SALAM yang diberikan dari luar wad mengalihkan pandangan gadis itu ke muka pintu. Namun tidak lama sebelum dia kembali memandang telefon. Lelaki itu mengatur langkah mendekati katilnya.
"Ni aku ada bawak makanan. Mummy masak ikan singgang untuk kau," nyata Riyyan seraya meletakkan bekas makanan yang dipegangnya ke atas meja.
Aralyn hanya mendiamkan diri.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"
"Dengar. Letak je kat situ nanti saya lapar saya makan lah." Balas gadis itu senada.
Punggung dilabuhkan di atas sofa putih yang terletak di dinding wad itu. "Makan jangan tak makan. Penat mummy masak untuk kau." Pesan lelaki itu.
"Iya, saya tahu lah. Awak tu buat apa kat sini?" Soalnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Kau ingat aku nak sangat ke datang sini? Kalau ikutkan hati aku ni tak ingin lah aku ambik tahu pasal kau. Buang masa." Jawab lelaki itu dingin.
"Then, go. Balik lah. Saya pun semak tengok awak kat sini."
Riyyan yang mendengar ayat gadis itu terkelu lidah. Nada yang digunakan oleh gadis itu sangat berbeza. Bukan itu sahaja, perkataan yang digunakan oleh Aralyn juga cukup untuk membuat lelaki itu diam seribu bahasa. Dia bangun dan mendekati katil gadis itu.
"Sejak bila kau pandai cakap kasar kasar dengan aku ni? Hm?" Soal Riyyan tidak berpuas hati. Sudah hampir dua minggu gadis itu sedar. Selama itu jugalah gadis itu berkasar dengannya.
"Kenapa? Tak boleh?"
"Berani eh kau melawan aku sekarang ni ha perempuan?" Wajah gadis itu direnung tajam.
Senyuman sinis terlakar di bibir. "Habis tu sebelum ni saya tak melawan, awak boleh lah pijak kepala saya ikut suka hati awak?"
"Hey perempuan. Kau dengar sini eh. Kau tu, hak aku. Aku boleh buat apa je yang aku nak. Kau jugak kena ingat yang aku ni suami kau. Tak baik tau derhaka dengan suami." Pipi gadis itu dibelai lembut.
Aralyn yang sedar akan hal itu pantas menolak tangan sasa lelaki itu. "Kalau awak datang sini semata-mata nak gaduh dengan saya, baik awak balik lah! Tak guna tambah dosa awak sakitkan hati saya dan jugak tak guna awak buat saya kumpul dosa free maki awak dalam hati." kata Aralyn sebelum kembali bermain telefonnya.
"Fine! Aku balik! Aku pun tak ingin lah duduk sini! Menyusahkan!" Ujarnya sebelum keluar dari wad itu. Pintu dihempas kuat membuatkan bahu gadis itu sedikit terangkat.
Perlahan gadis itu melangkah turun dari katil. Bilik air dituju untuk membasuh muka. Wuduk diambil untuk menunaikan solat zohor. Siap mengambil wuduk, sejadah dibentang dan telekung disarungkan ke tubuh. Tidak lama kemudian dia mula mengerjakan ibadah wajib itu.
Usai menunaikan solat, gadis itu menyimpan semula telekung dan sejadah yang digunakan tadi. Dia melangkah ke katil sebelum punggung dilabuhkan di situ. Makanan yang dikirim oleh ibu mertuanya dibuka. Senyuman perlahan-lahan semakin melebar tatkala melihat isi di dalamnya.
Terbit rasa bersalah kerana membohongi orang sekelilingnya. Pasti mereka sedang bersedih tika ini. Tidak mahu memikirkan hal itu, dia pantas membasuh tangan sebelum membaca doa. Makanan itu disuap ke dalam mulut. Matanya terpejam rapat menikmati masakan dari Tengku Naura itu.
KERETA dipandu laju memotong semua kenderaan yang terdapat di atas jalan raya itu. Stereng digenggam erat. Pedal minyak ditekan lagi. Berani kau jerkah aku, perempuan? Huh, kau tunggu. Stereng itu dipukul kasar.
Rumah Tengku Rayqarl menjadi arah tuju. Sampai sahaja di rumah agam itu, kaki dibawa melangkah masuk ke dalam.
"Assalamualaikum." Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa yang terdapat di ruang tamu itu.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...