•RIYANARA | 60•

3.5K 183 66
                                    

KAKI menapak keluar dari perut kereta. Salam dilaung dari luar sebelum mereka masuk ke dalam rumah agam itu sambil berpegangan tangan. Tengku Naura yang kebetulannya berada di ruang tamu itu pantas menoleh. Senyuman manis terlakar di bibir.

"Waalaikumussalam. Sampai dah anak menantu mummy." Sahutnya seraya memeluk Aralyn.

"Mummy sihat?" Soal Aralyn lembut. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan wanita itu.

Tengku Naura mengangguk kepala. "Sihat. Una? Ya Allah rindu mummy dengan Una. Lama korang tak datang sini." Jawabnya.

Riyyan yang mendengar hanya ketawa. "Lama ke? Rasanya baru dua minggu mummy." Balas Riyyan yang duduk di sofa yang bersebelahan dengan sofa mereka.

Tengku Naura mencebik. "Duduk lah dulu, mummy nak naik tengok daddy kejap. Tadi daddy tidur. Kalau penat, naik lah dulu rehat. Nanti pukul satu kita makan sama." Ujar Tengku Naura langsung berdiri.

Mereka hanya mengangguk dan memandang wanita itu sehingga hilang dari pandangan. Riyyan pantas mengambil tempat di sebelah Aralyn. Dia menggeselkan kepalanya di bahu gadis itu.

"Darl." Gumamnya tersengih.

Aralyn yang melihat gelagat suaminya berkerut kening sebelum melepaskan tawa. Belum sempat dia meneruskan bicara, satu suara menyapa telinga mereka.

"Qashah! Lama tak jumpa. Chat I pun tak dah sekarang." Sapa suara itu seraya menghampiri mereka.

Pasangan itu pantas menoleh namun, tidak lama selepas itu Riyyan memandang ke hadapan semula. Aralyn terkedu melihat pakaian gadis itu. Dia hanya mengenakan baju tanpa lengan dan seluar pendek separas peha.

Seksi mak aih! Eh ni bukan seksi, ni seksa namanya! Bisik hatinya. Wajah Riyyan dipandang terkebil-kebil.

"Dah ada isteri buat apa nak buang masa dengan orang lain." Balas Riyyan malas. Pandangan Aralyn dibalas dengan senyuman.

Perempuan itu melabuhkan punggung di atas penghalang di tepi sofa sebelum lengan Riyyan dirangkul. Kepalanya disembam ke bahu lelaki itu. Aralyn yang melihat sedikit terkedu. Riyyan cuba melepaskan tangannya.

"You tak cakap pun you dah ada isteri."

"Hanin, tolong. Jaga kelakuan kau." Dingin bicara lelaki itu.

Gadis yang bernama Hanin itu tidak mengendahkan kata-kata Riyyan. Kepalanya diangkat semula memandang Aralyn.

"Ini ke isteri you? Bertutup litup? Patutlah you selalu cari i."

Aralyn yang mendengar ayat tersebut pantas memandang wajah gadis itu. Seketika dia terkedu. Bukan ke perempuan ni yang dalam video dengan gambar hari tu? Soalnya dalam hati.

Riyyan yang mula berasa rimas dengan anak kepada sepupu Tengku Rayqarl itu pantas bangun dari sofa dan menarik tangan Aralyn supaya ikut berdiri. "Look, Hanin. Aku dengan wife aku nak berdua. Kau tak payah nak sibuk boleh? Jom darl." Dia memimpin tangan Aralyn ke tangga.

Hanin yang tidak berpuas hati dengan lelaki itu pantas mengejarnya. Lengan Riyyan dipeluk lagi. "Sayang, wait. I pun nak berdua dengan you jugak."

Riyyan merentap kasar lengannya sebelum menolak gadis itu. "Tak payah sentuh lah! Tak tahu hukum bersentuh dengan sepupu lelaki ke? Lain kali orang pergi sekolah tu belajar. Bukan menggatal!" Sinisnya sebelum melangkah naik ke bilik bersama Aralyn.

Hanin mendengus apabila menerima layanan Riyyan. Seketika kemudian dia tersenyum sinis. Dia turut naik ke bilik tetamu yang menjadi biliknya sepanjang di sini.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now