•RIYANARA | SPOILER [1]•

3.9K 203 46
                                    

BAIKLAHHH MEMANDANGKAN START MINGGU DEPAN SAYA MAYBE UPDATE LAMBAT, JADI DI SINI SAYA MENYEDIAKAN SPOILER UNTUK ANDA ANDA SEMUA MUEHEHEH🤓

•••

"Kenapa Ara ambik pil ni? Ara tak nak anak dengan Riyyan ke?" Wajah itu dipandang sayu.

Aralyn menghela nafas berat. "Kalau Ara tak nak pun, Riyyan nak buat apa?"

Riyyan terkedu. "Kalau kau bagitahu aku, aku takkan sentuh kau Aralyn. Sebab even kau makan pil ni, anak aku tetap boleh tumpang rahim kau." Jawab Riyyan perlahan.

Aralyn hanya mampu diam.

•••

Wajah gadis itu dipandang sayu. "Aya, tak mau lah macam ni. Yan janji Yan pergi kejap je. Tak lama. Nanti setiap hari kita call or video call okey? Yan pun kalau boleh tak nak tinggal Aya dengan baby kita. Tapi Yan kena jugak pergi sebab tanggungjawab Yan kan. Aya kat sini jaga makan minum. Jaga diri. Jaga kesihatan. Jaga anak kita. Jaga solat. Jaga hati. Anything just call me okay, darling. Yan nak Aya ingat yang Yan akan selalu sayang dan cintakan Aya. Aralyn Husna akan selamanya jadi bidadari Riyyan Aqashah. Andai kata Aya tak dengan apa-apa pasal Yan, Aya tak boleh sedih. Walau kita jauh macam mana sekalipun, Yan tetap dekat dengan Aya. Kat sini."

Tangannya diletakkan di dada kiri gadis itu. Aralyn memandang suaminya redup. Dengan pantas tubuh sasa itu didakap erat. Airmatanya laju mengalir. Riyyan memejam mata sebelum membalas. Dahi gadis itu dikucup lama.

Entah mengapa hari ini hati mereka masing-masing terasa berat untuk berpisah. Seolah-olah mereka tidak akan bertemu lagi.

•••

Baju Riyyan di dalam almari diambil sebelum dia melangkah ke katil semula. Airmatanya bertakung menunggu masa untuk tumpah.

"Yan, bila Yan nak balik? Yan kata Yan pergi sekejap je. Kata seminggu je. Ni dah dua bulan, Yan still tak balik lagi. Abang dengan abang Am pun dah balik. Kenapa Yan tak ada? Yan dah lupa Aya ke? Ke Yan ada orang lain? Yan janji nak baby ni sama-sama. Kenapa Yan tipu Aya? Yan tahu tak Aya rindu Yan. Sangat-sangat. Tolong lah balik. Jangan buat Aya macam ni lagi. Yan kata tak nak seksa Aya. Habis tu kenapa buat macam ni." Rintihnya seorang diri.

Airmatanya tidak mampu ditahan lagi. Dia menghidu baju itu sambil memejam mata. Tengku Naura yang kebetulannya lalu di bilik itu terpandang akan menantunya. Dia menapak masuk ke dalam.

"Husna?" Sapanya lembut.

Aralyn menoleh memandang ibu mertuanya. "Mummy." Gumamnya.

Tengku Naura melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. "Husna rindu Qashah?" Soalnya lembut.

Aralyn mengangguk kepala. "Dia tipu Una my. Dia kata dia tak nak Una sedih sebab dia. Tapi kenapa dia buat Una macam ni? Apa salah Una? Dia kata dia sayang Una dengan baby tapi kenapa dia tak balik." Luahnya tersedu-sedan.

Tengku Naura terkedu. Pantas dia menarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya. Belakang gadis itu diusap lembut. Matanya dipejam rapat. Dia turut merindui anaknya itu. Sehingga kini jasad Riyyan masih belum ditemui lagi. Namun dia tetap yakin anaknya pasti selamat.

•••

Gambar di dinding ditatap tajam. "Puas hati aku! Huh! Kau ingat aku nak biar kau bahagia macam tu je ke? Memang tak lah! Kau hak aku! Kau aku punya! Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh dapat kau! Semua yang kacau hubungan kita, aku bunuh satu persatu! Tapi kenapa kau yang jadi mangsa kali ni? Sepatutnya perampas sundal tu yang kena bukan kau!"

Barang di atas meja itu diselerakkan. Nafasnya menjadi kencang. Dia kemudiannya tersenyum sinis.

"Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya kalau kau mati, takkan ada sesiapa boleh rampas kau dari aku! Semua tak dapat kau! Kan adil tu. Padan muka perempuan tu. Aku tahu dia terseksa bila orang yang dia cinta dan sayang dah mati. Tenang hidup aku! Aku suka! Itulah akibatnya bila rampas hak orang! Sorry sayang. Aku terpaksa. Aku lagi rela tengok kau mati daripada tengok kau dengan orang lain." Tempiknya lagi sebelum ketawa mengilai.

•••

MUEHEHEH CUKUP LAH ITU SAHAJA SPOILER UNTUK BAB² AKAN DATANG.. THANK YOU AND SORRY SEKARANG DAH LAMBAT UPDATE HM😌

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now