•RIYANARA | 66•

3K 153 10
                                    

PEMANDANGAN di sekelilingnya diperhatikan. Kata Riyyan hari ini mereka akan ke Terengganu untuk luangkan masa bersama. Berapa hari saja lagi masa yang terluang sebelum lelaki itu mulai sibuk minggu hadapan.

Sampai sahaja di sebuah resort yang diuruskan oleh Riyyan sendiri, mereka melangkah turun dari kereta. Riyyan memimpin tangan gadis itu masuk ke lobi utama. Gadis itu dipimpin ke arah kaunter untuk mengambil kunci.

Usai mengambil kunci, mereka menuju ke bilik yang telah disediakan. Barang-barang mereka dibawa oleh pekerjanya. Masuk sahaja ke dalam bilik, Aralyn terpaku melihat susunan perabot di situ. Dia masuk ke ruang tidur mereka. Tiba di situ, dia menekup mulut dengan tangan.

Katil yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros dan bunga matahari. Nama mereka turut menghiasi lantai kawasan itu menggunakan kelopak bunga. Aralyn berpaling memandang suaminya. Riyyan tersenyum manis.

Tidak menunggu lama dia pantas memeluk erat sang suami. "Yan yang buat semua ni?" Soalnya memandang lelaki itu.

Riyyan tersenyum sambil menganggukkan kepala. "Darl nak pergi jalan-jalan tak?" Soalnya meletakkan tangan di pinggang Aralyn.

Aralyn mengangkat pandangan meneliti wajah lelaki itu. "Nak!" Jawabnya teruja.

"Kalau macam tu kita pergi makan tengah hari dulu nanti terus jalan-jalan."

"Yeay!" Sorak Aralyn. Tangannya dipimpin keluar dari bilik itu. Seperti biasa Aralyn akan menghayunkan tangan mereka.

Mereka melangkah ke kafe yang terdapat di resort itu. Usai menikmati hidangan, Riyyan membawa Aralyn keluar dari kafe itu. Hampir lima minit berjalan, mereka akhirnya tiba di satu tempat yang dipenuhi dengan basikal.

"Basikal?" Wajah Riyyan dipandang. Pandangannya kemudian dialihkan ke arah deretan basikal digabungkan dua sekali gus.

Riyyan tersenyum manis. "Kita naik basikal ni pergi dekat satu tempat. Yan yakin Aya akan suka tempat tu." Maklumnya.

Aralyn berkerut kening. "Jauh ke? Pergi mana?"

"Nak tau, jom. Aya duduk belakang tu kayuh sekali jangan tak kayuh." Seloroh Riyyan dibalas dengan anggukan.

Mereka mula mengayuh basikal itu. Selang sepuluh minit, Riyyan berhenti mengayuh membuatkan kayuhan isterinya turut terhenti. Aralyn berkerut kening sebelum memandang sekeliling.

"Dah sampai ke?" Soalnya.

Riyyan mengangguk. Dia turun dari basikal itu dan memimpin Aralyn. Dia masuk ke dalam satu taman bunga yang terdapat di resort itu. Aralyn terpaku memandang apa yang terbentang di hadapannya kini.

"Bunga matahari?" Wajah Riyyan dipandang.

"Haah. Aya tahu tak Yan mintak pekerja Yan buat taman ni dari waktu kita tak berbaik lagi. Maksud Yan dari waktu Aya pura-pura amnesia," terangnya bersama satu sengihan.

Aralyn terdiam. Belum sempat gadis itu membalas, Riyyan terlebih dahulu memintas.

"Nanti malam Yan bagitahu semuanya. Sekarang, kita jalan-jalan, bergambar dulu." Sambungnya.

Aralyn mengangguk sambil tersenyum lebar. "Baik bos!" Tangannya dililitkan pada pinggang sang suami. Mereka mula menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

"Aya, Yan ada satu lagu untuk Aya. Tapi tak ambik semua lah. Ambik awal-awal je. Nak dengar tak?" Soal Riyyan sewaktu mereka mengelilingi taman bunga itu.

Aralyn mengangguk teruja. "Nak!" Jawabnya. Riyyan menarik gadis itu supaya lebih dekat dengannya. Tangan diletakkan di pinggang Aralyn. Dia berdehem membetulkan suara.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now