SUARA Aralyn yang sedang meracau menyedarkan Riyyan dari tidurnya. Matanya digosok seraya bangun duduk. Bahu Aralyn disentuh lembut.
"Aya? Kenapa ni?" Soalnya lembut.
Aralyn yang masih belum sedar itu masih meracau. Tidak menunggu lama, dia mendukung Aralyn untuk menenangkan gadis itu. Aralyn masih meracau di dalam dakapan suaminya. Esakannya semakin menjadi-jadi.
Riyyan menggosok lembut belakang isterinya. "Shh... Yan ada." Tuturnya lembut.
Aralyn memeluk Riyyan kuat tanpa sedar. Riyyan mengalunkan bacaan zikir di telinga gadis itu.
"Lepas! Lepas! Tak nak!" Ronta gadis itu seraya menolak dan memukul tubuh Riyyan tanpa sedar.
Hey, hey, ya Allah. Kenapa ni darl? Shh... Yan ada ni." Belakang gadis itu ditepuk perlahan.
"Yan! Yan jangan tinggal Aya! Iyan!" Jeritnya mengejutkan Riyyan sekali lagi.
"Shhh... Sayang? Hey, kenapa ni? Bangun." Kejut Riyyan perlahan.
Aralyn yang sudah mulai sedar itu mengangkat muka. Nafasnya berubah kencang. Wajah suaminya ditatap lama. Kedua-dua pipi lelaki itu dipegang. "Y... Yan?" Gumamnya perlahan.
"Hm? Kenapa ni?" Soalnya masih menggosok belakang gadis itu.
Aralyn hanya membisu mengingati mimpinya sebentar tadi. "Y... Yan takkan tinggalkan Aya kan?"
Riyyan berkerut kening sebelum menggeleng kepala. "Apa cakap macam tu?" Dia membawa Aralyn keluar dari bilik itu.
Mereka masih berada di hotel Hayder. Namun, hotel ini sedikit berbeza kerana semua bilik di tingkat dua belas iaitu tingkat terakhir mempunyai keistimewaan. Terdapat tiga bilik lain di dalam bilik di tingkat tersebut. Meski begitu, harganya tidak jauh berbeza.
Keluar sahaja dari bilik mereka, susuk tubuh Tengku Rayqarl menyapa pandangan. Wajah Riyyan direnung tajam.
"Eh! Daddy tak tidur lagi?" Soal Riyyan seraya memandang ke arah jam yang menunjukkan angka tiga pagi.
"Tak. Kenapa dengan Una?" Senada lelaki itu bersuara.
Riyyan yang mendengar nada bapanya itu sedikit terkedu. "Dia meracau." Jawab Riyyan jujur.
"Qashah tak buat apa-apa kat dia?" Soalnya membuatkan Riyyan terdiam.
Riyyan pantas menggeleng laju. "T... Tak."
Aralyn yang masih berada di atas dukungan lelaki itu merasa bersalah. Airmatanya yang kering disapu perlahan. "Daddy, Qashah tak buat apa pun. Una yang mimpi bukan-bukan. Sorry buat semua terkejut." Tuturnya tersenyum kekok. Belakang tengkuknya digosok perlahan.
Tengku rayqarl hanya mengangguk. "Kalau Qashah ada buat apa-apa pada Una, bagitahu daddy." Wajah anak lelakinya itu masih ditenung tajam.
Riyyan yang mendengar sedikit tergamam. Aralyn diturunkan dari dukungan. Dia masuk ke dalam biliknya semula dan mengunci pintu. Aralyn mengetap bibir memandang pintu bilik itu. Wajah bapa mentuanya dipandang.
"Daddy jangan risau. Sekarang ni dia dah tak macam dulu. Dia layan Una baik sangat. Dia tak berkasar langsung. Dia jaga Una, sayang Una. Perangai dia yang tu dah lama hilang daddy. Daddy jangan risau okey? Dia takkan ulang semua tu lagi." Jelas Aralyn tersenyum manis.
Tengku Rayqarl yang mendengar mengangguk perlahan. "Baguslah kalau macam tu. Tak apalah, daddy masuk dulu. Una pun pergi lah tidur semula. Basuh kaki dulu." Pesannya sebelum masuk ke bilik.
"Okey daddy." Aralyn hanya memerhati Tengku Rayqarl sehingga hilang dari pandangan.
"Aralyn mengetuk pintu biliknya tadi. "Yan, bukak lah pintu ni," tuturnya.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...