•RIYANARA | 51•

4.5K 263 8
                                    

SIAP menukar baju, dia keluar dari bilik itu. Dia berdiri di hadapan lelaki itu.

"Sini ke atas?" Soalnya.

Riyyan memandang gadis di hadapannya itu tak berkelip. Soalan yang diajukan oleh Aralyn tidak didengarinya. Aralyn berkerut dahi. Dia kemudiannya berkerut kening sebelum berdehem kerana malu dipandang begitu. "Yan, sini ke sana?" Ulangnya lagi.

Riyyan yang tersedar itu turut berdehem. "Erm... A... Apa Aya tanya tadi?"

"Kat sini ke kat atas, iyan sayang?" Soalnya lembut.

Riyyan terkedu. "Er... Erm kat sini lah kat sini." Jawabnya sedikit gagap.

Aralyn berkerut kening. Telefon diambil sebelum membuka lagu. Dia menenangkan diri seketika serentak membelakangkan Riyyan. Mata dipejam dan nafas ditarik perlahan sebelum dia mula menari.

Riyyan memandang Aralyn tak berkelip lagi. Mukanya diraup. Kenapa lah aku pergi cabar dia. Kan dia dah buat betul-betul. Bisik hatinya sambil mata masih tertancap pada Aralyn.

Aralyn yang terlupa bahawa dia sedang menari di hadapan lelaki itu memulakan gerakan liar. Halkum Riyyan bergerak melihat aksi gadis itu. Dia menampar pipinya sendiri. Sabar Riyyan sabar. Desis hatinya.

"Astaghfirullahalazim." Gumamnya begitu perlahan saat melihat gerakan gadis itu semakin liar.

Gerakan yang terakhir benar-benar menguji Riyyan membuatkan dia mengucap panjang. Habis sahaja lagu langkah gadis itu turut terhenti. Tanpa sedar Riyyan menghela nafas lega.

Aralyn yang baru sedar bahawa dia menari di hadapan lelaki itu pantas berpaling. "I'm done," maklumnya bersama senyuman.

Riyyan yang sedikit terkedu tatkala gadis itu memandangnya berdehem lagi. Dia cuba menyembunyikan riak wajahnya tadi.

"T... Tak okey ke?" Soalnya inginkan kepastian.

"Okey je. Okey okey." Jawab Riyyan cuba menenangkan hatinya.

"Betul?" Gadis itu menarik rambut supaya menutup kedua-dua belah bahunya.

Riyyan menelan air liur. "Betul betul."

Aralyn hanya mengangguk sebelum berura-ura ingin melangkah keluar dari bilik itu.

Riyyan menahan gadis itu. "Nak pergi mana?" Soalnya.

"Minum air, kenapa?" Jawabnya lembut.

"Tak. Boleh."

Dua perkataan itu membuatkan Aralyn terkedu. "K... Kenapa?"

Riyyan memandang Aralyn dari atas sampai bawah. "Aya tak dibenarkan pakai macam ni keluar daripada bilik. Boleh pakai macam ni depan Yan dalam bilik jee. Faham darl?" Wajah Aralyn dipandang.

Aralyn berkerut kening. "T... Tapi kan kita dua je kat rumah ni, b... Bukan ada orang lain pun."

Riyyan menggeleng kepala. "Nope! Tak boleh. Depan Yan. Dalam bilik kita je.

"Eee! Aya malas lah nak salin baju balik." Aralyn mencebik.

"Sure tak nak salin?"

"Nanti lepas minum Aya salin lah."

Riyyan mengangguk perlahan. "Meh nak dukung." Belum sempat gadis itu menjawab, tubuhnya dicempung terlebih dahulu.

Aralyn bulat mata. "Eh! Apa ni? Okey okey Aya tukar! Turunkan lah!" Mukanya berubah merah semula.

"Aik. Tadi cakap taknak tukar."

"Okey Aya tukar. Turunkan kan."

Riyyan menggeleng. Aralyn yang semakin segan itu menoleh ke arah lain. Dia mengetap bibir. Sampai di bawah, gadis itu diletakkan di atas kerusi meja bar. Dia melangkah ke peti untuk mengambil air buat Aralyn. Dia mengambil tempat di hadapan gadis itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now