•IYANARA | 22•

6K 287 29
                                    

MATA yang terasa berat sedaya upaya cuba dibuka. Sakit yang menyerang kepala dan perutnya membuatkan dia berkerut muka menahan rasa. Susuk tubuh seorang lelaki dipandang sekilas sebelum matanya membulat.

"En... Encik ni siapa?" Soalnya lemah.

Riyyan yang sedang memandang telefon itu mengalihkan pandangan memandang Aralyn. "Baru berapa minggu tak sedar dah tak ingat suami sendiri?" Sinis lelaki itu mengajukan soalan.

Aralyn yang mendengar perkataan suami yang keluar dari mulut lelaki itu membulat mata. "S... Suami? Eh! Encik jangan nak merepek makan kerepek kat sini. Saya tak ingat pun siapa encik. Mana umi dengan baba saya? Abang saya? Mana diorang? Kenapa encik yang ada kat sini? Macam mana saya boleh ada kat sini?" Soalnya lemah.

"Kau tak payah gedik nak buat-buat lupa. Aku suami kau." Dingin lelaki itu.

Aralyn berkerut dahi memandang lelaki itu. "S... Suami? Awak tak payah nak merepek lah! Saya ni baru habis STPM tau tak mungkin saya dah kahwin." Kepala digeleng perlahan.

Telefonnya ditutup dan dimasukkan ke dalam poket. "Suka hati kau lah." Dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar untuk memanggil doktor.

Tidak lama kemudian, Nadine melangkah masuk ke dalam. "Husna, kau okay tak ni? Kenapa ni?" Soal gadis itu cemas.

Aralyn hanya mengangguk.

"T... Tolong aku bangun boleh?" Pinta Aralyn lembut.

Nadine mengangguk perlahan sebelum tubuh gadis itu ditarik bangun.

"Aku nak mintak tolong kau ni."

"Tolong apa?" Kening gadis itu terjongket.

Nafas berat dihela perlahan. "Palsukan keputusan diagnosis aku."

Nadine yang mendengar ayat itu terbuntang mata. "Kau gila ke Husna? Soal sakit ni tak boleh bawak main tau. Benda ni benda serius." Bantah Nadine terang-terangan tidak bersetuju dengan gadis itu.

"Boleh lah Nad, tolong aku. Aku tak mintak kau buat apa-apa pun. Aku tak mintak apa-apa dah lepas ni. Satu je aku mintak. Palsukan diagnosis aku. Itu je." Pujuk Aralyn lagi.

"Tak boleh Husna! Kau ingat apa? Main doktor-doktor ke boleh tipu-tipu?" Geram Nadine.

"Kali ni je weyh. Aku ada sebab aku sendiri. Tolong lah Nad."

"Bagitau aku sebab dia."

Aralyn menghela berat nafasnya. "Nanti aku bagitau. Yang penting sekarang, aku nak diorang semua fikir yang aku amnesia, hilang ingatan sementara. Aku cuma ingat benda setakat lima tahun lepas je. Lepas je dari tu aku langsung tak ingat. Tolong lah Nad." Wajah sahabatnya itu dipandang penuh berharap.

"Hm yelah. Apa-apa jadi kau tanggung eh?" Jelingan manja dihadiahkan buat Aralyn.

Kepala mengangguk laju. "Ya, aku tanggung. Asalkan diorang percaya terutama sekali Qashah." Balas Aralyn.

"Sebab?"

"Nanti aku cerita. Now, kau pergi lah." Jawab gadis itu.

"Fine! Aku palsukan. Heh. But make sure later kau story dengan aku." Akur gadis itu melangkah keluar dari wad Aralyn.

Aralyn hanya mengangguk.

Riyyan yang melihat kelibat Nadine pantas melangkah ke arah gadis itu. "Macam mana dengan Husna?" Soalnya.

"Husna tak apa-apa cuma..." Wajah mereka dipandang satu persatu.

"Cuma apa Nad?"

"Husna mengalami amnesia oleh kerana kesan hantukan di kepala semasa dia jatuh selepas jatuh. Mungkin amnesia Husna akan mengambil masa untuk pulih..memori terakhir yg dia ingat beberapa tahun lepas. So, mungkin dia tak ingat dia dah kahwin dengan abang Qashah." Wajah Riyyan dipandang sekilas.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now