•RIYANARA | 59•

3.1K 174 19
                                    

PINTU rumah ditolak perlahan. Barang dapur yang dibeli tadi diletakkan di atas meja bar di dapur. Sudah dua minggu mereka pulang ke rumah sendiri. Dia naik ke bilik untuk membersihkan diri.

Usai mandi dan menunaikan solat Asar, dia turun ke bawah semula untuk menyusun barang-barang yang baru dibeli. Siap mengemas dapur, bahan-bahan untuk memasak makan malam dikeluarkan.

Sedang dia ralit memasak, pintu utama dibuka dari luar. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Sahut Aralyn dari dapur. Dia berpaling memandang suaminya.

Riyyan melangkah ke arah isterinya. Beg diletakkan di atas kerusi di meja bar terlebih dahulu. Tali leher ditanggalkan sebelum dua butang baju teratas dibuka. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku. Rambut diserabutkan seraya menggerakkan halkumnya.

Aralyn yang memandangnya sedari tadi menelan liurnya. Ya Allah, kenapa suami aku nampak menggugat keimanan sangat ni? Haih, sabar Aralyn sabar. Omelnya dalam hati.

Riyyan yang perasan bahawa mata gadis itu tidak beralih darinya mula berdehem. "Bidadari, Yan tahu Yan hesmes tapi tu sambal atas dapur tu hangit nanti macam mana?" Selorohnya.

Aralyn yang teringat bahawa dia sedang memasak sambal udang membulat mata. "Masha Allah! Lupa!" Dia pantas berpaling dan mengacau sambal itu semula.

Riyyan yang melihat gelagat isterinya itu hanya ketawa. Dia memeluk pinggang gadis itu dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Aralyn.

"Aya masak apa?" Soalnya walaupun dia sudah tahu jawapannya. Saja nak mengada.

"Masak sambal udang. Dah lah, pergi naik mandi. Busuk! Eee!" Seloroh Aralyn.

Riyyan mencebik bibir. "Aya ni. Nanak ah kawan." Protesnya. Haa sudah! Mod manja dia dah menyala.

"Tak nak kawan sudah. Boleh Aya ngorat G-Dragon." Usik gadis itu lagi.

Riyyan membulat mata. "Eh! Tak oleh! Aya Yan unye!"

Aralyn yang melihat wajah cemberut lelaki itu ketawa lagi. Rambut lelaki itu digosok perlahan. "Tak lah. Buat apa nak ngorat orang lain kalau suami sendiri dah takluk hati ni." Ujar gadis itu lembut.

"Betul?"

Aralyn mengangguk bersama senyuman. Seketika kemudian Riyyan tersenyum lebar.

"Okey lah. Yan naik mandi dulu eh." Pipi gadis itu dikucup lembut. Dia kemudian mencapai begnya dan melangkah naik ke bilik.

Aralyn hanya memandang sambil menggeleng. Dia mengacau masakannya sehingga siap. Siap masak, makanan itu dihidang di atas meja makan. Nasi diisikan ke dalam pinggan. Baru sahaja dia hendak melangkah ke tangga, susuk tubuh Riyyan yang baru melangkah turun menyapa pandangan.

"Aya baru nak naik panggil Yan." Ujar Aralyn.

Riyyan tersengih sebelum melabuhkan punggung di kerusi. "Aya, kejap lagi Yan nak keluar. Nak jumpa diorang." Maklum Riyyan.

Aralyn memandang suaminya sekilas. "Lama ke?"

"Tak ada lah lama sangat. Pukul sembilan macam tu Yan balik lah kot. Tak pun lambat sikit tapi tak sampai tengah malam lah." Jawab Riyyan.

Aralyn hanya mengangguk. "Yelah."

"Aya boleh duduk rumah sorang?" Soalnya risau.

Aralyn senyum manis. "Boleh. Lagipun kat luar tu dah ada orang jaga kan? Yan jangan lah risau." Jawab gadis itu.

"Betul?"

Aralyn mengangguk lagi.

"Tak apalah kalau Aya cakap macam tu."

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now