. Sesekali dihidu bau rambut itu. Wangi.
"Apa-apa je."
Riyyan mendapat idea nakal untuk mengenakan isterinya. "Okey, dengar tau," dia berdehem sekali.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...