•RIYANARA | 34•

6.4K 336 41
                                    

CAHAYA lampu yang memancar membuatkan gadis itu memejam matanya semula. Dia terbatuk kecil membuatkan sahabatnya mengangkat kepala. "Una, kau dah sedar?"

Rambut Aralyn diusap lembut. Tudung Aralyn ditanggal sebaik sahaja dua lelaki itu keluar dari bilik ini. Aralyn yang baru sedar sepenuhnya itu memandang Nadine.

"A... Aku still hidup?" Soalnya lemah.

Nadine yang mendengar soalan gadis itu membulat mata. "Kau nak mati ke hah!"

"Haah. Asal liat sangat eh aku nak mati?" Soalnya senada.

Kepala digeleng perlahan. "Aku rasa kau mamai lagi ni. Dah dah rehat je."

"Lain kali kalau dia call tak payah datang. Tapi kalau sebab aku je lah. Kalau sebab orang lain tu kau datang lah."

Nadine yang mendengar ayat gadis itu tersentak. "Astaghfirullah Una..kau tahu tak dia yang paling risaukan kau tadi?" Soal Nadine.

Aralyn hanya ketawa hambar. "Lakonan je tu. Takpe lah, kau balik lah. Aku okay jangan risau." Ujar Aralyn lembut.

"Betul ke ni?"

Aralyn hanya mengangguk. "Kau dah check kan? Aku tak ada apa-apa kan? So, aku okey lah. Jangan risau."

"Lain kali jangan lah buat macam ni lagi. Kau tak sayang nyawa kau ke? Kalau kau buat mcm ni dikira bunuh diri tau. Bunuh diri berdosa besar Una, kau nak ke mati dalam keadaan berdosa?" Soal Nadine cuba menasihati gadis itu.

Aralyn yang mendengar hanya terkedu. "Hmm yelah. Aku janji tak buat dah." Senyuman nipis terlakar di bibir.

"Dah, kau pakai lah tudung aku nak panggil abang Qashah dengan laki aku jap." Suruh Nadine.

Aralyn hanya mengangguk. "Okay." Tudung disarungkan di kepala. Dia bersandar di kepala katil.

Riyyan dan Zayne didekati bersama senyuman. "Abang Qashah, Husna dah sedar tu." Maklumnya.

Riyyan yang mendengar hanya tersenyum. Dia mengangguk seraya melangkah masuk ke bilik itu. Wajah Aralyn dipandang.

Aralyn menutup botol airnya dan diletakkan di atas meja semula. Pandangan Riyyan tidak dibalas.

"Dah okey?" Soal Riyyan.

Aralyn hanya mengabaikan soalan itu. Dia bersalaman dengan Nadine yang sudah mahu pulang.

"Jaga diri elok-elok. Sudah-sudahlah seksa diri kau sendiri eh Una sayang." Pesan Nadine lembut.

Aralyn hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. "Iya, aku tak buat dah. Thanks." Ujar gadis itu sebaik sahaja melepaskan pelukan.

"Dah, jom keluar," ajak Riyyan sebelum menghantar pasangan itu ke pintu. "Thank you, Nad. Sorry selalu susahkan Nad." Ucap lelaki itu.

Nadine hanya menggeleng kepala bersama senyuman. "Tak susah pun abang Qashah. Abang Qashah kan sepupu suami Nad, Husna tu pulak sahabat Nad. Lagipun dah tugas Nad sebagai doktor." Senyuman manis terpahat di bibir.

"Kitorang balik dulu, assalamualaikum." Pamit Zayne sebelum bersalaman dengan Riyyan. Riyyan hanya membalas bersama senyuman nipis. Pasangan itu kemudiannya berlalu pergi dari rumah itu.

Kakinya naik ke bilik gadis itu semula. Pintu ditutup kuat. Aralyn didekati. "Kau saja kan nak buat hal? Kalau sehari tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Marah lelaki itu.

Aralyn yang terkejut itu memandang Riyyan tidak puas hati. "Saya tak suruh awak kisah pasal saya pun! Lain kali tak payah call siapa-siapa. Biar je lah saya mati! Awak yang nak tengok saya mati kan? Sibuk call orang tu kenapa? Tak payah nak acah lah Qashah! Saya buat macam tu sebab saya nak mati tapi awak yang menyibuk hal saya! Dah kalau saya ni menyusahkan awak, lepaskan je lah! Tak payah simpan saya lagi!" Balas gadis itu kasar.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now