•IYANARA | 21•

5.9K 293 37
                                    

SATU jam telah berlalu namun keadaan Aralyn masih belum diketahui. Semua ahli keluarga dan sahabat Aralyn berada di ruang menunggu itu. Tengku Rayqarl, Tengku Naura dan juga Rhea turut berada di situ. Hayder hanya menjeling tajam wajah Riyyan yang tampak tenang di hadapannya. Seketika kemudian seorang doktor perempuan keluar dari bilik pembedahan itu.

"Umi, baba." Sapa Dr. Nadine yang juga merupakan sahabat kepada Aralyn.

"Nad, H... Husna macam mana?" Soal Qayra teresak.

Wajah semua yang berada di situ ditatap satu persatu. Nafas dihela berat. "Alhamdulillah Husna dah melepasi fasa kritikal namun, dia kehilangan banyak darah dan kepalanya terhentak kuat. Husna mungkin koma untuk beberapa hari atau minggu. Bergantung pada kekuatan dia. Tapi Nadine mintak maaf, Nadine tak dapat selamatkan baby Husna sebab tikaman tu terlalu dalam dan janin tu masih lemah. Nadine harap semua kuat dan dapat beri semangat pada Husna. Nadine pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit gadis itu sebelum berlalu pergi.

Kata-kata dari Nadine membuatkan semua terkedu. Riyyan hanya diam tak berkutik. Bahunya ditepuk perlahan membuatkan dia mengangkat kepala. Hayder tersenyum nipis memandang lelaki itu.

"Kau jangan sedih. Kita sama-sama doakan Husna supaya cepat sedar. Kita kena kuat untuk dia." Ujar lelaki itu tanpa mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada hubungan pasangan itu.

Riyyan hanya tersenyum hambar. Dia juga masih terkejut dengan berita itu. Tidak pula dia sangka bahawa semua akan jadi begini. Tika itu, semua menanti giliran untuk masuk melawat Aralyn kerana di unit itu hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Riyyan melangkah ke kawasan yang jauh dari semua orang untuk menenangkan fikirannya yang sedikit bercelaru itu. Sedang dia memandang ke arah luar, bahunya ditarik kasar membuatkan dia berpaling ke belakang.

"Kau ke yang buat semua ni kan?" Soal Raish dingin.

Riyyan berkerut kening mendengar soalan sepupunya itu. "Kau merepek apa ni?" Wajah Raish dan Hilman dipandang bersilih ganti.

"Kau tak payah acah lah Qashah! Aku tau ini kerja kau kan? Aku tak sangka kau kejam Qashah! Bukan setakat kejam, tapi dayus!" Herdik Hilman.

"Eh! Kau ni melebih Il. Agak-agak lah nak tuduh pun. Aku tak ada masa lah nak buat benda ni semua." Bentak Riyyan yang berang apabila dituduh sebegitu.

Raish yang tidak mahu dua orang sepupunya itu bergaduh pantas berdiri di tengah-tengah antara mereka. "Dah lah tu Il. Kita kat hospital ni. Takkan nak gaduh kat sini kot." Ujarnya cuba menenangkan Hilman.

"Aku bukan nak gaduh Am. Tapi mamat ni dah lebih! Kau tak nampak ke muka family Husna tadi? Tu Hayder tu siap tenangkan dia lagi konon sedih. Cuba kau bayangkan kalau Hayder tahu yang mamat ni seksa adik dia sebelum ni dan punca semua ni jadi. Kau rasa dia akan baik dengan kita ke? Kau rasa dia akan percayakan kita? Ha? Mamat ni kejam! Aku dah tak kenal siapa sepupu aku! Yang aku tahu jantan ni bukan sepupu aku! Aku tak ada sepupu kejam macam dia!" Jerkah Hilman.

Belum sempat Riyyan melawan, Tengku Rayqarl yang mendiamkan diri sedari tadi di belakang dinding yang tidak jauh dari mereka terlebih dahulu memangkah. "Apa maksud Il?"

Tiga pasang mata itu pantas memandang ke arah suara tersebut. Lidah mereka terkelu manakala Riyyan menelan pahit liurnya.

WAJAH Riyyan direnung tajam. "Bagitau daddy sekarang. Apa sebenarnya yang jadi. Apa yang Hilman cakap tadi." Dingin suara yang digunakan oleh Tengku Rayqarl.

Mereka kini berada di tempat sunyi yang terdapat di dalam hospital itu.

"Rhea tahu!" Celah Rhea yang muncul dari belakang Rayqarl membuatkan dua pasang mata itu memandang ke arahnya.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now