•••
KENA PRANK KE TU? MUEHEHEH🤓KESIAN */gelak terguling²/*
OKAY KALI NI JANJI BETUL² PUNYA SCENE... HEHEH🤭
•••
NASKHAH Al-Quran itu disimpan di dalam laci yang terdapat di sebelah katil gadis itu. Sejadah turut dilipat dan diletakkan penghadang sofa yang terdapat dalam wad itu. Maklumlah, hospital swasta. Songkok turut ditanggalkan seraya melangkah ke arah katil tersebut. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil itu.
Susuk tubuh yang terbaring lesu dipandang sayu. Tangan gadis itu digenggam erat dan dibawa ke bibir. Sungguh dia bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat gadis kesayangannya lagi.
FLASHBACK
Pintu bilik bersalin itu dibuka dari dalam. Kelihatan doktor yang bertugas untuk menyambut bayi mereka keluar dari bilik tersebut. Mata doktor perempuan itu jatuh memandang Riyyan.
"Tengku, saya ada berita untuk Tengku dengan yang lain." Sapa doktor yang bernama Zara Maisarah itu.
"Proceed." Balas Tengku Rayqarl bagi pihak anaknya.
"Alhamdulillah, Che Puan Husna selamat. Jantung dia kembali berdegup dan oksigen dia pun dah menaik semula." Maklum doktor Zara bersama senyuman.
Riyyan yang tadinya tunduk, kini mengangkat muka sebaik sahaja mendengar apa yang doktor itu katakan.
"Seriously doktor?" Soalnya tidak percaya.
Doktor Zara angguk kepala. Semua yang berada di situ memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Riyyan memandang abang iparnya dengan pandangan gembira.
"Una... Una ada lagi. Isteri aku, adik kau hidup lagi. Dia tak tinggal kita Hayder." Katanya teruja.
Hayder menarik senyum manis. Tubuh Riyyan dipeluk erat. Riyyan menangis gembira di bahu lelaki itu.
END FLASHBACK
Tangan gadis itu digenggam dan dibawa ke bibir sebelum satu kucupan berlabuh di situ. Tangan gadis itu diletakkan di pipi manakala matanya memandang wajah pucat Aralyn.
"Darl, bangun lah. Dah tiga hari darl tak bangun. Yan rindu darl. Aya tahu tak anak kita comel. Mummy kata muka dia macam Yan kecil dulu. Cuma... Kening dia ikut mama dia. Comel sangat,"
Bicaranya seorang diri seolah-olah bersembang dengan gadis itu. Rambut Aralyn diusap lembut.
"Darl, bila nak bangun? Nama baby kita tak letak lagi. Kita dah janji nak letak nama baby sama-sama kan? Macam mana nak letak kalau Aya tak bangun,"
Sebak yang mencengkam di sukma cuba ditahan sebaik mungkin.
"Bangun lah Aya,"
Wajahnya disembamkan pada lengan Aralyn saat airmatanya jatuh ke pipi. Sungguh dia benar-benar rapuh tika ini. Namun, dia perlu kuat demi bayi mereka.
Sedang dia merintih di lengan gadis itu, terasa ada satu gerakan yang membuatkan dia terkedu. Wajah Aralyn dipandang lama.
"Aya?"
Wajah berkerut Aralyn meyakinkan Riyyan bahawa gadis itu sudah mulai sedar. Dia bingkas berdiri membongkok ke arah Aralyn. Rambut Aralyn diusap penuh kasih.
YOU ARE READING
RIYANARA | YOU'RE THE ONE
Romance[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau d...