PILI air ditutup sebelum kaki melangkah ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah suaminya. Menyedari akan kehadiran gadis itu, Riyyan membetulkan duduknya dan berdehem kecil.
"Qashah ada benda nak bagitahu semua." Ujarnya membuka bicara.
Mendengar akan ayat itu, empat pasang mata kini memandang ke arahnya. "Qashah nak bagitahu apa?" Soal Tengku Naura lembut.
Wajah Aralyn dipandang sekilas sebelum kembali memandang ibunya. "Qashah dengan Husna dah bincang yang kitorang nak balik rumah Qashah esok. Lagipun kitorang kat sini dah dua minggu. Rumah tu pun tak berkemas lagi." Maklum Riyyan mengejutkan semua.
Aralyn terpinga-pinga memandang lelaki itu. Bila masa mereka berbincang? Selepas kejadian tengah hari tadi mereka langsung tidak menyapa antara satu sama lain. Inikan pula hendak berbincang.
"Husna okey ke?" Soal Tengku Rayqarl membuatkan gadis itu tersedar dari lamunannya.
Senyuman manis cuba dipahatkan di bibir. "Okey je daddy." Jawab Aralyn lembut.
"Kalau macam tu takpe lah. Tapi nanti datang lah singgah sini jugak sekali-sekala. Mummy sunyi lah kalau daddy dengan rhea tak ada." Ujar Tengku Naura.
Pasangan itu hanya mengangguk. Rhea yang mendengar hal itu mencebik perlahan. Kakinya melangkah ke arah pasangan itu sebelum tubuh kakak iparnya itu dipeluk dari tepi.
"Lepas ni tak boleh lah nak borak dengan akak dah. Akak dah duduk rumah lain." Rengek gadis itu.
Aralyn hanya tersenyum lebar mendengar rengekan manja adik iparnya. "Telefon kan ada. Call je lah." Tutur gadis itu.
"Tah kau ni. Sibuk nak manja dengan bini orang tu asal? Mengada," jelingan diberikan buat adiknya itu.
Rhea hanya mengabaikan abangnya itu.
"Okey lah mummy, daddy. Qashah dengan Husna naik atas dulu. Lagipun nak kemas barang lagi. Jom, honey." Kata Riyyan sebelum bangun dari sofa.
Tengku Naura dan Tengku Rayqarl hanya mengangguk perlahan. Pasangan itu kemudiannya melangkah ke tangga. Pintu bilik ditutup dan dikunci sebaik sahaja masuk ke bilik. Aralyn memandang wajah lelaki itu.
"Iyan tak bagitahu Ara pun yang kita nak balik rumah Iyan. Bila kita bincang?" Soal gadis itu hairan.
"Perlu ke aku bincang dengan kau? Rumah aku, suka hati aku bila nak balik pun." Jawab lelaki itu dingin.
Aralyn yang mendengar sedikit terkedu. "Iyan dah kemas barang Iyan?" Soal Aralyn lagi cuba untuk berbaik dengan lelaki itu.
Kepala digeleng perlahan. "Aku nak kau kemaskan untuk aku. Pastikan tak ada satu pun yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal, siap kau!" Arah Riyyan kasar.
Aralyn hanya menurut. Bagasi baju Riyyan diambil sebelum semua barang-barang Riyyan dikemas.
"Lagi satu, mulai hari ni aku nak kau tidur atas lantai. Tak berlapik, faham? Semak tidur sekatil dengan pembunuh dua minggu. Dah lah panas. Busuk pulak tu." Herdik lelaki itu selamba.
Tanpa sedar, ayat lelaki itu menusuk ke dalam hati seolah-olah pisau tajam yang ditusuk dalam dasar hatinya. Airmatanya cuba ditahan. Siap mengemas barang lelaki itu, dia mengambil bagasinya pula.
"Dengar tak?"
Aralyn hanya membalas dengan anggukan. Usai mengemas barang, dia melangkah ke tepi katil itu. Belakang tengkuk digosok perlahan. "I... Iyan, k... Kalau Ara nak s... Satu bantal boleh?" Soalnya sedikit gagap.
"Nak bantal? Kejap eh,"
Bantal yang dulunya dijadikan alas kepala Aralyn dibawa keluar dan diletakkan di dalam bilik tetamu yang tidak jauh dari biliknya. Aralyn yang melihat hanya berkerut kening. Seketika kemudian lelaki itu melangkah masuk semula ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...