•RIYANARA | 40•

7K 331 22
                                    

BAHU ditepuk perlahan mengejutkan Riyyan dari lamunannya. "Jauh termenungnya. Fikir apa?" Soal Raish sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

Riyyan hanya menggeleng perlahan tanda tiada apa-apa

"Nak kata nervous, aku rasa esok aku akad nikah. Bukan kau." Sambungnya lagi.

Riyyan mengeluh perlahan memandang sepupunya itu. "Look. Katakan kalau ada sorang perempuan ni dia setia sangat dengan kau. Tunggu kau berbelas tahun. Apa kau buat?"

Kening Raish berkerut mendengar soalan itu. "Ha? Tak faham?"

Riyyan menarik nafas panjang. "Okey, aku bagi contoh eh. Ada sorang ni dia pernah tolong kau. Tapi korang cuma pernah jumpa masa kecik je. Itupun sekali. So, kau mungkin tak ingat dia pun. Tapi, bagi dia kau ni penting dan dia tunggu kau berbelas tahun. Kau tak tahu pun yang dia tunggu kau. Kau sakitkan hati dia sekalipun dia tetap baik dengan kau. Sampai lah satu hari ni dia mengalah. Dia dah tak berharap apa-apa lagi dari kau. Beside, dia dah mula terfikir dan belajar untuk lupakan kau. Tapi masa tu kau dah mula sayang dia. Dah mula takut hilang dia. Apa kau buat?" Jelasnya panjang berjela sebelum menanyakan soalan di hujung ayat.

Mendengarkan soalan itu, Raish terdiam sejenak. "Kalau aku, aku akan ambik hati semula. Aku akan buat dia sayang dan cintakan aku semula. Aku akan cuba jadikan dia sebagai orang paling bahagia sekali. Aku akan layan dia elok-elok, aku akan hargai dia sebaik mungkin. Tapi andai kata kalau aku dah cuba macam-macam tapi dia still tawar hati, dia still nak buang perasaan dia pada aku, masa tu aku lepaskan dia. Biarlah dia cari kebahagiaan sendiri. Dia dah terseksa tunggu aku bertahun-tahun. Sekarang biar dia bebas," jawab Raish tenang.

Riyyan terkedu mendengar ayat terakhir sepupunya. Lepaskan? Mampukah dia melepaskan Aralyn? Keluhan kecil terbit di bibir.

"Asal kau tanya?"

"Kau ingat Aya yang aku cerita kat kau dulu?"

Raish mengangguk perlahan. Seketika matanya membulat memandang Riyyan inginkan kepastian. Riyyan mengangguk perlahan.

"Serius lah Qashah? Kau biar betul?"

"Iya, serius. Betul. Aku pun terkejut. Aku pun tak percaya." Jawabnya.

"Kau kena tebus salah kau kat dia weyh. Kau lupa dia satu hal. Kau seksa dia tu pun satu hal. Jangan sampai dia hilang dari kau." Pesan Raish.

Riyyan yang mendengar hanya diam sebelum mengangguk. "Aku naik atas dulu. Goodluck kau esok. Semoga malam ni boleh tidur." Nasihatnya sebelum tergelak kecil.

Raish yang melihat lelaki itu gelak sedikit terkedu. Senyuman terlakar di bibir. Dia hanya memandang langkah lelaki itu. Husna, terima kasih. Desis hati kecilnya. Seketika kemudian dia turut bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke rumah. Pintu gelongsor itu ditutup.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci oleh Riyyan. Kaki melangkah ke arah katil. Susuk tubuh Aralyn yang sedang diulit mimpi itu menyapa pandangan. Dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu perlahan-lahan. Wajah bersih Aralyn ditatap lama.

Tidak menunggu lama dia ikut baring mengiring mengadap Aralyn. Pinggang gadis itu dipeluk sambil memejamkan matanya. Aralyn yang terkejut akan perbuatan lelaki itu pantas mencelikkan mata. Tangan lelaki itu ditolak kasar sebelum dia bangun dari baringnya. Tindakannya itu mengejutkan Riyyan.

"Kenapa?" Soalnya hairan. Dia turut bangun duduk.

"Apa awak buat ni?"

Riyyan yang mendengar soalan itu hanya terkedu. "Apa? Aku buat apa?"

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now