•RIYANARA | 19•

5.2K 291 22
                                    

MATA dibuka perlahan sebelum padang yang lapang menyapa pandangan. Tiada seorang pun manusia di padang itu kecuali dia. Kakinya semakin menuju ke depan. Usahanya tidak sia sia apabila dia ternampak sebatang pokok yang masih subur. Di hadapannya terdapat sebuah bangku panjang dan terdapat seorang gadis sedang duduk di atas bangku itu membelakangi lelaki itu. Susuk tubuh gadis itu seperti seseorang yang sangat dikenalinya.

Natasha?

Duga hatinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah bangku itu. "Tasha?" Sapanya perlahan.

Gadis itu berpaling ke belakang memandang gerangan yang menyapanya. "Assalamualaikum Qashah,"

Dengan rasa tidak percaya, dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

"Qashah sihat?" Soalnya lembut.

Riyyan hanya mengangguk. "Tasha, kenapa Asha tinggalkan Qashah? Asha tau kan Qashah sayangkan Asha? Kenapa Asha buat Qashah macam ni?" Soal Riyyan ingin tahu.

Senyuman terlakar di bibir gadis itu. Soalan lelaki itu dibiarkan tanpa jawapan. "Kenapa Qashah layan Husna macam tu? Kenapa Qashah seksa dia? Kenapa Qashah layan dia seolah-olah dia itu hanya sekadar hamba nafsu untuk Qashah?" Soal gadis itu sambil memandang wajah Riyyan.

Riyyan yang mendengar soalan itu terkedu. "Sebab dia memang layak dapat layanan macam tu. Dia tak boleh bahagia lepas apa yang dia dah buat pada kita. Sebab dia Asha tinggal Qashah. Sebab dia kita tak sempat kahwin. Sebab dia, kita tak dapat capai impian kita. Dia tak layak bahagia Asha." Jawab lelaki itu keras.

Natasha yang mendengar hanya menggelengkan kepala. "Qashah, hidup dan mati kita dah ditentukan sejak kita belum lahir lagi. Kita hanya mampu merancang, tapi hanya Allah SWT yang boleh menentukan. Dah tertulis jodoh kita hanya setakat tunang, bukanlah pasangan suami isteri. Lagipun bukan Husna punca Asha pergi. Ya, dia punca Asha masuk hospital, dia punca Asha koma. Tapi bukan dia punca Asha pergi." Pujuk Natasha lembut.

"Apa maksud Tasha?" Keningnya berkerut mendengar ayat terakhir gadis itu.

"Bila saatnya tiba, Qashah sendiri akan tahu siapa gerangan tu. Tapi tolong jangan berdendam dengan dia. Dah tertulis hayat Tasha cuma sampai situ sahaja. Lupakan saja dendam yang terbuku di hati. Jangan disebabkan dendam Qashah menyesal satu hari nanti.," Pesan gadis itu.

Riyyan hanya diam mendengar.

"Bukalah hati Qashah untuk terima Husna. Kalau tak boleh terima sebagai isteri, terima sebagai sahabat dahulu. Siapa tahu lama-lama Qashah akan belajar mencintai dia. Tasha yakin dia yang terakhir dalam hidup Qashah. Lagipun dia mengandungkan zuriat Qashah sekarang bukan? Jadi cuba lah beri dia peluang. Lihatlah sisi baik, carilah keikhlasan dan ketulusan hati dia. Kesian pada dia. Lupakan saja Tasha. Tasha hanya masa lalu Qashah. Tasha hanya sekadar tunang, namun Husna merupakan isteri Qashah. Dia yang sepatutnya mendapatkan cinta Qashah. Ingat, yang pertama belum tentu yang terakhir, tetapi yang terakhir akan kekal selamanya." Pujuk Natasha.

"Tasha tak marahkan Qashah?"

Kepala digeleng. "Untuk apa Tasha marah? Dia sepatutnya mendapat tempat yang tinggi di hati Qashah. Kerana dia isteri Qashah. Tasha cuma memberi pengalaman dan pengajaran pada Qashah namun jodoh Qashah ialah dia." Ujarnya sebelum perlahan-lahan bayangnya hilang.

Riyyan yang perasan akan hal itu menggelengkan kepala. "Tasha! Jangan tinggal Iyan Tasha! Tasha! Natasha Amira!"

LELAKI itu terjaga dari lena. Dia bangun secara duduk di atas katil. Sekeliling bilik itu diperhatikan. Wajahnya diraup perlahan. Tasha, Qashah rindu Tasha. Rintih hati kecilnya.

Mata dipejam rapat bagi menghilangkan gundah di hati. Salahkah apa yang aku buat selama ni? Nafas dihela kasar. Tidak mahu memikirkan hal itu, dia pantas melangkah masuk ke dalam bilik air.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now