BEG pakaian dizip. Belum sempat dia membawa beg itu, perbuatannya terlebih dahulu dihalang oleh Riyyan. "Haip! Tangan tu tak okey lagi. Jangan mengada nak angkat eh."
Aralyn memandang lelaki itu. "Alah! Beg Aya bukan berat pun." Balas Aralyn.
"Tetap tak boleh. Aya ada suami kan? Biar suami Aya yang kuat plus hesmes ni bawakkan." Ujar Riyyan sebelum tersengih.
Aralyn yang mendengar ketawa perlahan. "Yelah. Aya boleh keluar pukul berapa?" Soalnya.
"Sekarang. Jom." Jawab Riyyan sebelum mendukung tubuh gadis itu seperti bayi.
Aralyn yang terkejut dengan perbuatan lelaki itu membulat mata. "Y... Yan. T... Turunkan lah. Nanti orang tengok malu." Wajahnya berona merah.
Iyalah bayangkan ketinggian mereka dah lah beza sikit je. Lepas tu boleh pulak Riyyan dukung dia. Tak berat ke? Aralyn ni pun tinggi sangat heh.
Riyyan menggeleng. "Tak nak. Kaki Aya tak okey lagi. Nanti makin sakit. So, biarlah Yan dukung,"
Aralyn yang malu untuk memandang hadapan itu menyembamkan mukanya ke bahu lelaki itu. Riyyan melepaskan tawa tatkala sedar bahawa wajah isterinya berubah warna.
"Ada orang tukar muka dia jadi tomato lah." Usiknya.
"Eee! Tak payah lah usik orang." Protes Aralyn.
Riyyan ketawa besar. "Ni nak balik rumah umi, rumah mummy or rumah kita?" Soal Riyyan seraya membetulkan tudung gadis itu.
Aralyn meletakkan jari telunjuk di dagu seolah-olah sedang berfikir. "Rumah kita lah." Jawabnya tersenyum manis.
Riyyan turut tersenyum sebelum mengangguk. Dia kemudiannya membuka kereta untuk gadis itu dan masukkan Aralyn ke dalam kereta. Dia ikut memboloskan diri ke dalam perut kereta itu.
"Aya nak singgah mana-mana ke?" Soalnya sebaik sahaja mula memandu kereta.
Aralyn mengangguk kepala.
"Nak pergi mana?"
Aralyn tersenyum lebar memandang lelaki itu. "Nak singgah kat hati Yan boleh?" Soalnya lembut.
Riyyan menggeleng. "Tak," jawab lelaki itu senada.
Perlahan-lahan senyuman di bibir gadis itu pudar. Dia berura-ura untuk berpaling sebelum tangannya ditahan Riyyan. Senyuman terbit di bibir lelaki itu.
"Kenapa nak singgah kalau Aya memang dah takluk hati Yan. Stay there and don't go anywhere," sambung lelaki itu dengan suara gemersik seraya mengenyit mata.
Aralyn yang mendengar terasa mukanya berbahang. Niatnya mahu membuat pickupline untuk lelaki itu. Namun, dia pula yang cair. Dia memandang ke arah luar.
Lebih kurang 30 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba juga di rumah itu. Salam diberi sebelum kaki melangkah masuk ke dalam. Aralyn yang tidak boleh berjalan dengan baik itu didukung ke sofa.
"Okey, so sepanjang Aya belum sihat sepenuhnya lagi, you're can't do any chores. Biar Yan je buat semua okey?" Pesan Riyyan lembut.
"Tapi kalau Aya bosan macam mana?" Soal gadis itu seraya memuncungkan bibir.
"Hmm bosan eh? Kejap,"
Dia meletakkan tangan di bawah dagu. Wajah itu dipandang semula.
"Okey, Aya boleh je buat apa Aya nak buat tapi jangan buat something yang berat. Ha! Yan tahu. Jom ikut Yan." Dukung Aralyn naik tangga.
"Eh! Aya boleh jalan lah Yan." Ujar gadis itu.
"Shh... Ikut je." Kaki melangkah ke tingkat tiga rumah itu.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...